DISCOURSE ON THE TRUTH: FAITH, SCIENCE AND COMMON SENSE ISLAMIC PERSPECTIVE BY SHEIKH YUSUF ESTES
Melihat pada tajuknya yang panjang itu cukup untuk membuatkan saya teruja. Lebih-lebih lagi apabila melihat pada poster itu akan penceramahnya, Yusuf Estes. Sejujurnya saya tidak pernah pun sebelum ini mendengar nama beliau, apatah lagi melihat wajahnya. Melalui poster yang terpampang jelas di board EKSAH itu juga, dapat diketahui bahawa Yusuf Estes ini merupakan bekas pendakwah Kristian. Gambar Yusuf Estes yang cool dan bersahaja dengan berpakaian jubah dan serban dalam poster tersebut, merasakan beliau adalah seorang penceramah yang pasti penuh dengan humor dan gaya santai. It’s gonna be fun!


