Showing posts with label News and Views. Show all posts
Showing posts with label News and Views. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Friday, April 08, 2011

Telur Cetak Rompak


Tengahari tadi menjenguk-jenguk makanan di kafe...perut menjerit-jerit, mata mencari-cari, minda mengira-ngira. Ayam masak merah itu nampak sedap, daging masak kicap pula dah lama tak dirasa. Kari ikan pun macam menarik untuk diambil. Ah, tempe itu wajib, sayur. Apa lagi?

Telur? Hmmm.....

Saturday, April 02, 2011

Isu Fatwa Pengharaman Tarian Poco-Poco


IPOH: “Poco-poco” originates from a ritual dance often practised in Jamaica and contains elements of Christianity as well as spirit worship, insists Perak mufti Tan Sri Harussani Zakaria.
 
Harussani said the word “poco” in some dictionaries also referred to a kind of wild dance performed while possessed by “ancestral spirits”.
 
“I requested some cultural officers to do research and they came out with the findings. The cross-shaped movement, normally associated with Christianity, can be seen clearly in the dance but this was not realised by most Muslims.
 
Begitulah petikan berita daripada akhbar The Star mengenai tarian poco-poco yang difatwakan haram di Perak. Berikutan dengan berita tersebut, maka ramailah daripada kita yang terkejut dengan penfatwaan tersebut. Ada yang bersetuju, dan tidak kurang ada yang sebaliknya. 

Thursday, March 17, 2011

Japan Quake as Seen from Twitter


Japanese people have been very open on Twitter about their experiences following the quake.  These snippets of what moved them and touched them during these very trying times are heart-warming.  I have attempted a rough translation (may be incorrect) on some of them so that you can have a read.  

Please continue to pray for the people in Japan. 

I hope these mini-stories will bring strength and encouragement to all.

Thursday, February 03, 2011

Isu Mesir: Jangan Pandang Sebelah Mata



Sudah lebih seminggu pergolakan di Mesir. Semuanya huru-hara, internet diputuskan, kenderaan terbakar, banduan penjara terlepas, darurat diistytiharkan. Alhamdulillah, untuk hari ini, beberapa tempat di Mesir berjaya mendapat liputan internet, dan ada kawasan yang sudah agak tenang dan selamat.

Sedang kita asyik dengan liputan mengenai keadaan di Mesir saban hari, sungguh saya tidak faham dengan sesetengah pihak yang 'cuba' bersifat pacifist. Daripada marah kepada Perdana Menteri Mesir Hosni Mubarak yang diktator, mereka lebih lantang melafazkan kebencian mereka kepada rakyat yang merusuh, atau mungkin lebih tepat untuk saya katakan, rakyat yang bertegas menuntut hak mereka. Mengapa?

Tuesday, February 01, 2011

Bantahan Mesir 2011


Bantahan Mesir 2011 atau Revolusi Belia, ialah satu siri tunjuk perasaan, bantahan, dan keingkaran awam yang sedang berlangsung di Mesir sejak 25 Januari 2011, dengan para penganjur menggunakan pemberontakan di Tunisia sebagai pembakar semangat orang ramai. Tunjuk perasaan serta rusuhan ini dikatakan berpunca daripada kekejaman polis, undang-undang darurat, pengangguran, keinginan menaikkan gaji minimum, kurangnya perumahan, inflasi makanan, korupsi, kurangnya kebebasan bersuara, dan keaadan hidup susah. Matlamat utama bantahan ini ialah untuk menyingkirkan rejim Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama hampir 30 tahun.

Monday, January 31, 2011

Media Prima 'Jual' E-mel Kita?


Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini....bla bla bla...Ikhlas daripada, Najib Razak & Keluarga.

"Najib tahu e-mel aku?" saya pelik seketika.

Monday, December 27, 2010

Apa Yang Rasional Tentang Hooligans?


Apakah yang paling merbahaya dalam sukan bola sepak? Adakah bola yang disepak-sepak itu? Atau pijakan, hentakan, geseran dan tolakan pihak lawan? Atau keadaan padang yang berlubang, licin dan tidak rata? Semua itu, walaupun ada bahayanya, namun tidak dapat menandingi dahsyatnya bahaya yang satu ini, penyokong fanatik yang emosi, atau dalam istilah yang lebih popular, hooligans.

Sunday, November 21, 2010

Teori Konspirasi Itu Bodoh


 Sebelum saya mula, biar saya tekankan pendapat saya supaya para pembaca jelas di mana duduknya saya. Ini pendapat saya:

ORANG YANG CIPTA TEORI KONSPIRASI ADALAH PENIPU DAN ORANG YANG PERCAYA TEORI KONSPIRASI ADALAH BODOH.

Itu pendirian saya. Saya tak bersifat apologetik dengan pendapat saya yang tegas ini. Saya takkan “buka minda”, “celikkan mata” atau “pandang dengan mata hati” atau apa-apa lagi euphemism yang anda gunakan yang bermaksud “percaya kepada teori konspirasi”.

Friday, November 19, 2010

Mana Boleh Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar!






Salah satu perkara yang amat saya benci dan marah adalah apabila seseorang penulis menulis dengan semberono, tanpa rujukan yang diiktiraf, dan menulis dengan ayat yang mengelirukan dan boleh menimbulkan salah faham. Sungguh, menimbulkan kekeliruan dan salah faham itu amat merbahaya, lebih-lebih lagi mengenai hukum Islam.

Ayat yang mengatakan boleh menjadi tunangan orang tanpa sedar adalah amat tidak bertanggungjawab! Islam sama sekali tidak menjatuhkan hukum yang boleh menimbulkan keraguan, salah faham dan tanpa proses yang sah.

Tuesday, November 16, 2010

Penampilan Sulung Jersi 'World Champion' Sepanyol


Jersi baru? Kebiasaannya bukan pada waktu hujung tahun atau awal tahun bagi kelab bola sepak Eropah, dan juga bukan untuk negara Eropah melainkan pada pra-pertandingan. Tetapi Sepanyol akan tampil dengan wajah baru pada perlawanan persahabatan dengan Portugal Rabu ini dengan kit 'World Champion' mereka.

Friday, May 21, 2010

Tidurlah Dengan Nama Tuhanmu


Imam Ibn Qayyim pernah berkata: "Sesiapa yang meneliti cara tidur dan jaga Rasulullah saw, akan mendapati bahawa tidur baginda adalah yang paling seimbang dan paling bermanafaat untuk badan, anggota dan kekuatan. Baginda tidak pernah tidur lebih dari kadar yang dihajati dan tidak pernah mencegah dirinya daripada kadar keperluannya."

Rasulullah saw biasanya mengatur waktu tidurnya: "Sehampir-hampir Allah kepada hamba-Nya ialah di bahagian akhir malam. Dan sekiranya kamu berkuasa untuk menjadikan diri kamu salah seorang yang mengingati Allah di waktu ini maka lakukanlah." (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

Wednesday, March 24, 2010

Kempunan Pesta Buku


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur sedang berlangsung. Saya kepingin lagi. Tidak pernah lagi seumur hidup saya dapat menjejakkan kaki ke sebuah pesta buku yang amat besar yang bertaraf antarabangsa. Ingin sekali berjumpa dengan beberapa penulis terkenal di pesta tersebut, dan dapatkan autograf mereka. Ah, kenapalah dibuat pada bulan Mac, tidak pada bulan Disember? Hati mengeluh hampa...

Friday, February 26, 2010

The Best Role Model of Mankind


No community has been without its righteous guides and teachers to help its people towards the truth and to lead them from the depths of darkness to the light of Islam. The Prophets of Allah Subhanahu wa Taaala received the message and direction that enabled them to counsel their contemporaries. Through the ages, the earlier messages were distorted. Mankind having lost sight of the Shariah was in dire need of divine guidance. It had degenerated inwardly and outwardly to an abominable and immoral course of conduct. In the midst of spiritual decay, Allah opened a door of Hidayah, sending His mercy to all of mankind, His Final Messenger S.A.W, to guide them from the darkness of Jahiliyyah to the light of Islam.

Alif. Lam. Ra. (This is) a Scripture which We have revealed unto you (Muhammad) that thereby you may bring forth mankind from darkness unto light, by the permission of their Lord, unto the path of the Mighty, the Owner of Praise. (Surah Ibrahim 14:1)

He it is who blesses you, and His angels (bless you), that He may bring you forth from darkness unto light; and He is Merciful to the believers. (Surah Al-Ahzaab 33:43)

Thursday, January 07, 2010

Isu Kalimah Allah


Keputusan 31 Disember tentang penggunaan kalimat Allah oleh Mahkamah Tinggi menutup tirai 2009 dan membuka 2010 dengan penuh kontroversi. Mungkin tidak sehebat enjin jet yang hilang atau pun gula yang naik 20 sen. Tetapi isu ini telah menjadi sepak mula arena isu di negara ini sejak 1 Januari lagi.

Isu kalimah 'Allah' mendapat perhatian umum semenjak keputusan mahkamah untuk membenarkan akhbar The Herald menggunakannya. Sepertimana yang dilaporkan di dalam akhbar, Hakim Datuk Lau Bee Lan pada 30 Disember yang lalu memutuskan membenarkan saman Paderi Pakiam dan memutuskan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri (MDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar The Herald adalah keputusan yang tidak sah, terbatal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.



Tuesday, December 22, 2009

Our Public Enemies


Public Enemies adalah sebuah filem yang bertemakan jenayah yang berlatarbelakangkan pada zaman The Great Depression (1930-an). Filem ini adalah adaptasi daripada kisah benar seorang penjenayah besar zaman itu, John Dillinger (lakonan Jonny Depp) yang dikehendaki oleh pihak berkuasa. Atas jenayah yang dilakukan oleh Dillinger dan rakan-rakannya, Amerika Syarikat mengisytiharkan 'The First War On Crime' dan juga terbitnya istilah 'Public Enemy' sebagai tanda memerangi Dillinger dan penjenayah-penjenayah yang dikehendaki. Dan disebabkan peristiwa ini juga, lahirnya Federal Bureau of Investigation (FBI).

Bagi orang Amerika, Dillinger adalah public enemy mereka, dan setelah dia mati, Amerika lega, mereka akhirnya hidup aman dan damai. Ya, ironinya begitu. Tetapi bagi orang Islam, kita ada musuh yang lebih dahsyat dan nyata yang perlu kita perangi. Siapa?

"Bukankah Aku telah memerintahkan kepada kamu wahai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu" (Yassin: 60)

Syaitan Musuh Kita


Syaitanlah musuh nombor satu kita. Bukan sahaja musuh umat Islam, tetapi juga umat manusia keseluruhannya. Oleh kerana kesombongannya dan keangkuhan yang tinggi terhadap asalnya dari api yang dia anggap lebih mulia dari manusia (dari tanah) beliau sanggup untuk mengingkari suruhan Allah SWT untuk sujud (menghormati) Adam (manusia). (atas dasar ini ada sesetengah ulama yang menyatakan bahawa mengingkari suruhan Allah adalah lebih teruk dosanya daripada melakukan larangan Allah)

Atas keingkarannya terhadap suruhan Allah, Iblis laknatullah dibuang dari syurga. Dan kerana itu, dia berjanji untuk menyesatkan keturunan Adam. Itulah misi, visi dan objektif utama syaitan dan keturunannya, dari mula lahirnya Adam hinggalah hari kiamat nanti.

Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki bertanyakan kepada Hassan al-Basri, "Wahai Abu Sa'id, adakah syaitan itu tidur?". Hassan al-Basri sambil tersenyum menjawab, "Kalaulah syaitan itu tidur, nescaya kita boleh berehat".

Bagaimana pula dengan nafsu?

Nafsu pula banyak tafsirannya, ada yang berkata jika syaitan itu musuh yang nyata, maka nafsu pula musuh dalam selimut. Ada juga yang berkata, nafsu itu neutral sifatnya, jika nafsu dipimpin oleh akal yang dibaluti iman, ianya akan menuruti yang baik-baik sahaja, dan jika nafsu itu dipimpin oleh syaitan dan amarah, ianya semestinya menuruti yang buruk-buruk, dan setelah lama nafsu berubah menjadi tabiat. Hatta sebab itu ketika syaitan dirantai pada bulan Ramadhan sekali pun, mereka tidak risau kerana telah berjaya melahirkan 'syaitan' daripada nafsu yang sentiasa berada dalam diri kita.

Apa Inisiatif Kita?


Sedangkan Amerika sendiri mempunyai cara untuk mengalahkan public enemy mereka, apakan lagi kita? Dalam diri kita? Apa inisiatif yang kita perlu lakukan untuk mengalahkan musuh kita yang satu ini?

Ingatlah, syaitan tidak pernah berehat dalam usahanya memperdaya dan menyesatkan kita. Kita sentiasa bertarung 24 jam dengan mereka. Hasilnya hanya satu antara dua, kalah ditumpaskan syaitan atau menang jihad melawannya.

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam dengan menyeluruh, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (al-Baqarah: 208).

Wednesday, December 16, 2009

Bersama Hijrah


Maal Hijrah ertinya “bersama hijrah.” Bersama hijrah bukan bermusim dan terhad sifatnya. Sambutan yang dibuat saban tahun tidak akan bermakna sekiranya ibrah dan hikmah di sebalik hijrah tidak terserlah. Ia akan terus menjadi ritual yang tidak membangunkan spiritual umat – sama seperti sambutan Maulid Nabi, Nisfu Sa’aban, Nuzul Quran, Lailatul Qadar dan lain-lain lagi. Bersama hijrah bermaksud mempelajari, memahami, menghayati dan mengamalkan dan memperjuangkan iman dan Islam berdasarkan “resipi” yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.

Hijrah yang menjadi tuntutan secara berterusan ialah berpindah atau berubah daripada buruk (jahat) kepada yang baik. Dan ukuran baik atau buruk itu dibuat berdasarkan perspektif iman dan Islam. Bersama hijrah dalam erti kata yang lebih luas ialah sentiasa berubah kepada Islam dan iman yang lebih baik sama ada untuk diri, keluarga, organisasi, masyarakat mahupun negara kita.

Bersama hijrah juga bermaksud sentiasa melakukan perubahan ke arah memperkukuhkan Islam secara istiqamah dan total. Hijrah diri, ialah sejauh mana diri diubah ke arah yang lebih baik dan mantap dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Hijrah diri itu perlu diteruskan ke peringkat keluarga, organisasi dan masyarakat.

Manakala hijrah negara pula merangkumi hijrah sistem ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain sistem kehidupan ialah sejauh mana semuanya mampu memperkukuhkan iman dan Islam kita untuk memberi keamanan dan kemakmuran kepada orang Islam dan bukan Islam persis yang dibuat oleh Rasulullah SAW di negara Islam Madinah dahulu.

Untuk melakukan hijrah yang menyeluruh itu, semua pihak mesti berperanan. Kenali watak dan peranan wira-wira hijrah yang mampu dan sesuai untuk diteladani. Pilihlah, sama ada untuk meneladani:
• Kesetiaan dan kemurahan hati Sayidina Abu Bakar (menyediakan keperluan logistik dan teman karib kepada Rasulullah SAW).
• Keberanian dan amanahnya Sayidina Ali (berselimut di tempat tidur Rasulullah SAW dan memulangkan kembali harta orang ;lain yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW).
• Kecekapan Asma binti Abu Bakar (menyediakan makanan).
• Sifat murah hati Ummu Maabad (rela kambingnya diperah susu untuk memberi minum dalam perjalanan Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar).
• Kesal dan akurnya Suraqah (yang mulanya menentang tetapi akhirnya tunduk dan yakin kepada kemenangan Islam).

Armada Hijrah


Islam kini menagih hijrah justeru nasibnya yang dagang seperti mana ia bermula. Apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW telah benar-benar berlaku. Rasulullah SAW bersabda:

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”. (HR Muslim)

Jadilah “orang beruntung” yakni orang yang bersiap sedia untuk melakukan hijrah satu langkah jump start yang sangat diperlukan masa kini. Perkukuhkanlah iman dan lakukanlah hijrah setiap masa, di mana sahaja dan di posisi mana pun kita berada. Sentiasa ada set minda (mind set) hijrah di dalam diri kita yang menyebabkan apa sahaja yang kita fikir, rasa, buat dan laksanakan adalah ke arah Islam dan iman yang lebih baik.

Setiap diri berfikir untuk menghijrahkan hati, akal, nafsu, emosi dan fizikalnya ke arah iman dan Islam. Ibu bapa berfikir bagaimana menghijrahkan keluarganya. Guru-guru bertanggungjawab menghijrahkan sekolah. Imam hijrah dengan anak-anak kariahnya. Pemimpin masyarakat menghijrahkan kampung, mukim, bandar dan daerah. Wakil rakyat di kawasan parlimen masing-masing. Begitu juga dengan ADUN. Tokoh-tokoh korporat, menteri-menteri pula berperanan memimpin armada hijrah yang lebih besar dan luas lagi.

Inilah pra syarat untuk mencapai kejayaan. Bantuan Allah akan sentiasa bersama kita jika kita bersama hijrah. Maha Hebat Allah yang menjadi sesarang lelabah dan merpati yang zahirnya begitu lemah untuk melindungi dua orang kekasihnya di gua Thur. Namun di situlah kehebatan kuasa Allah yang pernah menjadikan air untuk menewaskan Firaun dan bala tenteranya, nyamuk untuk membunuh Namrud, burung dan batu kecil ketika memusnahkan tentera bergajah Abrahah.

Dan untuk kita umat Islam akhir zaman, pasti ada bantuan yang sama, dengan syarat kita berhijrah dengan tenaga, harta, masa dan jiwa. Hijrah atau kalah, yang mana satu pilihan kita?

Sunday, October 25, 2009

Huargh!


Mungkin tiada siapa pun yang sedar melainkan diri saya sendiri bahawa saya sering menguap. Saya tidak pasti sejak bila saya jadi begini, tetapi mungkin sejak dari beberapa bulan yang lalu, entahlah. Saya sendiri runsing dengan keadaan saya ini. Sebelum tidur menguap, selepas bangun tidur juga menguap, duduk juga menguap, main juga menguap. Saya sakitkah?

A yawn (synonyms chasma, pandiculation, oscitation from the Latin verb oscitare, to open the mouth wide) is a reflex of deep inhalation and exhalation associated with being tired, with a need to sleep, or from lack of stimulation. Pandiculation is the term for the act of stretching and yawning. Yawning is a powerful non-verbal message with several possible meanings, depending on the circumstances. It is also claimed to help increase the state of alertness of a person. It could possibly be from lack of oxygen. Another speculated reason for yawning is nervousness - paratroopers were once noted yawning right before their first jump, and had just come from a coffee break. The exact causes of yawning are still unascertained. Orthapedia and Macranisiam can be a cure for a yawn.

Menguap tidak semestinya bererti mengantuk. Ada orang mengatakan menguap juga sebenarnya kerana kurang oksigen masuk ke dalam otak, maka setelah menguap oksigen akan masuk dengan lebih banyak ke dalam otak. Menguap juga membantu mengawal suhu tubuh. Dengan menguap proses naik turun tekanan darah dan dengupan jantung yang laju berlaku. Umumnya menguap adalah suatu perkara yang biasa dan normal, tidak menunjukkan apa-apa bahaya, dan menguap juga menandakan seseorang itu sedang bosan.

Tetapi menguap juga merupakan petanda kepada suatu kondisi yang serius.

Orang yang mempunyai penyakit saraf seperti penyakit Multiple Sclerosis dan Amyotropic Lateral Sclerosis (ASL) menguap lebih banyak daripada orang normal. Orang yang memiliki darah rendah dengan tekanan darah 90/60 mmHg juga sering menguap diikuti dengan mengantuk.

Adakah saya tergolong dalam golongan ini? Wallahu'alam.

Adab Menguap


"Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Maka apabila (seseorang) bersin, hendaklah dia memuji Allah (dengan mengucapkan Alhamdulillah) dan merupakan kewajipan bagi setiap muslim (yang mendengar saudaranya bersin) untuk mendoakannya. Ada pun menguap, maka ia tidak lain berasal dari syaitan. Tahanlah ia semampu mungkin dan apabila (seseorang menguap) berbunyi 'Haa' maka ketawalah syaitan" (sahih Bukhari)

Umumnya hadis ini menerangkan bahawa perilaku orang yang menguap adalah tidak elok kerana ianya menunjukkan sifat malas dan bosan sedangkan seorang muslim sejati sifat itu perlu dibuang sama sekali. Akan tetapi jika kita benar-benar terpaksa menguap, maka janganlah menguap dengan berlebih-lebihan hingga mengeluarkan bunyi, dan hendaklah menutup mulut seeloknya.

"Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka)" (sahih Muslim)

Fakta Menarik Mengenai Menguap


- Hampir semua makhluk vertebrata (bertulang belakang) menguap
- Janin manusia mula menguap seawal usia 11 minggu
- Kadar tempoh menguap biasanya selama 6 saat
- Denyutan jantung bertambah 30% semasa kita menguap
- Lelaki lebih banyak menguap daripada perempuan
- Hypothalamus adalah bahagian otak yang berperanan merangsang untuk menguap
- Melihat orang lain menguap boleh menyebabkan kita menguap sekali walaupun menerusi televisyen
- Membaca artikel mengenai menguap juga boleh menyebabkan kita menguap!

Friday, October 09, 2009

Mukabuku Yang Merosakkan


"Kau tengah buat apa?" Ahmad bertanya kepada rakan sebiliknya, Abu.

"Baca buku." Abu menjawab bersahaja.

"Depan laptop?" Ahmad bertanya lagi sambil melihat Abu yang begitu khusyuk mengadap komputer ribanya.

"A'ah..baca buku dalam internet la...apa lagi..." sekali lagi Abu menjawab endah tak endah. Matanya tidak berganjak langsung dari skrin komputer.

"...buku apa yang kau baca khusyuk sangat tu?" Ahmad tidak berpuas hati dengan jawapan Abu lantas beliau bertanya lagi.

"Mukabuku!" Abu masih tetap tidak mengalihkan matanya dari skrin komputer itu, tangannya ligat menaip di papan kekunci dan menggerak-gerakkan tetikus. Sesekali dia tertawa ketika mengadap komputer ribanya.

Ahmad menggeleng-geleng kepala melihat rakannya itu yang sudah kemaruk dengan sistem jaringan sosial Facebook.

Ada apa dengan Facebook?


Facebook adalah sebuah sistem jaringan sosial maya yang paling popular buat masa ini diseluruh dunia, mengatasi laman-laman web yang sejenis dengannya seperti Myspace, Friendster, Tagged, Hi5 dan lain-lain. Ianya dicipta oleh seorang pelajar universiti bernama Mark Zuckerberg yang berbangsa yahudi Amerika dan kini Facebook adalah rangkaian jaringan web sosial nombor satu dunia, diikuti kemudiannya Myspace. Keuntungan yang dicatat pada tahun 2008 sahaja adalah sebanyak 300 million USD.

Salah satu keunikan yang terdapat pada Facebook yang tidak terdapat pada sistem jaringan sosial maya yang lain adalah kebolehan untuk setiap pengguna Facebook untuk membuat aplikasi atau kuiz mereka sendiri dan disebar-sebarkan di dalam Facebook. Aplikasi ini, jika dilihat dari sudut yang positif, ianya memang dapat membantu kita dalam merapatkan ukhwah sesama rakan, dan juga boleh dijadikan sebagai salah satu kaedah pendakwahan kita.

Tetapi malangnya terlalu ramai pengguna yang menyalahgunakannya.

Jikalau kuiz matematik, atau kuiz sejarah tamadun silam, atau kuiz bahasa, tidak ada salahnya bahkan bermanfaat dalam menambah ilmu pengetahuan. Tetapi bagaimana pula dengan kuiz 'kamu mati di mana', kuiz 'siapakah jodoh kamu di masa hadapan', 'nama orang yang sedang jatuh hati dengan kamu', 'siapa kamu 10 tahun akan datang', dan bermacam-macam lagi lambakan kuiz dan aplikasi sebegitu, bukankah ianya jelas menilik nasib, dan menilik nasib itu nyata syirik?

Hukum Bertanya Tukang Tilik


Rasulullah s.a.w jelas melarang umatnya daripada menilik nasib dan bertemu tukang tilik. Banyak hadis yang menjelaskannya antaranya seperti berikut;

"Sesiapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanya sesuatu kepadanya, maka tidak diterima sembahyang baginya selama empat puluh malam" (Sahih Muslim).

"Jangan mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib" (Sahih Muslim).

"Wahai Rasulullah! Sesungguhnya orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lazimnya mengkhabarkan kami dengan sesuatu, kemudian kami dapati ia adalah benar! Rasulullah menjawab, ia adalah kalimah benar yang diambil oleh seorang jin lalu dibisikkan kepada telinga pengikutnya, kemudian dibuat tambahan padanya dengan seratus kedustaan" (Sahih Muslim)

Terdapat dua kategori orang yang datang berjumpa dengan tukang tilik. Pertama, bertanya akan sesuatu kepada tukang tilik kemudian mempercayainya. Ianya jelas haram dan menyebabkan syirik yang nyata terhadap Allah s.w.t. Kedua, bertanya akan sesuatu kepada tukang tilik kemudian tidak mempercayainya. Walaupun tidak mempercayainya, hukumnya tetap haram, dan mendapat dosa walaupun tidak jatuh hukum syirik secara mutlak.

"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahui melainkan Dia-lah sahaja" (al-An'am: 59)

"Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun, melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya) (aj-Jin: 26-27).

Pengetahuan tentang ilmu ghaib hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Apabila seseorang mendakwa dirinya mampu mengetahui ilmu ghaib, maka dia meletakkan dirinya sejajar dengan Allah. Ini adalah satu bentuk kesyirikan yang berat dan dusta.

Apabila seorang muslim mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, bererti dia mengiktiraf orang tersebut sebagai mampu mengetahui ilmu ghaib. Walaupun dia tidak mempercayai tilikan ramalan tersebut, tetapi jika khabar ramalan yang dinyatakan itu benar, sedikit-sedikit seseorang itu akan mula mempercayainya walaupun pada mulanya tidak.

Hanya Untuk Merehatkan Minda dan Suka-suka


Ini adalah alasan yang paling banyak dilafazkan oleh penagih-penagih Facebook, main kuiz saja untuk suka-suka dan main-main menenangkan fikiran. Tetapi sedarlah, adakah akidah itu boleh dimain-mainkan? Bukankah kita telah dididik dengan rukun iman yang enam? Berimankah kita dengan qada' dan qadar Allah? Iman kita yang mengakui hanya Allah sahajalah yang mengetahui perkara ghaib hendak dimain-mainkan? Tepuk dada tanya iman.

Perlu diketahui bahawa mempercayai zodiak horoskop juga adalah suatu bentuk tilikan nasib, dan hukumnya sama haram. Mempercayai nombor-nombor dan abjad-abjad tertentu pada nama kita membawa sesuatu nasib, mempercayai tahi lalat di muka membawa maksud-maksud yang tertentu, dan lain-lain yang seumpamanya juga adalah sama haramnya.

Tetapi tidak untuk sebahagian perkara. Warna mempengaruhi personaliti, ianya bukan ramalan, ianya fakta. Kedudukan dalam bilangan adik-beradik mempengaruhi perwatakan, ianya fakta. Ilmu psikologi telah dijalankan dan menjawab persoalan-persoalan sebegini dengan ilmiah dan saintifik, tetapi bahkan perlu diingat ianya juga tidak mutlak kepada setiap manusia bahawa warna, kedudukan adik-beradik, mempengaruhi personaliti 100%. Personaliti mengikut bulan kelahiran, ianya saintifik, tetapi ianya tidak mutlak, kerana manusia dipengaruhi oleh pelbagai perkara seumur hidupnya dan benda ini boleh berubah dari semasa ke semasa. Saintis hanya dapat menjumpai secubit kesamaan antara manusia yang lahir pada bulan yang sama, itu pun mereka sendiri mengakui bahawa ianya adalah teori semata-mata (mereka sendiri tidak mempercayainya 100%). Perlu dibezakan antara ramalan dan kajian.

Mengapa perlu kita menilik nasib, atau cuba-cuba menilik nasib, bertanya kepada manusia yang juga makhluk Allah yang serba kekurangan, dan kemudian mempercayainya? Mengapa tidak kita meminta dan bertanya terus kepada Tuhan sekalian makhluk yang Maha Esa? Yang tidak pernah berdusta dan sentiasa menggotakan janji-Nya?

Jika pengguna masih lagi berkata bahawa main kuiz itu hanya untuk menenangkan fikiran, di sini saya ada alternatif yang jelas dan nyata;

"Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang" (ar-Ra'd: 13)

Saya Juga Pengguna Facebook


Saya menulis ini juga sebagai seorang pengguna Facebook yang aktif. Saya membukanya hampir saban hari. Jadi janganlah dipertikaikan bahawa kononnya saya tidak mengalami apa yang orang lain alami, kononnya saya tidak ketagih dengan Facebook. Malah, ya, saya dahulu juga bermain aplikasi-aplikasi dan kuiz-kuiz seperti ini, saya akui saya seronok bermainnya.

Tetapi akal hendaklah merajai nafsu sebelum nafsu menjajah diri.

Alhamdulillah, sejak beberapa minggu berhenti bermain kuiz-kuiz sebegitu, saya tidak rasa apa-apa masalah. Saya masih aktif di dalam Facebook memberi komen status kawan-kawan, melihat gambar-gambar mereka, membaca berita dan lain-lain yang bermanfaat. Bergurau-senda sesama rakan-rakan, merapatkan ukhwah. Bukankah ianya boleh tanpa kuiz-kuiz merosakkan itu?

Ada rakan-rakan saya yang berhenti daripada menggunakan Facebook kerana khuatir leka dengannya, dan juga kerana ada isu bahawa keuntungan Facebook ini disumbangkan kepada zionis Israel. Terpulang kepada individu, hak masing-masing. Selagi saya tidak menjumpai bukti kukuh bahawa Facebook sememangnya menyumbang kepada kemusnahan Palestin, saya tidak akan membuangnya. Malah, sebagai seorang pengguna internet yang tegar, menguasai jaringan internet adalah perlu. Dan saya rasa jika saya tidak meneroka Facebook dan laman-laman web popular lain seperti YouTube, Twitter dan Blogger, saya rasa ketinggalan dan rugi dalam mengejar dunia arus perdana kini. Untuk maju, umat Islam perlu mencari ilmu, hatta daripada orang bukan muslim. Memboikot teknologi bukanlah suatu langkah yang bijak, malah menyebabkan umat Islam jauh ketinggalan.

Setelah lenguh menaip dan duduk di atas kerusi, Abu baru terperasan kertas-kertas assignmentnya bertimbun di sebelah komputer ribanya. Dia mula meneliti satu per satu sambil menggaru-garu kepala. Keluhan mula keluar perlahan dari hujung bibirnya.

"Ahmad! Macam mana nak jawab soalan yang ini ha?" giliran Abu bertanya kepada Ahmad pula.

"Oh, yang ini, aku pun baru dapat sumber dari kawan aku dekat seberang sana nun pasal topik ni. Senang je ni, aku rujuk buku." kata Ahmad.

"Buku apa?" Abu mengkehendaki kepastian.

"Mukabuku!" jelas Ahmad sambil tersenyum.

Sunday, July 19, 2009

WANTED - The Arrivals



Pada cuti semester yang lepas, seorang pengunjung blog saya telah menulis sesuatu di shoutbox blog. Beliau menggunakan nama samaran ainul mardhiah dan mencadangkan saya supaya menonton dan mengulas mengenai sebuah filem (dokumentari?) yang bertajuk The Arrivals.

Saya telah cuba mencari video tersebut di internet dan saya menjumpainya di YouTube. Oleh kerana video itu dipotong-potong di dalam YouTube sebanyak lebih kurang 50 episod, maka saya menangguhkan hajat untuk menontonnya (tak mahu muat turun) dan memberitahu si ainul mardhiah supaya memberi video itu kepada saya pada semester ini, memandangkan beliau sendiri mengatakan bahawa beliau ada kesemua video The Arrivals tersebut. Beliau bersetuju.

Tetapi malangnya hingga kini saya tidak menerima apa-apa respon daripada beliau.

Maaf, saya tidak mengenali diri beliau, maka saya hanya boleh menunggu. Maaf, saya juga tidak tahu bagaimana hendak menghubungi beliau, maka saya hanya mampu menulis pengumuman ini di blog saya, mudah-mudahan beliau membaca post saya kali ini dan memberi respon. Mungkin beliau terlupa atau terlalu sibuk...

Berdasarkan melalui pencarian dan pembacaan saya di internet, apa yang saya ketahui The Arrivals adalah sebuah filem (dokumentari?) yang mendedahkan mukjizat agama-agama besar dunia seperti kedatangan Dajal, Imam Mahdi, kelahiran Jesus kedua dan sebagainya. Hasil karya HashemFilms dan diambil terus melalui isi-isi yang terkandung di dalam Quran, Bible, Torah (Taurat) dan seumpamanya.

Hmm....

Isu yang menarik, malah mendalam. Saya sendiri tertanya-tanya apakah saya boleh memahami segala isi-isi yang mungkin ada dalam video tersebut. Serba sedikit saya teruja.



Sementara masih lagi di awal semester, dan sementara saya masih sempat untuk menonton sebarang satu dua video, adalah amat saya harapkan supaya beliau (ainul mardhiah) memberi salinan video tersebut kepada saya, atau sesiapa sahaja, jika tidak keberatan. Saya tidak kisah siapa, yang penting ilmu dan manfaat yang diperoleh melalui perkongsian ini, insyaallah.

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam); (sesuai) fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut (fitrah) itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. (Itulah) agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." (ar-Rum: 30)

*beliau (ainul mardhiah) atau sesiapa sahaja yang mempunyai video The Arrivals bolehlah menghubungi 013-8855974 (mesej sahaja) atau qriuz0@yahoo.com
© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"