Sunday, October 04, 2009

Soal Jawab Isu-isu Mencabar Dalam Islam


Penulis: Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat & Ustaz Abdul Ghani Samsudin
Harga: Sem. Malaysia RM23.00 Sabah/Sarawak RM26.00 (330 mukasurat)
Penerbit: Kemilau Publika Sdn. Bhd.

Sebuah buku yang menjawab persoalan-persoalan kontemporari mengenai Islam dan isu-isu masa kini, baik persoalan akidah, ibadah, syariah, muamalat mahupun siasah. Ditulis oleh dua orang tokoh ilmuan agama yang tidak asing lagi di negara kita. Antara persoalan yang dikupas dalam buku ini adalah seperti benarkah PAS seperti Taliban, hukum yoga, amalan-amalan Nifsu Syaaban, antara jemaah Tabligh dan Jemaah Islam lainnya, benarkah kekeliruan berhubung tindakan angkat sumpah Saiful Bukhari, non-Muslim dalam program dakwah masjid, keliru dengan kegiatan demonstrasi, konsert Hari Raya, lelaki naluri wanita, penjelasan mengenai konsep Hibah, pandangan Islam terhadap kegiatan bedah siasat mayat, tinggal serumah dengan ibu bapa selepas kahwin, dan bermacam-macam lagi persoalan yang menarik untuk kita semua selami bersama (50 isu soal jawab).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. ada orang tanya, dimanakah Allah, nk jawab apa?

    ReplyDelete
  2. Isu ini tidak ditulis dalam buku tersebut tetapi saya akan cuba jelaskan mengenainya untuk pemahaman saudara Lun kita. Ini adalah isu yang memerlukan penerangan yang panjang lebar, namun saya hanya akan tulis ringkasan sahaja dan kepada mereka yang ingin mengetahui dengan lebih dalam, saya cadangkan supaya membuat rujukan dengan bantuan pakar mengenai perkara ini.

    Allah berada di mana?

    Antara jawapan yang popular:
    1. Allah berada di mana-mana
    2. Allah berada hampir dengan kita
    3. Allah berada di atas Arasy
    4. Allah tidak perlu berada di mana-mana tempat

    Jawapan yang pertama adalah jawapan yang batil, malah boleh menyebabkan seseorang itu terpesong akidahnya. Hal ini kerana jikalau Allah itu berada di mana-mana, ini bermaksud Dia perlu berada di suatu-suatu tempat pada suatu-suatu masa, dan ini juga bermakna Dia lemah (perlu berada di sesuatu tempat) yang mana adalah tidak benar sama sekali.

    Jawapan yang kedua adalah melalui ayat al-Quran yang bermaksud "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku..." (al-Baqarah: 186). Ayat ini juga begitu panjang diperbahaskan oleh ulama' dan mufasir (ahli tafsir) maka dengan itu saya sarankan untuk anda selidiki sendiri. Jawapan ini tidaklah saya berani untuk katakan salah. Ianya sesuai ditujukan kepada kanak-kanak yang bertanya mengenai hal ini kepada kita, kerana dengan itu, mereka mengetahui bahawa Allah sentiasa berada (memerhatikan)nya, dan dengan itu memudahkan untuk memupuk sifat ihsan dalam diri mereka.

    Jawapan ketiga ini juga adalah melalui ayat al-Quran yang bermaksud "Tuhan ar-Rahman di atas Arasy Dia beristiwa (bersemayam?) (Taha: 5). Ada dua aliran iaitu salaf dan khalaf dalam menjelaskan ayat ini. Salaf menyebut bahawa Allah beristiwa dengan istiwa yang layak bagi-Nya. Khalaf berpendapat bahawa Allah menguasai Arasy. Tiada yang betul dan tiada yang salah antara dua ini. Di Malaysia kita diajar dengan aliran Salaf maka tidak perlu menuduh yang beraliran khalaf itu salah, kerana mereka juga mempunyai dalil hujah mereka yang tersendiri.

    Jawapan yang keempat adalah atas dasar keesaan Allah yang maha. Allah tidak memerlukan tempat untuk wujud, malah tempat (ruang dan dimensi) itu sendiri dicipta oleh Allah, maka buat apa untuk Dia berada di dalam sesuatu tempat? Ini adalah jawapan yang berdasarkan logik akal yang juga saya tidak berani untuk perkataan sama ada betul atau salah. Cuma saya tidak menjumpai mana-mana dalil mengenai jawapan yang ini (jika ada sila maklumkan).

    Jadi bagaimana jika orang bertanya kepada kita soalan ini? Yang pasti bukan jawapan yang pertama. Kita boleh menjawab ketiga-tiga jawapan yang lain atau salah satunya kepada non-muslim yang bertanya. Tetapi untuk diri kita sendiri, kita perlu meyakini bahawa Allah itu Esa. Tidak perlu kita mengetahui di mana Dia berada atau zat-zatnya, cukuplah kita beriman dengan rukun islam dan rukun iman, al-Quran dan as-Sunnah. Zaman nabi sendiri tidak pernah dibicarakan mengenai hal-hal ini padahal merekalah kaum yang awal sekali memeluk Islam. Mengapa mereka tidak bertanya perkara-perkara ini? Kerana ianya tidak perlu dalam landasan kita untuk mencapai rahmat dan keredhaan Allah s.w.t.

    p/s: ini adalah ringkasan dalam persoalan yang ditujukan. seeloknya pembaca membuat rujukan yang lebih tepat. jika ada salah silap mohon jasa semua untuk memperbetulkannya. wallahu'alam

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"