Friday, January 04, 2013

Budaya Tunduk Hormat Kepada Orang Tua Sudah Pupus?




Beberapa minggu ini baru saya sedari, ada sesuatu yang agak janggal apabila saya memasuki masjid untuk mendirikan solat Jumaat. Ketika saya memerhatikan anak-anak muda yang masih bersekolah majoritinya masuk ke dalam masjid, apabila melintasi para jemaah lain yang lebih tua, tiada seorang pun yang tunduk hormat, walau sedikit. Masing-masing gah berjalan deras, apatah lagi hendak memandang jemaah-jemaah yang tua yang dilintasinya.

Sejak bila amalan kita ini pupus?

Wednesday, January 02, 2013

Ringkasan Kemunculan Kalendar Masihi



Tahun 2013. Selamat datang tahun baru, selamat pergi tahun lalu. Mungkin semua sudah maklum dengan sejarah kalendar Islam (Hijrah), tetapi bagaimana pula dengan sejarah kalendar Masihi ini? Artikel ini secara ringkas saya sediakan untuk pengetahuan umum kita semua.

Sunday, April 29, 2012

Tuesday, April 10, 2012

Tiada Hidup Tanpa Dugaan


Hidup ini memang penuh dengan dugaan, baik dugaan dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan, suka mahupun duka, kenikmatan mahupun ketidaknikmatan. Persoalannya bukanlah pada dugaan itu. Persoalannya bukanlah pada sesuatu yang kita anggap masalah itu. Persoalannya bukan apa yang menimpa kita. Tetapi persoalan sebenar adalah bagaimana kita menghadapi dugaan itu, memandangnya, memaknainya dan menyikapinya.

Wednesday, February 01, 2012

Ambillah Waktu


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia kesihatan.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah hak istimewa kita.
© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"