Gambar sekadar hiasan. Ihsan dari Google. |
"PON!" bunyi hon dari belakang mengejutkan saya.
Saya menoleh, rupa-rupanya jiran kawasan perumahan.
"Nak tumpang?" dia mempelawa.
"Takpe, jalan kaki jer. Exercise!" saya menjawab.
Rumah keluarga saya di Bukit Beruntung itu tidaklah begitu dekat dengan masjid, juga tidak berapa jauh. Cukup-cukup untuk membuatkan ada yang berjalan kaki dan ada yang berkenderaan. Saya memilih untuk berjalan kaki kebiasaannya atas malas untuk parkir kerana sesak. Lebih mudah untuk berjalan kaki walaupun kadang-kala panas terik cuacanya.
Kemudiannya, ada pula anak kecil berbasikal melintasi saya.
"Assalamualaikum!" si adik menyapa.
"Waalaikumsalam wbt!" saya menjawab spontan.
Demikian juga rakan-rakannya yang dibelakang semasa melintasi saya yang hanya berjalan.
Saya kenalkah mereka?
Tidak. Mereka juga sebaliknya. Tetapi ianya tidak sepatutnya menjadi alasan untuk kita tidak bertegur sapa. Syabas dan alhamdulillah!
Sebenarnya saya sudah cukup lama tidak solat Jumaat di sana, dan melihat perubahan sebegini amat menggembirakan. Bahkan hampir setiap hari ada sahaja kuliah maghrib atau ceramah-ceramah, hatta tazkirah ringkas, disampaikan.
Dan melihat kepada suasana sebegitu, saya begitu impikan situasi yang sama berlaku di sini, tempat yang saya diami sekarang, Johor.
Suraunya hanya dua tiga saf yang pendek, dan rata-ratanya datang untuk solat dan terus beransur seusai solat. Tidak banyak program yang dijalankan. Ada pun hanya pada peristiwa-peristiwa penting yang tertentu seperti Maulid Nabi dan sebagainya. Memang, bukan di semua tempat sebegini, tetapi kita mahukan semua tempat tidak jadi sebegini.
Ah, saya ingin mengimarahkan lagi kawasan perumahan saya ini, insyaallah.
“Sesungguhnya orang yang mengimarahkan masjid adalah orang yang dekat dengan Allah.” (Hadis riwayat Al-Bazzaar)
görüntülü show
ReplyDeleteücretlishow
İJ5