
Blog Q-riuz maju selangkah lagi dengan wujudnya ruang muat turun. Sebelum ini blog ini sudah pun mempunyai
widget download Box.net, tetapi dilihat daripada beberapa sudut, saya rasa
widget itu kurang berkesan kerana sukar di
access oleh mereka yang mempunyai kelajuan internet yang rendah, yang menutup
javascript pada
internet browser mereka, dan yang paling penting sekali, widget Box.net itu sedikit sebanyak melambatkan
page blog ini keluar sepenuhnya.
Kini anda semua boleh memuatturun dari Q-riuz melalui Mediafire.
Mengapa mediafire? Laman web file hosting percuma yang paling bagus buat masa ini, tidak perlu menunggu sebelum download, tiada iklan yang melampau, kelajuan yang tinggi (bergantung kepada connection anda), dan kelebihan untuk menyambung muat turun jika terputus (resume capibility) di mana kesemua ini hanya boleh diperoleh melalui akaun berbayar Rapidshare, Megaupload, Hotfile dan seumpamanya. Mediafire percuma!
Mulai kini, saya akan memuatnaik e-book dan software yang terkini dan terbaik untuk pembaca semua. Malah jika anda mahukan e-book atau software tertentu, insyaallah saya akan usahakan dan memudahkan anda untuk memuatturunnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai kelebihan Mediafire, sila klik sini.
*semua link adalah daripada saya sendiri melainkan dinyatakan
*semua file adalah bersih dan sudah disemak oleh saya melainkan dinyatakan
*jika ada sebarang permintaan, bolehlah nyatakan kepada saya
*untuk file-file yang boleh dimuatturun, sila klik pada label 'Download' dalam Search Categories
Sebagai permulaan, kitab Riyadhus Salihin karya Imam Nawawi dalam edisi Bahasa Melayu.