Thursday, May 28, 2009

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka.

"Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Monday, May 25, 2009

Barclays Premier League 08/09 End of Season Review




Liga Perdana Inggeris sudah pun menutup tirainya bagi musim 08/09. Seperti yang sudah diketahui, Manchester United berjaya mengekalkan kejuaraannya buat kali yang ketiga berturut-turut. Tahap mentaliti dan fizikal serta mental yang kuat untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris membuatkan mereka sememangnya kelab bola sepak nombor satu dunia. Tahniah!

Sebagai penutup bagi musim ini, sedikit analisis dan komentar terhadap musim ini, dan beberapa penilaian peribadi saya buat untuk tatapan dan penilaian semua.


My Best Eleven of the season:


1. Edwin Van Der Sar (Goalkeeper) - Manchester United:
This guy is just getting better and better. Three months with a clean sheet makes him the best goalkeeper for the season


2. Keiran Gibbs (Defender) - Arsenal:
This youngster is making some attraction for the fans. At first he is only a temporarily substitute for Gael Clinchy but in my eyes, in another two or three seasons to come, he might overcome Clinchy himself


3. Rio Ferdinand (Defender) - Manchester United:
No need to explain more about it. The man that hold the balls from coming to Man Utd goal. With his pair, Vidic, they are "protector" of the Red Devils


4. Nemanja Vidic (Defender) - Manchester United:
World class defender truly he is. Even Gerrard admitted he should be the Player of the Year


5. Leighton Banes (Defender) - Everton
The little man makes few mistakes and add attacking impetus from left-back position. His efforts for Everton have attracted the notice of England manager Fabio Capello


6. Cristiano Ronaldo (Midfielder) - Manchester United
Eventhough he scored less than last season, he is still a thread to all. With his speed and agility, plus his shot accuracy, he is one of the player that really makes United attacking force dangerous


7. Steven Gerrard (Midfielder) - Liverpool
Many have said he is the player of the season, and maybe player of the year. I totally agree with it. His energy and leadership that makes Liverpool almost gap the cup from Man Utd


8. Micheal Carrick (Midfielder) - Manchester United
I just like him. It is hard to chose between him and Xabi Alonso, but I give him more credit as Man Utd is the winner of the league. His passing and point of view makes him a great playmaker for United. As for Fabregas, just unlucky with long-term injury this season, nothing much he had done this season


9. Theo Walcott (Midfielder) - Arsenal
"The Golden Boy" of Arsenal finally proved why he is a precious asset to the Gunners. His quick feet, great dribbling ability and speed, making him as the replacement for Beckham for England position.


10. Nicholas Anelka (Striker) - Chelsea
The Golden Boot winner of the season. Scored 19 goals in the league. A good season for him it is


11. Fernando Torres (Striker) - Liverpool
Two season already in Liverpool and he is in a way to become a legend there. His finishing is a top-class one. Only if he could be the top scorer, he also might be the player of the year

My Best Player of The Season:



Steven Gerrard (Liverpool)
Yes, not Ronaldo, not Torres, nor do Anelka. It is Gerrard. He is the man behind Liverpool this season that almost win the Premier League. He is just outstanding just like he was a youngster many years ago, or maybe, better than before

Manager of The Season:


Guus Hiddink (Chelsea)
Scholari is a big dissapointment, but luckily Hiddink not. Scholari is bias, thankfully Hiddink is not. His management makes Chelsea stable on all their matches, if he going to stay for next season, maybe Chelsea can win the league again

Biggest Dissapointment:


Robbie Keane (Tottenham Hotspurs)
A big mistake made by Rafa Benitez to buy him. Cannot suit the style of Liverpool, finally Keane and Benitez both agreed that they cannot work with each other. Keane moved back to Spurs, and Liverpool just waste their money on him.

Worst Team:



Newcastle United
Relegated eventhough they have quite talented players. What is the problem? Player? Manager? Board of Director? Fans?

Best Transfer:


Andrei Arshavin (Arsenal)
Why? He is the saviour for the Gunners. He is the reason how Arsenal can bounce back to claim top four after a quite dissapointing season and too many injuries. He made a few impact after coming from January transfer, and hopefully for the next season he will be better and better for Arsenal

Friday, May 22, 2009

Antara Dua Tangisan


Air mata adalah penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan menghimpit perasaan dan kehidupan ini. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan. Namun setitis air mata kerana takut kepada Allah persis permata indah yang gemerlapannya terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi Allah dan Rasul-Nya, bukan semata kerana harta dan kedudukan.

Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.


Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil. Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan (pemuja dunia).

Dari mata yang mengintai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kecewa kegagalan. Dari mata yang redup merenung hari akhirat yang dirasakan dekat, mengalirkan air mata insaf mengharap kemenangan, serta rindu akan-Nya.

“Penghuni syurga itulah orang-orang yang menang.” (al-Hasr: 20)

Tangis adalah basahan hidup, justeru, hidup dimulakan dengan tangis, dicela oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sabda Rasulullah s.a.w “Ada dua titisan yang Allah cintai, pertama titisan darah para syuhada dan titisan air mata yang atuh kerana takutkan Allah”.

Nabi Muhammad bersabda lagi: “Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali.”

Oleh kerana itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada abid yang berangan-angan tentang syurga mana kelak ia akan bertakhta.

Nabi bersabda: “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.”

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.
Nabi Muhammad bersabda: “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

Seorang hukama pernah bersyair: “Aku hairan dan terperanjat, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara-perkara yang menyenangkan.”

Salafussoleh menangis walaupun banyak beramal, takut-takut tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.

Lupakah kita.

Nabi pernah bersabda: “Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”

Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.

Namun Allah s.w.t telah berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu pada hal ianya amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216)

Bukankah Nabi pernah bersabda: “Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala”

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihisab di sebelah kanan atau di sebelah kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata:

“Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.”

Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya, “Kenapa engkau menangis?”. “Aku tidak mempunyai anak lagi untuk aku kirimkan ke medan perang.” Jawabnya.

Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata: “Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu.”

Ibnu Mas’ud r.a berkata: “Seorang yang mengerti al-Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusyuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al-Quran itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah.

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur: “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah.”
Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!

Saturday, May 16, 2009

Guru Terbangsat



“Ayah, kenapa laki tu angkat perempuan tu letak atas katil? Lepas tu sorang lagi laki buka seluar?,” tanya seorang anak kecil sambil menonton iklan filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam yang sedang ditayang di hadapan mereka sekeluarga.

Si ayah terkedu.

“Mak, kenapa dalam akhbar ni laki dengan perempuan ni ditangkap sebab tidur sebilik? Mak dengan ayah tidur sebilik tak kena tangkap pun,” tanya si anak itu lagi dengan penuh rasa ingin tahu.

Si ibu tersentak.

Itulah hakikat realiti hidup zaman sekarang. Kawalan anak-anak di rumah seolah-olah memburukkan lagi kehidupan si anak apabila didikan ibubapa bertentangan dengan apa yang dipertontonkan kepada anak-anak mereka saban hari. Situasi ini berlaku di sekeliling kita setiap hari dan di mana-mana jua. Namun, masih ramai golongan masyarakat yang masih jahil membawa pandangan-pandangan yang bersifat ‘falsafah kosong’ menyokong segala kemungkaran yang semakin berleluasa secara rasmi di dalam media seperti yang di‘fatwa’kan oleh ‘Nabi-nabi’ mereka – artis dan politikus.


Media Dan Pendidikan

Media merupakan salah satu ruang pendidikan yang mengajar manusia melalui pengulangan agenda di sebalik setiap paparan yang disajikan bagi mencapai keyakinan kepada setiap pembaca, pendengar, dan penonton yang mengikutinya. Keberkesanan penanaman keyakinan para pengikut media hampir tidak diragui sehingga media hari ini menjadi elemen utama dalam menyampaikan sebarang bentuk pengetahuan semasa kepada golongan massa.

Ivan Pavlov, seorang pakar psikologi, fisiologi, antropologi, serta perubatan dari Rusia yang menjadi salah satu individu rujukan paling asas bagi sistem pendidikan di Malaysia melalui penemuannya tentang teori tingkahlaku. Ivan Pavlov menerima Anugerah Nobel dalam bidang Fisiologi Perubatan pada tahun 1904 dan merupakan individu yang sangat berpengaruh sewaktu hayatnya sehingga teorinya dikembangkan lagi oleh Carl Jung.

Beliau menggunakan anjing sebagai subjek eksperimen dan membuktikan tingkahlaku haiwan adalah tindakbalas atas apa yang dipercayainya. Dalam eksperimen tersebut, anjing akan diberi makanan dan tindakbalas seperti penghasilan air liur diperhatikan. Kemudian, makanan akan diberikan kepada anjing tersebut setiap kali loceng dibunyikan. Setelah beberapa lama langkah ini dilakukan, eksperimen disambung dengan membunyikan loceng tanpa memberi makanan kepada anjing tadi. Ternyata, anjing tersebut masih mengeluarkan air liur akibat loceng yang dibunyikan walaupun tiada makanan yang diberi.

Mengapa ini berlaku? Secara ringkasnya, anjing tersebut telah diyakinkan dengan pengulangan sistem loceng dan makanan sehingga ia yakin makanan akan diberikan setelah loceng dibunyikan – walaupun sebenarnya tidak. Dan hari ini, teori ini diajar kepada kesemua bakal guru tetapi ibrah penemuan ini tidak disalurkan ke tempat yang sepatutnya.

Sayang sekali penggubal sistem dan pihak yang berkaitan tidak dapat membezakan antara manusia dan anjing sehingga tidak mempedulikan kebejatan mungkar yang berada di sekeliling masyarakat saban hari!

Akhlak Intinya Aqidah

Perilaku manusia iaitu akhlak merupakan satu bentuk perbuatan yang dinilai sebagai baik oleh naluri kemanusiaan itu sendiri. Namun, sandaran penilaian akhlak kepada naluri kemanusiaan semata-mata nyata menjadi perdebatan yang hebat dalam kalangan ahli jiwa. Penilaian sebegini jelas mempunyai percanggahan pendapat yang sangat kritis terutama dari sudut perkara-perkara yang berbentuk metafizika.

Sebab itulah budaya hidup gay serta lesbian yang diterima di Barat langsung menjadi tentangan yang hebat di negara-negara lain terutama di Malaysia akibat perbuatan ini dinilai sebagai tidak bermoral oleh kebanyakan masyarakat di sini. Budaya jijik sebegini diterima di Barat atas dasar pandangan alam Barat yang lebih mengutamakan kebebasan hak individu dalam melakukan perkara-perkara baharu yang di anggap sebagai moden. Pandangan alam sebegini ternyata songsang atas ukuran naluri manusia yang dididik dengan keilmuan yang sahih lagi benar – pendidikan Islam.

Oleh sebab itulah di dalam Islam akhlak seseorang manusia dinisbahkan kepada al-Qur’ān serta segala perilaku, perkataan dan pembenaran oleh RasuluLlah SAW iaitu al-Sunnah. Malah, kayu ukur akhlak sebegini akan kekal sejak daripada kewafatan RasuluLlah SAW sehinggalah Hari Kiamat nanti. Ukuran inilah yang menjadikan umat Islam senantiasa menilai tingkahlaku mereka sama ada mematuhi piawaian yang digariskan oleh Allah SWT serta Nabi Muhammad SAW atau tidak.

Maka, walau di mana umat Islam berada, walau pada bila-bila masa umat Islam bertindak, mereka akan melakukan yang terbaik dan selaras dengan anjuran yang diketengahkan di dalam Islam – bukan lakonan semata-mata seperti yang dibuat-buat di hadapan kamera atau di khalayak ramai sebagai puji-pujian palsu.

Aqidah yang ditanam subur di dalam jiwa manusia ini akan menumbuhkan pohon akhlak yang benar-benar memahami tujuan penciptaan manusia di dunia. Oleh itu, walau di tempat yang tersorok sekalipun, manusia yang terdidik sebegini percaya sepenuhnya bahawa Allah Maha Melihat dan seterusnya melakukan perkara-perkara yang baik bersandarkan kebaikan yang dianjurkan di dalam Islam.

Rasulullah SAW Sebagai Suri Teladan

Kedatangan Nabi Muhammad SAW dalam masyarakat Arab jahiliyyah tatkala mereka di ambang kehancuran merupakan satu rahmat yang terlalu tinggi nilainya dari Allah SWT. Pada waktu itu, masyarakat Arab jahiliyyah kehilangan adab sebagai manusia sehingga menimbulkan pelbagai kerosakan sistem kehidupan mereka baik dari sudut sosial, politik, mahupun akhlak.

Akhlak serta percakapan baginda RasuluLlah SAW yang begitu menyenangkan masyarakat Arab jahiliyyah ketika itu telah menarik hati masyarakat dalam menerima Wahyu yang disampaikan oleh baginda RasuluLlah SAW. Namun, segelintir manusia yang masih ego serta mementingkan kesenangan duniawi ingkar atas kebenaran yang dibawa oleh RasuluLlah SAW sehingga mereka memusuhi malahan membenci baginda walaupun baginda menyampaikan risalah da‘wah dengan jalan yang paling berhikmah.

Pada ketika itu baginda RasuluLlah SAW dan para Sahabat baginda yang memegang teguh pendirian sebagai muslim ditentang hebat sehingga ada yang disiksa hingga terbunuh. Majoriti masyarakat ketika itu sangat tidak menyenangi kebenaran yang dibawa baginda kerana perhitungan mereka hanyalah semata-mata demi kepentingan harta benda yang tidak kekal lama. Kebenaran tersebut bagi mereka ternyata menyebabkan kepentingan duniawi yang dinikmati selama ini akan tergadai.

Tentangan demi tentangan, ditambah pula dengan tomahan palsu yang dikenakan ke atas umat Islam ketika itu diterima dengan hati yang menyerah kepada Allah SWT serta baginda RasuluLlah SAW secara total. Akibat keteguhan baginda RasuluLlah SAW serta para Sahabat yang sama-sama memperjuangkan aqidah ini, kita hari ini dapat menikmati kebahagiaan yang hakiki yang menjadikan pertemuan kita dengan Allah SWT di Akhirat sana sebagai tujuan hidup.

Malah, baginda RasuluLlah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak”

Sayang seribu kali sayang, Nabi junjungan besar kita hari ini hanya dislogankan ketika Maulidur Rasul serta diselitkan Hadith baginda di celahan program televisyen serta iklan yang berteraskan budaya sesat yang diperangi oleh baginda RasuluLlah SAW sendiri ketika hayat baginda. Penghinaan sebegini dilihat sebagai norma masyarakat bilamana tiada seorang pun muslim di Malaysia yang bangkit lalu membela kesucian teras Islam yang dipermainkan sebegitu rupa. Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita atas kelalaian diri kita sendiri.

Cegah, Bukan Ubati

Perilaku serta risalah da‘wah yang disampaikan oleh baginda RasuluLlah SAW sebenarnya merupakan rujukan utama umat Islam dalam memandu kehidupan manusia menuju hakikat penciptaan mereka di dunia dan tujuan hidup mereka setelah dibangkitkan di Akhirat kelak. Peringatan baginda RasuluLlah SAW ini adalah hadiah yang tidak ternilai kepada umat akhir zaman dalam membentuk masyarakat yang benar-benar faham serta yakin tentang kehidupan yang bahagia serta sejahtera dalam erti kata yang sebenarnya.

Pelbagai kerosakan dalam kalangan muda-mudi hari ini terutamanya, sepatutnya dapat dicegah lebih awal lagi sehingga tidak menimbulkan sebarang kerosakan sistem kehidupan bermasyarakat. Peribadi contoh oleh baginda RasuluLlah SAW serta penghayatan terhadap faham ilmu dan kebahagiaan yang benar yang dibawa melalui al-Qur’ān seharusnya disampaikan kepada seluruh masyarakat sedari kecil lagi.

Penularan budaya rempit yang menyebabkan kematian beberapa mangsa yang terlibat baru-baru ini dilihat sebagai ‘menang sorak kampung tergadai’. Slogan-slogan berbaur kemajuan dan pembangunan yang dikecapi negara selepas kemerdekaan mengisi hampir setiap ruang media sehingga masyarakat benar-benar percaya bahawa negara ini mencapai suatu tahap kehidupan yang memuaskan tanpa melihat dengan mata hati bahawa masyarakat hari ini tidak ubah seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi.

Filem-filem yang mempromosi budaya rempit dan gejala sosial diberi ruang yang cukup besar semata-mata ingin mengaut keuntungan atas kehebatan aksi-aksi samseng serta kegagahan para pelanggar salahlaku undang-undang. Dengan alasan ‘mendalami jiwa rempit’, semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kemungkaran rasmi ini dilihat seolah-olah sebagai hero bilamana mengenengahkan realiti masyarakat di dalam media massa.

Maka, pengajaran apa yang benar-benar dijadikan asas kehidupan oleh para penonton dan pembaca media massa? Adakah dengan memperbesarkan isu gejala sosial dengan penyampaian yang menyimpang sebegini dapat memberi kesedaran yang benar-benar meresap ke dalam jiwa anak-anak muda sehingga mereka takut untuk melakukannya?

Gejala sosial hari ini seperti air yang melimpah daripada sebuah kolah. Kebanyakan masyarakat terutama politikus serta pihak berkuasa berusaha menimba air yang melimpah untuk dibuang bagi mengelakkan kawasan di sekeliling kolah kotor dan berbahaya akibat licin. Tiada sesiapa yang berani bangkit dan menutup pili – punca air melimpah – kerana yang membuka pili adalah diri mereka sendiri!

Pembatal Pendidikan

Pendidikan hari ini di ambang kerosakan yang benar-benar membimbangkan. Kebimbangan ini bukanlah hanya lafaz di mulut atau lagak kepura-puraan di hadapan kamera, tetapi lahir daripada kefahaman ilmu yang sahih hasil adab didikan yang sempurna sehingga cetusan rasa dan tingkahlaku daripadanya terbit melalui kesedaran manusia itu sendiri tentang hakikat kehidupan.

Guru-guru hari ini seolah-olah menjalankan tanggungjawab yang sangat sia-sia bilamana mengajar di sekolah dengan bersungguh-sungguh. Separuh hari yang digunakan di sekolah oleh murid-murid dalam memahami erti ilmu serta hakikat kehidupan dibatalkan sepenuhnya dengan lambakan kesesatan yang nyata hasil dakyah pihak media yang tidak bertanggungjawab. Iklan-iklan di televisyen serta drama-drama palsu yang memperlihatkan kepada anak-anak muda erti kehidupan terletak kepada wang serta wanita diberi anugerah tertinggi setaraf martabatnya seperti pencapaian para cendekiawan ilmu. Ini memberikan fenomena yang sangat bertentangan dengan pembelajaran murid-murid di sekolah. Tatkala guru di sekolah mendidik anak murid, ada ‘guru’ di luar sekolah yang membangsatkan anak murid!

Jadi, mengapa harus diteruskan usaha mendidik anak murid di sekolah jika masih dungu lagi para pengawal sistem media yang hanya mementingkan rating program yang diterbitkan sehingga sanggup menyelitkan unsur-unsur negatif sebagai pelaris?

Kotoran di hati harus dibersihkan dahulu sebelum dimasukkan ilmu yang benar ke dalam jiwa murid-murid. Mana mungkin perkara ini berjaya dilakukan jika media masih mempengaruhi masyarakat dengan memaksa agenda sesat mereka disumbat ke dalam minda. Maka, tugas guru menjadi lebih berat lagi – mendidik anak murid serta membentuk sistem kekeluargaan masyarakat yang benar-benar memahami tujuan pendidikan sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

Hujah Atas Ilmu, Bukan Sangkaan

Sebilangan masyarakat memberi komen negatif terhadap gejala sosial yang berlaku saban hari memperlihatkan kepada kita kesedaran yang timbul benar-benar memberangsangkan. Namun, harus diingat bahawa pendapat masyarakat kebanyakan tidak boleh dijadikan ukuran tertinggi dalam menilai cara-cara menangani gejala sosial yang semakin merebak gara-gara kebiadapan pihak media yang mencari keuntungan hasil kesesatan mereka yang ditampilkan di dalam media massa.

Kajian atas ilmu yang sahih serta adil sepatutnya menjadi kayu ukur dalam membincangkan permasalahan media dan gejala sosial. Pencegahan di peringkat awal sepatutnya dapat dijalankan, tetapi atas campur tangan politik serta pengaruh wang, kemungkaran dengan rasminya di‘halal’kan oleh sebilangan besar masyarakat untuk bertapak kukuh dalam media.

Malah, cadangan serta komen daripada pemimpin tertinggi negara sekalipun dilihat sebagai ‘melepaskan batuk di tangga.’ Keseriusan tindakan yang sepatutnya di ambil dalam mencegah kerosakan akhlak dalam kalangan remaja harus disandarkan kepada keilmuan yang sahih lagi benar, bukan semata-mata atas jawatan atau kuasa yang disandang. Jika perkara sebegini masih berlanjutan, tidak mustahil suatu hari nanti negara akan membenarkan segala macam kemungkaran akibat pihak berkuasa yang tidak sanggup lagi menanggung kos mengubati gejala sosial yang semakin meruncing.

Ternyata aqidah umat Islam hari ini masih rapuh sehingga sanggup mengenepikan hakikat kehidupan di dunia sebagai pinjaman serta mempermainkan hasrat murni sebilangan kecil masyarakat yang memperjuangkan kebenaran.

Hati, Mata, dan Telinga

Allah SWT dengan keras memberi amaran kepada manusia yang apabila disampaikan kebenaran kepada mereka, mereka masih lagi membiakkan lagi kemungkaran di muka bumi. FirmanNya di dalam al-Qur’ān:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti Keesaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat), mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai.” [QS al-A‘rāf 7:179]

Sungguh, keterangan Allah SWT ini jelas serta benar bagi umat manusia menginsafi perilaku mereka saban hari. Bagi mereka yang benar-benar memahami tujuan penciptaan mereka di dunia ini, perjuangan dalam menegakkan kebenaran masih berlangsung dengan meletakkan Allah SWT sebagai sebaik-baik penolong dan pelindung. Bagi mereka yang ragu-ragu dengan kebenaran al-Qur’ān, pelbagai alasan yang sengaja direka bagi menyedapkan hati mereka sendiri dijadikan sebagai sandaran rapuh dalam meneruskan kembali usaha melipatganda kepentingan duniawi mereka yang bakal menghancurkan jiwa raga mereka sendiri daripada sudut pandang hakikat kehidupan.

Wahai guru, didiklah anak muridmu menjadi sebenar-benar manusia, bukan membela nafsu masyarakatmu yang semakin menggila.

*tajuk artikel ini bukan berniat untuk mencela kerjaya guru, namun kegelisahan yang amat mendalam serta kesesakan jiwa yang semakin menebal memberikan saya keupayaan untuk melonjakkan kesedaran para guru bahawa di luar sekolah masih ada ‘guru’ yang membatalkan didikan yang kita berikan selama ini di dalam sekolah. Kekecewaan saya sangat mendalam, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui isi hati ini. “Ampunilah dosa kami Ya Allah, kerana gagal mendidik generasi kami dalam mengenal serta mencintaiMu.”

Disumbangkan oleh: `Izzat Anwari bin Hasni,
Ketua Usrah Pemikiran,
Angkatan Pemuda-pemudi Islam (API),
Persatuan Ulama' Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP),
Pulau Pinang.
Blog: http://DarahMerdeka.wordpress.com

Friday, May 15, 2009

Best Photos By National Geography



Here are some of the photos taken by National Georaphy and its all are beautiful. Feel free to see it, and if you like, you can save it, just click the photos to enlarge.










































© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"