Monday, October 19, 2009

Takut


Aku takut hantu
Aku takut gagal
Aku takut dibenci
Aku takut hilang jawatan
Aku takut kalau dia tak suka aku
Aku takut nak tegur
Aku takut nak cakap yang itu salah...

Takut...takut...takut...

Banyak sangat yang ditakutkan.

Kau kata kau takutkan Allah?

Kau kata kau takut Dia lupakan kau, takut hidup tanpa bantuan-Nya. Kau kata kau takut balasan Dia, takut masuk neraka, takut dengan segala azab seksa-Nya. Kau katakan lagi, kau takut Dia murka, tak berani buat larangan-Nya.

Tapi...benarkah kau takut akan Dia?

Kau lagi takut hilang kekasih yang makhluk daripada hilang kekasih yang khalik (Pencipta). Kau lagi takut hilang jawatan, dan berani melakukan apa saja untuk mengekalkannya. Kau lagi takut hilang penyokong, sanggup mengata itu dan ini untuk meraih sokongan. Sedangkan kau tahu, Islam yang umurnya purba tak pernah purba dan tua dalam hidup. Dan kau tahu yang Islam ini adalah pedoman hidup mu.

Tapi mengapa kau masih lagi takut pada bukan yang sepatutnya? Tidak salah berasa takut. Tapi jangan salah meletakkan dimana tingkatan takutmu itu..

Maka..

Apakah benar takut pada Dia yang kau katakan itu. Atau kau hanya kata kau takut supaya tidak mahu orang lain kata kau tiada iman bertapak teguh dalam hati. Kau tahukah orang yang mengata itu, punya iman juga atau tidak?

Atau kau hanya mengata kau takut, supaya sedap hati kau. Supaya kau rasa terlepas dari belenggu karat pemahaman yang jahil?

Dan kau berani menentang takut kau pada Dia, kerana hanya kau tidak nampak Dia dalam wajah-Nya yang sebenar?

Dan kalaulah Dia menampakkan diri-Nya, adakah kau akan terus berani menggunakan kata “TAKUT” itu?

Takutlah….
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. jaga mata
    jaga hati
    jaga segala2nya.. hanya kerana takut?


    *konsep ini btlkah atw slh?*

    ReplyDelete
  2. Konsep itu tidak salah, sedangkan Allah sendiri di dalam Quran menggesa kita agar takut kepada-Nya, azab seksa-Nya. Artikel ini bukan membantah ketakutan, tetapi untuk menyedarkan bahawa tingkat ketakutan itu hendaklah tidak di atas takut kita kepada Allah.

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"