Sunday, June 19, 2011

Looking To The Future

 
Ia adalah tempoh sebulan yang memenatkan. Ia juga adalah sebulan yang menyusahkan. Tempoh yang sunyi dan bosan. Saya boleh menyenaraikan lagi istilah-istilah negatif yang lain untuk menceritakan perihal tempoh satu bulan ini, tetapi untuk menyenaraikan semua itu tampak terlalu kebudak-budakan. Oleh itu, biarlah saya menulis, bahawa tempoh satu bulan ini, adalah tempoh anjakan hidup saya.

Fasa perubahan dalam kehidupan.
Terlalu banyak perkara yang perlu (dan telah) saya tinggalkan, dan terlalu banyak perkara lain yang perlu (dan telah) saya ambil. Kehidupan saya berubah 360 darjah mendadak.

Daripada seorang kaki internet yang sentiasa di hadapan laptop setiap hari, kepada seorang lelaki biasa yang hanya dapat melayari internet seminggu sekali. Daripada seorang yang banyak menulis, kepada seorang yang banyak bercakap. Daripada seorang yang suka bersendiri, kepada seorang yang perlu berteman. Dan banyak lagi.

Semuanya berubah setelah saya mendapat kerja.

Tetapi! 
 
Ini bukanlah sebuah keluhan, atau luahan kehampaan terhadap apa yang berlaku, ini adalah resonan diri yang ditulis untuk muhasabah bersama, insyaallah.

Terlalu banyak yang ingin ditulis, yang ingin dicerita, namun masa membatasinya. Untuk pembaca-pembaca setia blog ini, saya ingin meminta maaf jika blog ini semakin jarang untuk dikemaskini. Insyaallah, ada masa, ada lah artikel baru.

(akan bersambung)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"