Wednesday, September 09, 2009
Klimaks Ramadhan
"Siapa nak tengok episod akhir Heroes?" Ahmad bertanya kepada rakan-rakan serumahnya, sambil menunjuk-nunjuk kepada mereka DVD yang ada ditangannya.
"Aku! Aku belum tengok!" Abu, rakan serumahnya menjawab.
"Aku pun!" Ali menyampuk.
"Aku nak tengok jugak, walaupun aku dah tengok dulu, tapi nak tengok lagi sebab best!" Along juga bersuara, memberitahu keinginannya.
Ahmad tersenyum. Geli hati dia melihat telatah rakan-rakannya yang begitu taksub dengan cerita Heroes. Ahmad kemudiannya menyimpan DVD yang dipegangnya balik ke dalam begnya. Lalu dia mengeluarkan sesuatu yang lain dari begnya pula. Dia letakkan di hadapan rakan-rakannya, sebuah al-Quran, sehelai sejadah, dan seutas tasbih.
Lalu Ahmad dengan girangnya berkata, "Siapa nak 'tengok' episod akhir Ramadhan bulan ni?"
Ketiga-tiga rakannya tertunduk diam, malu.
Kemuncak Bagi Segalanya
Setiap segala sesuatu pasti ada penghujungnya. Sebuah cerita drama yang hebat akan menemui penghujungnya. Perlawanan bola sepak yang terhebat sekali pun juga akan tamat di penghujungnya. Dan sebelum sampai ke titik penghujung, adanya kemuncak bagi sesuatu itu. Drama yang hebat pasti mempunyai plot yang klimaks sebelum sampai ke babak terakhir, perlawanan bola yang hebat pasti mempunyai babak-babak jaringan kemuncak sebelum wisel penamat ditiup, dan begitu juga contoh-contoh yang lain.
Ramadhan, ia juga mempunyai penghujung. Maka menangislah para mukmin kerana bulan yang penuh berkat, bulan yang penuh kemuliaan, bulan yang penuh rahmat, akan tamat. Namun sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, tidak dibiarkan begitu sahaja mereka yang terpaut hatinya dengan Ramadhan tanpa ganjaran yang istimewa. Diturunkan oleh-Nya satu malam yang terlalu istimewa, malam yang lebih baik daripada seribu bulan, iaitu Malam (Lailatul) Qadar, khas bagi mereka para mukmin yang dikasihi-Nya.
Malam (Lailatul) Qadar adalah satu malam yang istimewa. Sengaja dirahsiakan ketetapan malam yang manakah berlakunya Lailatul Qadar supaya mereka yang benar-benar berhasrat hendak mendapatkan sesuatu yang istimewa yang ada pada Malam (Lailatul) Qadar yang akan terus-menerus, dengan tidak jemu-jemu serta dengan bersungguh-sungguh, beribadat sepanjang bulan Ramadhan.
Cara Menghidupkan Malam Bulan Ramadhan
Di antara cara yang paling sesuai untuk kita menghidupkan dan memenuhkan malam-malam Ramadhan kita itu ialah dengan membaca al-Quran, dan mendirikan solat tahajjud (Qiamullail).
Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah s.a.w katanya: "Wahai Rasulullah! Kalau saya menemui Lailatul Qadar, apa yang patut saya baca?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Bacalah, (maksudnya) Ya Allah! Ya Tuhan! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku." (riwayat Ahmad, Tirmizi dan Ibn Majah)
Begitulah hendaknya kita buat dalam bulan Ramadhan memohon dan berdoa dengan apa jua doa yang baik-baik. Marilah kita memerhati bagaimana sunnah Rasulullah s.a.w ketika mencari dan menunggu ketibaan malam (Lailatul) Qadar. Baginda mengingkatkan amal ibadat. Baginda mengajak kaum keluarga dan sahabat baginda umumnya, supaya menghidupkan malam Ramadhan. Ini dijelaskan oleh hadis yang diriwayatkan oleh Imam
Bukhari dan Muslim, dari Aisyah r.a yang bermaksud: "Apabila telah masuk sepuluh malam, iaitu sepuluh malam yang terakhir bulan Ramadhan, maka Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh dan pada sepanjang malam baginda beramal, serta dibangunkannya ahli rumah baginda."
Malam agung ini hanya muncul sekali dalam setahun, maka beruntunglah mereka yang menjumpainya. Moga kita semua berusaha sebaik mungkin dalam mencarinya pada tahun ini. Kita tidak mahu terlepas pada "klimaks" Ramadhan, kerana jika kita terlepas, maka kita sebenarnya amatlah rugi, malah belum tentu dapat kita bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan. Dan mudah-mudahan dengan segala amal ibadat yang kita laksanakan ini menjadi momentum kepada ibadat-ibadat kita di hari-hari mendatang, setelah berlalunya Ramadhan. Ya, kita bukan hanya perlu memperbanyakkan beribadat pada bulan Ramadhan, atau pada Malam (Lailatul) Qadar, tetapi bulan Ramadhan dan Lailatul Qadar ini adalah bukti untuk menunjukkan kemampuan kita bahawa kita sebenarnya mampu untuk beribadat dengan banyak dan bersungguh-sungguh, kita mampu berbuat amal kebaikan, kita mampu bangun solat pada waktu malam, dan kita mampu menjauhi maksiat. Tetapi hanya kerana kita tidak menjaga perut (nafsu) pada bulan-bulan yang lain, kita tidak sedar semua ini, kita tidak sedar bahawa tiada sebab untuk kita tidak dapat meraih syurga Allah, hanya diri kita sendiri yang
tidak ingin berusaha ke arahnya.
Wallahu'alam
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
© Q-riuz (2008 – 2013)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.
"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.
"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"