Monday, September 08, 2008

Khas Ramadhan: Apa Kata Anda? (bahagian 1)

Sempena Ramadhan yang mulia ini, sQuad Q-riuz telah membuat tinjauan khas sepanjang seminggu berpuasa. Tinjauan adalah di sekitar kampus Universiti Malaysia Sabah sejak 7 hari yang lepas. Mari kita dengar apa kata mereka:

Hamba Allah : Alhamdulillah, sempat berjumpa Ramadhan tahun ini. Moga bulan ini tidak disia-siakan. Perbanyakkan ibadat insyaallah.

Housemate : Assignment...assignment...lab report...lab report...Apa? Esok dah start puasa?

Pemandu bas : Oh, macam biasa. Cuma waktu petang akan diperbanyakkan lagi la bas. Sebab semua nak balik awal, nak berbuka. Pakcik pun.

Akh Amir : Em, macam biasa, bulan ni aktiviti akademik still macam biasa. Kokum pun ada macam biasa. Kafe still buka untuk non-muslim macam biasa. Kelas malam ada juga macam biasa. Overall, macam biasa.

Brader rock : Gua tak mau kasi komen, puasa wo...

Abang kafe : Ok ba. Semua ok. Untung banyak bulan ni. Kami ada kuih dan menu spesial bulan ni. Mau?

Akak caring : Jangan korek idung dik, batal puasa! Eh eh, jangan telan air liur, batal puasa! La, jangan menangis, batal puasa!

Jiran : Di hari raya~ Terkenang daku pada si dia~

Abang senior : Aku tak puasa, betul...aku tak tipu...Kan orang Islam tak boleh tipu, tipu dosa kan?

Apek Yong Tau Fu : Haiya! Ini bazaar tahun ini apa pasal sikit wo! Talak ada olang! Lugi wo...

YDP Kg. E : ......ha? Cakap apa tadi? Sori tak dengar.

MPP : Sebagai seorang mahasiswa apa yang kita perlukan bukan hanya bla bla bla bla bla (kasi ucapan pulak dah)

Bilal : Dah masuk waktu belum ni? Ala, cepatkan sikit jam tu! Lambatnyer...

Teknikal UPS : Woih, awat rosak laie mike nih? Baru beli weh...

Pensyarah : Er...kita habis awal ye kuliah hari ni, malas lak nak mengajar. Setengah jam ok kan?

Pak Guard : Zzzz....Kroohhh...Zzzz....

Mat Makmum : Saya gi terawih ni sebab malu wo, kalau orang nampak saya dok bilik, malu saya. Mana nak letak muka handsome ni nanti.

Adik junior : Panjang betul imam baca surah. Berapa gaji dia dapat satu ayat?

Budak atas siling : Aduh, panas! Panas! Takleh makan lagi maggi ni.

Nerd Guy : Jadual harian saya, pagi tidur, tengahari tidur, petang tidur, malam makan.

Si Luncai : Jom kawan-kawan! Aku belanja korang bayar!

Bugisman : Bole ba kalau ko

Aktivis yang Aktif : Sori takde masa. Saya tengah buat kuih ni. Raya dah dekat.

Tok Imam : Em, macam tu la, awal-awal ramai la gi terawih, lama-lama makin sikit...

Pasangan couple : Ha? Kenapa berdating? Kami kan couple? ...ha? Tak takut dosa? Kami kan memang sehidup semati, mana boleh berpisah!

Pelanggan tetap berbuka di surau : Alhamdulillah, tak ramai orang hari ni. Kurang sikit persaingan!

Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:

Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barang siapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i)

Dan sabda Nabi :

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadits Muttafaq 'Alaih).

-nama bukan nama sebenar-
-akan bersambung-

2 comments: