Saturday, February 13, 2010

Kita Bertarung Untuk Melindungi Yang Kita Cintai


"Kamu berlawan kerana kamu menganggapnya sebagai suatu beban. Seseorang tidak akan menjadi kuat hanya dengan begitu"

Kata-kata itu terngiang-ngiang di dalam fikiran Kenzaki, tatkala dia kebuntuan dan kepenatan melawan Undead yang lebih hebat daripadanya itu. Sedang itu seorang budak kecil sedang menggigil ketakutan di sebalik satu sudut, cuba untuk bersembunyi dan menyelamatkan diri agar tidak terkena peluru sesat daripada pertarungan mereka.

"Bagaimana aku perlu menjadi kuat?"

Tuesday, February 09, 2010

Bagaimana Mengaktifkan GodMode Dalam Windows 7

Para pengguna Windows 7 rata-ratanya teruja dengan Operating System terbaru ini berserta 'GodMode'nya. Jika anda belum pernah terdengar mengenai GodMode, ianya adalah ciri khas dalam Windows 7 yang didedahkan oleh koresponden CNet's Microsoft, Ina Fried. GodMode adalah folder yang menyatukan senarai panjang tatacara kustomisasi yang membolehkan anda untuk mengubah semua setting hanya dari satu tempat. Memudahkan bukan? Ianya senang untuk diaktifkan dan sangat berguna untuk mereka yang suka dan sering menukar setting (tweak) dalam Windows 7.

Sunday, February 07, 2010

Astagfirullah, Aurat!


Tak ada satu pun wanita di muka bumi ini yang mahu dijahili, dilecehkan atau diremehkan kesucian auratnya. Jangankan dinodai, sekadar dilirik dengan nakal dan penuh syahwat saja, setiap wanita yang baik, muslimah yang mulia, nescaya akan segera menghindar, menyelamatkan harga diri auratnya, bahkan termasuk yang paling ekstrem dengan menggunakan cara apa pun!

Thursday, February 04, 2010

Wajah Baru Blog Q-riuz


Alhamdulillah, setelah beberapa hari berhempas-pulas mencari, akhirnya hati saya terpaut akan template yang satu ini. Template yang dinamakan Firebug ini menjadi pilihan saya setelah ratusan template yang lain tidak memenuhi piawaian yang saya kehendaki. Pasti ada dikalangan pembaca yang berasa template Zixpk dahulu adalah lebih cantik dan menawan. Ya, saya sendiri akui bahawa template yang lepas adalah sangat cantik, dan yang lebih penting, sangat jarang dijumpai dan digunakan di mana-mana blog.

Tetapi template yang lepas terdapat banyak kelemahan yang akhirnya membuatkan saya menukarnya.

Monday, February 01, 2010

Keputusan PRK UMS 2010


UMS Kota Kinabalu 28 Jan: Jam 8.00 pagi bermula tempoh pengundian bagi calon-calon umum, sekolah dan juga Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa E (JAKMAS E) di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Perjalanan proses pilihan raya kampus secara keseluruhannya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah kecil (seperti yang dimaklumkan mahasiswa) terhadap mahasiswa Sekolah Perubatan (SPU) tetapi masih dapat dibaiki dan diatasi dengan baik. Tahniah kepada pihak Unit Multimedia dan Teknologi (UMTP).

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"