Tuesday, December 22, 2009
Our Public Enemies
Public Enemies adalah sebuah filem yang bertemakan jenayah yang berlatarbelakangkan pada zaman The Great Depression (1930-an). Filem ini adalah adaptasi daripada kisah benar seorang penjenayah besar zaman itu, John Dillinger (lakonan Jonny Depp) yang dikehendaki oleh pihak berkuasa. Atas jenayah yang dilakukan oleh Dillinger dan rakan-rakannya, Amerika Syarikat mengisytiharkan 'The First War On Crime' dan juga terbitnya istilah 'Public Enemy' sebagai tanda memerangi Dillinger dan penjenayah-penjenayah yang dikehendaki. Dan disebabkan peristiwa ini juga, lahirnya Federal Bureau of Investigation (FBI).
Bagi orang Amerika, Dillinger adalah public enemy mereka, dan setelah dia mati, Amerika lega, mereka akhirnya hidup aman dan damai. Ya, ironinya begitu. Tetapi bagi orang Islam, kita ada musuh yang lebih dahsyat dan nyata yang perlu kita perangi. Siapa?
"Bukankah Aku telah memerintahkan kepada kamu wahai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu" (Yassin: 60)
Syaitan Musuh Kita
Syaitanlah musuh nombor satu kita. Bukan sahaja musuh umat Islam, tetapi juga umat manusia keseluruhannya. Oleh kerana kesombongannya dan keangkuhan yang tinggi terhadap asalnya dari api yang dia anggap lebih mulia dari manusia (dari tanah) beliau sanggup untuk mengingkari suruhan Allah SWT untuk sujud (menghormati) Adam (manusia). (atas dasar ini ada sesetengah ulama yang menyatakan bahawa mengingkari suruhan Allah adalah lebih teruk dosanya daripada melakukan larangan Allah)
Atas keingkarannya terhadap suruhan Allah, Iblis laknatullah dibuang dari syurga. Dan kerana itu, dia berjanji untuk menyesatkan keturunan Adam. Itulah misi, visi dan objektif utama syaitan dan keturunannya, dari mula lahirnya Adam hinggalah hari kiamat nanti.
Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki bertanyakan kepada Hassan al-Basri, "Wahai Abu Sa'id, adakah syaitan itu tidur?". Hassan al-Basri sambil tersenyum menjawab, "Kalaulah syaitan itu tidur, nescaya kita boleh berehat".
Bagaimana pula dengan nafsu?
Nafsu pula banyak tafsirannya, ada yang berkata jika syaitan itu musuh yang nyata, maka nafsu pula musuh dalam selimut. Ada juga yang berkata, nafsu itu neutral sifatnya, jika nafsu dipimpin oleh akal yang dibaluti iman, ianya akan menuruti yang baik-baik sahaja, dan jika nafsu itu dipimpin oleh syaitan dan amarah, ianya semestinya menuruti yang buruk-buruk, dan setelah lama nafsu berubah menjadi tabiat. Hatta sebab itu ketika syaitan dirantai pada bulan Ramadhan sekali pun, mereka tidak risau kerana telah berjaya melahirkan 'syaitan' daripada nafsu yang sentiasa berada dalam diri kita.
Apa Inisiatif Kita?
Sedangkan Amerika sendiri mempunyai cara untuk mengalahkan public enemy mereka, apakan lagi kita? Dalam diri kita? Apa inisiatif yang kita perlu lakukan untuk mengalahkan musuh kita yang satu ini?
Ingatlah, syaitan tidak pernah berehat dalam usahanya memperdaya dan menyesatkan kita. Kita sentiasa bertarung 24 jam dengan mereka. Hasilnya hanya satu antara dua, kalah ditumpaskan syaitan atau menang jihad melawannya.
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam dengan menyeluruh, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (al-Baqarah: 208).
Article By: Riuz
Main author of the blog. Proud Muslim, full time writer, part time businessman, hardcore gamer, socially awkward guy.
If you like this post you can follow Afiq Farhan on Twitter, Facebook and Instagram
Posted by
Riuz
Labels:
Islam,
News and Views,
Quest
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
© Q-riuz (2008 – 2013)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.
"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.
"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"