Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Tuesday, March 19, 2013

Mengapa Takut Kotor Sedang Ia Boleh Dibersihkan?



"Masyaallah kotornya di luar itu!"

"Mengapa? Adakah kau takut dengannya? Kotor?"


"Tidak, tetapi aku tidak mahu menghampirinya, jijik!"

Friday, January 04, 2013

Budaya Tunduk Hormat Kepada Orang Tua Sudah Pupus?




Beberapa minggu ini baru saya sedari, ada sesuatu yang agak janggal apabila saya memasuki masjid untuk mendirikan solat Jumaat. Ketika saya memerhatikan anak-anak muda yang masih bersekolah majoritinya masuk ke dalam masjid, apabila melintasi para jemaah lain yang lebih tua, tiada seorang pun yang tunduk hormat, walau sedikit. Masing-masing gah berjalan deras, apatah lagi hendak memandang jemaah-jemaah yang tua yang dilintasinya.

Sejak bila amalan kita ini pupus?

Tuesday, April 10, 2012

Tiada Hidup Tanpa Dugaan


Hidup ini memang penuh dengan dugaan, baik dugaan dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan, suka mahupun duka, kenikmatan mahupun ketidaknikmatan. Persoalannya bukanlah pada dugaan itu. Persoalannya bukanlah pada sesuatu yang kita anggap masalah itu. Persoalannya bukan apa yang menimpa kita. Tetapi persoalan sebenar adalah bagaimana kita menghadapi dugaan itu, memandangnya, memaknainya dan menyikapinya.

Sunday, September 18, 2011

Ingat Allah


Firman ALLAH SWT bermaksud : “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku akan ingat kepadamu.“ (Surah Al-Baqarah: 152)

Kita sebagai seorang Muslim, mengingati Allah SWT tidak semestinya dalam masa kesusahan atau ketika ditimpa bencana sahaja, tapi Allah perlu diingat sepanjang masa selagi nadi berdenyut kerana sebagai hamba, kita tidak boleh melupakan pencipta.

Wednesday, April 20, 2011

Hati Baik & Hati Rosak

 
Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila baik, maka baiklah seluruhnya dan apabila rosak maka rosaklah seluruhnya, ketahuilah!itulah yang dikatakan hati. (HR Bukhari dan Muslim)       

Hati adalah tempat pandangan Allah, tempat pertimbangan, tumbuhnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan keras kepala, ketenangan dan kegelisahan. Hati juga sumber kebahagiaan, jika kita mampu membersihkannya, namun sebaliknya merupakan sumber bencana jika kita mengotorinya dengan maksiat dan sifat-sifat keji.
© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"