Thursday, January 28, 2010

Pilihlah 'Raya' Yang Terbaik


Minggu ini, suasana di kampus adalah amat berbeza sama sekali. Kafeteria tampak sangat sesak dengan dibanjiri kertas-kertas dan muka-muka yang tertentu. Ada segelintir yang memakai baju seragam mereka duduk di satu kelompok, dan ada segelintir yang lain pula duduk sekelompok di bahagian yang lain. Flyers, kad, kalender poket dan bermacam-macam lagi produk mereka edarkan. Ada yang berasa gembira, ada yang berasa teruja, ada yang berasa bimbang, dan tidak kurang ada juga yang berasa keliru dengan suasana pada minggu ini.

Ya, kerana minggu ini minggu 'raya'.

Thursday, January 21, 2010

Kalau Itu Yang Terbaik Buat Mereka (bhgn. 1)


Saya tidak tahu bagaimana, setelah mendengar berita tersebut, sama ada saya patut berasa gembira atau berasa sedih. Perasaan saya berkecamuk, begitu juga dengan pemikiran, berpusing-pusing mencari arah. Tetapi sejujurnya, saya berasa gembira mendengar berita tersebut, senyuman terukir tatkala mendengar berita ini melalui telefon bimbit saya semasa berada di hutan beberapa hari yang lepas.

Budak-budak Lokub sudah bersekolah di tempat lain dengan ustaz baru.

Tuesday, January 12, 2010

Petunjuk Sepanjang Jalan [DOWNLOAD]


Petunjuk Sepanjang Jalan (Ma'alim Fi-Tariq). E-book dengan 174 halaman ini ditulis oleh Sayyid Qutb. Buku ini menggambarkan bahawa keterpurukan umat Islam dan secara umum peradaban dunia saat ini adalah akibat sistem manusia yang salah dan menyengsarakan. Kemajuan teknologi tidak diiringi dengan kemajuan nilai-nilai yang mulia dan agung.

Thursday, January 07, 2010

Isu Kalimah Allah


Keputusan 31 Disember tentang penggunaan kalimat Allah oleh Mahkamah Tinggi menutup tirai 2009 dan membuka 2010 dengan penuh kontroversi. Mungkin tidak sehebat enjin jet yang hilang atau pun gula yang naik 20 sen. Tetapi isu ini telah menjadi sepak mula arena isu di negara ini sejak 1 Januari lagi.

Isu kalimah 'Allah' mendapat perhatian umum semenjak keputusan mahkamah untuk membenarkan akhbar The Herald menggunakannya. Sepertimana yang dilaporkan di dalam akhbar, Hakim Datuk Lau Bee Lan pada 30 Disember yang lalu memutuskan membenarkan saman Paderi Pakiam dan memutuskan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri (MDN) yang melarang penggunaan kalimah Allah di dalam akhbar The Herald adalah keputusan yang tidak sah, terbatal dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.



© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"