Saturday, January 28, 2012

Blog Ini Akan Aktif Semula!


Oh, sedihnya melihat blog ini tidak berusik berbulan-bulan!

Entri yang terakhir adalah pada bulan Oktober, bermakna selama hampir 3 bulan tiada entri baru. Satu pencapaian yang tidak sepatutnya berlaku, namun apakan daya, fasa hidup sudah berubah. Saya bukan lagi seorang pelajar universiti, juga bukan seorang yang bujang lagi. Tanggungjawab meninggi, kerja tak henti-henti.

Berkali-kali berazam untuk mengaktifkan kembali blog ini namun sampai sekarang masih mencuri-curi masa untuk menaip, alhamdulillah, coretan ringkas ini insyallah dapat diposkan.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat anda semua yang sentiasa melawat blog ini walaupun tanpa sebarang entri baru selama hampir 3 bulan, dan 4 bulan sebelumnya hanya satu entri sebulan.

Apabila melihat statistik pengunjung blog ini saya agak terkejut kerana purata pelawat unik pada tiap-tiap hari adalah dalam berbelas orang. Yang mana tidak kurang lebihnya kunjungan yang blog ini terima semasa dalam herbinasi 7 bulan lepas berbanding sebelum-sebelumnya. Terima kasih kerana terus membaca dan melawat blog ini!





Setakat ini sahaja coretan ringkas daripada saya. Insyallah kalau ada ruang dan masa saya akan update lagi dengan entri-entri terbaru.

Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"