Tuesday, August 30, 2011

Apa Selepas Ramadhan


Ramadhan Yang Berlalu Menjadi Saksi

Berlalunya Ramadhan bulan yang penuh barakah. Bulan yang kaum muslimin berpuasa di siang harinya dan shalat tarawih di malam harinya. Bulan yang kaum muslimin mengisinya dengan berbagai amal ketaatan. Kini bulan itu telah berlalu dan akan menjadi saksi di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala atas segala perbuatan yang dilakukan oleh setiap orang di bulan tersebut. Baik yang berupa amalan ketaatan mahupun perbuatan maksiat. Maka sekarang tidak ada lagi yang tersisa dari bulan tersebut kecuali apa yang telah disimpan pada catatan amalan yang akan diperlihatkan pada hari akhir nanti. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati (pada catatan amalan) segala kebajikan dihadapkan (di mukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksa-Nya. Dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.” (Ali ‘Imran: 30)

Tuesday, July 05, 2011

Sunday, June 19, 2011

Looking To The Future

 
Ia adalah tempoh sebulan yang memenatkan. Ia juga adalah sebulan yang menyusahkan. Tempoh yang sunyi dan bosan. Saya boleh menyenaraikan lagi istilah-istilah negatif yang lain untuk menceritakan perihal tempoh satu bulan ini, tetapi untuk menyenaraikan semua itu tampak terlalu kebudak-budakan. Oleh itu, biarlah saya menulis, bahawa tempoh satu bulan ini, adalah tempoh anjakan hidup saya.

Fasa perubahan dalam kehidupan.

Friday, May 20, 2011

Senyum Adalah Sedekah


“Kamu senyum kepada saudara kamu adalah sedekah “ (Riwayat Bukhari)

Di dalam hadis ini mengajarkan kepada kita supaya berakhlak mulia dan beradab sesama manusia. Berakhlak mulia adalah sifat yang amat perlu dihiasi oleh setiap umat Islam dari sekecil-kecil perkara hingga perkara yang besar. Namun malangnya ramai dikalangan kita lebih-lebih lagi orang Islam hilang akhlak, malahan orang yang bukan Islam lebih menjuarai adab yang baik sesama manusia sehingga timbul rasa kasih sayang.

Tuesday, May 17, 2011

Guru Oh Guru


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"