Saturday, April 27, 2013

Laman Sosial Yang Ramai Lupakan

Gambar sekadar hiasan. Ihsan dari Google.

"PON!" bunyi hon dari belakang mengejutkan saya.

Saya menoleh, rupa-rupanya jiran kawasan perumahan.

"Nak tumpang?" dia mempelawa.

"Takpe, jalan kaki jer. Exercise!" saya menjawab.

Wednesday, April 03, 2013

Parlimen Bubar 3 April 2013


Tanggal 3 April 2013, tepat pada pukul 11.30 pagi waktu Malaysia, Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak secara rasminya membubarkan parlimen untuk membolehkan Pilihan Raya Ke-13 diadakan.

Tuesday, March 19, 2013

Mengapa Takut Kotor Sedang Ia Boleh Dibersihkan?



"Masyaallah kotornya di luar itu!"

"Mengapa? Adakah kau takut dengannya? Kotor?"


"Tidak, tetapi aku tidak mahu menghampirinya, jijik!"

Sunday, March 03, 2013

Pray For Sabah


Ia adalah peristiwa yang amat menyedih dan merisaukan. Mula dengan Lahad Datu kini di Semporna bahkan Sandakan. Mari kita doakan keselamatan saudara-saudara senegara kita di sana daripada ditimpa sebarang musibah. Juga marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada mereka yang telah pergi demi mempertahankan negara tercinta.

Tuesday, January 15, 2013

Listen! Listen! Listen! Let Me Speak!



Listen.

Sebelum anda membaca post ini adalah lebih baik untuk anda menonton forum di atas terlebih dahulu. Cukuplah hanya bahagian 4 selama lebih kurang 15 minit untuk anda nilai. Jika anda telah pun menonton video di atas lebih awal daripada sebelum ini, tahniah, anda seorang yang peka dan prihatin terhadap isu-isu semasa.

Saturday, January 12, 2013

Foto-foto Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112



Hari ini merupakan hari yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Tahun ini, rakyat kembali bangkit. Saya tiada bersama berarak di sana tetapi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi dengan semua dengan gambar-gambar yang saya peroleh dari internet untuk tatapan bersama.

Tuesday, January 08, 2013

Lionel Messi Menang Fifa Ballon d'Or 2012




Lionel Messi telah memenangi anugerah Fifa Ballon d'Or 2012 mengalahkan Cristiano Ronaldo di tempat kedua dan Andres Iniesta di tempat yang ketiga.

Friday, January 04, 2013

Budaya Tunduk Hormat Kepada Orang Tua Sudah Pupus?




Beberapa minggu ini baru saya sedari, ada sesuatu yang agak janggal apabila saya memasuki masjid untuk mendirikan solat Jumaat. Ketika saya memerhatikan anak-anak muda yang masih bersekolah majoritinya masuk ke dalam masjid, apabila melintasi para jemaah lain yang lebih tua, tiada seorang pun yang tunduk hormat, walau sedikit. Masing-masing gah berjalan deras, apatah lagi hendak memandang jemaah-jemaah yang tua yang dilintasinya.

Sejak bila amalan kita ini pupus?

Wednesday, January 02, 2013

Ringkasan Kemunculan Kalendar Masihi



Tahun 2013. Selamat datang tahun baru, selamat pergi tahun lalu. Mungkin semua sudah maklum dengan sejarah kalendar Islam (Hijrah), tetapi bagaimana pula dengan sejarah kalendar Masihi ini? Artikel ini secara ringkas saya sediakan untuk pengetahuan umum kita semua.

Sunday, April 29, 2012

Tuesday, April 10, 2012

Tiada Hidup Tanpa Dugaan


Hidup ini memang penuh dengan dugaan, baik dugaan dalam bentuk kesenangan mahupun kesusahan, suka mahupun duka, kenikmatan mahupun ketidaknikmatan. Persoalannya bukanlah pada dugaan itu. Persoalannya bukanlah pada sesuatu yang kita anggap masalah itu. Persoalannya bukan apa yang menimpa kita. Tetapi persoalan sebenar adalah bagaimana kita menghadapi dugaan itu, memandangnya, memaknainya dan menyikapinya.

Wednesday, February 01, 2012

Ambillah Waktu


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia kesihatan.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah hak istimewa kita.

Saturday, January 28, 2012

Blog Ini Akan Aktif Semula!


Oh, sedihnya melihat blog ini tidak berusik berbulan-bulan!

Sunday, September 18, 2011

Ingat Allah


Firman ALLAH SWT bermaksud : “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku akan ingat kepadamu.“ (Surah Al-Baqarah: 152)

Kita sebagai seorang Muslim, mengingati Allah SWT tidak semestinya dalam masa kesusahan atau ketika ditimpa bencana sahaja, tapi Allah perlu diingat sepanjang masa selagi nadi berdenyut kerana sebagai hamba, kita tidak boleh melupakan pencipta.

Tuesday, August 30, 2011

Apa Selepas Ramadhan


Ramadhan Yang Berlalu Menjadi Saksi

Berlalunya Ramadhan bulan yang penuh barakah. Bulan yang kaum muslimin berpuasa di siang harinya dan shalat tarawih di malam harinya. Bulan yang kaum muslimin mengisinya dengan berbagai amal ketaatan. Kini bulan itu telah berlalu dan akan menjadi saksi di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala atas segala perbuatan yang dilakukan oleh setiap orang di bulan tersebut. Baik yang berupa amalan ketaatan mahupun perbuatan maksiat. Maka sekarang tidak ada lagi yang tersisa dari bulan tersebut kecuali apa yang telah disimpan pada catatan amalan yang akan diperlihatkan pada hari akhir nanti. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Pada hari ketika tiap-tiap diri mendapati (pada catatan amalan) segala kebajikan dihadapkan (di mukanya), begitu (juga) kejahatan yang telah dikerjakannya; ia ingin kalau kiranya antara ia dengan hari itu ada masa yang jauh; dan Allah memperingatkan kamu terhadap siksa-Nya. Dan Allah sangat Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.” (Ali ‘Imran: 30)

Tuesday, July 05, 2011

Sunday, June 19, 2011

Looking To The Future

 
Ia adalah tempoh sebulan yang memenatkan. Ia juga adalah sebulan yang menyusahkan. Tempoh yang sunyi dan bosan. Saya boleh menyenaraikan lagi istilah-istilah negatif yang lain untuk menceritakan perihal tempoh satu bulan ini, tetapi untuk menyenaraikan semua itu tampak terlalu kebudak-budakan. Oleh itu, biarlah saya menulis, bahawa tempoh satu bulan ini, adalah tempoh anjakan hidup saya.

Fasa perubahan dalam kehidupan.

Friday, May 20, 2011

Senyum Adalah Sedekah


“Kamu senyum kepada saudara kamu adalah sedekah “ (Riwayat Bukhari)

Di dalam hadis ini mengajarkan kepada kita supaya berakhlak mulia dan beradab sesama manusia. Berakhlak mulia adalah sifat yang amat perlu dihiasi oleh setiap umat Islam dari sekecil-kecil perkara hingga perkara yang besar. Namun malangnya ramai dikalangan kita lebih-lebih lagi orang Islam hilang akhlak, malahan orang yang bukan Islam lebih menjuarai adab yang baik sesama manusia sehingga timbul rasa kasih sayang.

Tuesday, May 17, 2011

Guru Oh Guru


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"