
UMS Kota Kinabalu 28 Jan: Jam 8.00 pagi bermula tempoh pengundian bagi calon-calon umum, sekolah dan juga Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa E (JAKMAS E) di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Perjalanan proses pilihan raya kampus secara keseluruhannya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah kecil (seperti yang dimaklumkan mahasiswa) terhadap mahasiswa Sekolah Perubatan (SPU) tetapi masih dapat dibaiki dan diatasi dengan baik. Tahniah kepada pihak Unit Multimedia dan Teknologi (UMTP).


