Thursday, January 21, 2010

Kalau Itu Yang Terbaik Buat Mereka (bhgn. 1)


Saya tidak tahu bagaimana, setelah mendengar berita tersebut, sama ada saya patut berasa gembira atau berasa sedih. Perasaan saya berkecamuk, begitu juga dengan pemikiran, berpusing-pusing mencari arah. Tetapi sejujurnya, saya berasa gembira mendengar berita tersebut, senyuman terukir tatkala mendengar berita ini melalui telefon bimbit saya semasa berada di hutan beberapa hari yang lepas.

Budak-budak Lokub sudah bersekolah di tempat lain dengan ustaz baru.

"Tadi petang masa kami pergi, sikit je yang datang, tak sampai sepuluh orang. Yang lain semua pergi ke surau baru, ada ustaz yang mengajar dekat situ" terang Kak Erney kepada saya tempoh hari. Pada masa itu saya masih lagi berada di Tawau menyiapkan tesis saya.

"Pergi la tengok-tengok dekat situ" saya memberi cadangan.

Kak Erney kemudiannya bersetuju dengan cadangan saya. Lebih kurang 20 minit kemudian dia menelefon saya kembali. Satu demi satu dia memperjelaskan kepada saya.

"Dekat sini, dekat surau baru ni, ada seorang ustaz ni, dia mengajar budak-budak tu dekat sini. Dia mengajar hari Sabtu dengan Ahad dari pukul 8 pagi sampai 5 petang. Tapi kan, tak tahulah nak kata apa, terkejut sangat tengok diorang ni."

"Kenapa?" saya bertanya.

"Budak-budak ni semua pakai baju seragam, yang sekolah agama punya, yang warna hijau tu. Lepas tu, ramai pula tu ada dalam 100 orang dia kata, dengan budak-budak kampung lain sekali. Hu hu..."

"Then?" saya bertanya ingin tahu.

"Tadi saya bersembang dengan ustaz tu kejap, lepas dia habis mengajar la. Saya pun beritahu la siapa kita ni, bla bla bla and so on. Ustaz tu, orang suluk, so senang dia deal dengan budak-budak tu (kebanyakan mereka adalah berbangsa suluk), tapi kan, tadi tengok dia mengajar...fuyoo...fully arab la!"

"Dengan budak-budak tu?"

"Dengan budak-budak tu la. Dia mengajar agama la semua tu dalam arab. Ustaz tu memang lulusan pendidikan pun, macam saya juga (Kak Erney lulusan pendidikan) tapi bidang matematik dengan fizik. Orang kampung memang dah sepakat la, dan berbincang dengan ustaz tu, siap beli baju seragam sekali, dengan buku-buku. Dia dah dekat 3 bulan mengajar ni, masa kita cuti semester dulu, atau mungkin awal sikit. Rasanya sebab masa kita tak ada, so orang kampung ambil alternatif lain dengan ustaz ni lah."

"Em, ok. Ada budak-budak tu situ?" saya bertanya lagi.

"Ada, diorang semua dekat sini. Masa saya datang tadi, kecoh diorang "Cikgu Erney! Cikgu Erney! Mana cikgu pergi...kami rindu sama kamu..." Sebab diorang ingat kita dah tak datang lagi dah."

Memang semasa setiap kali cuti panjang semester, keadaan begini terjadi di mana mereka sangka kami sudah berhenti mengajar, walaupun sudah diberitahu sebelum cuti bahawa kami tiada selama 2 bulan. Mungkin jarak '2 bulan' itu mereka tidak faham atau mungkin juga mereka lupa. Tidak pasti sama ada mereka tahu membaca kalendar.

"Em...betul seratus orang dia ajar?"

"Lebih kurang la. Memang ramai ada dalam surau ni tadi, muka-muka yang kita tak kenal pun ada dari kampung mana entah. Tapi kan yang hebatnya, ustaz tu seorang boleh handle seratus orang budak-budak ni...kita yang datang ramai-ramai cikgu ni pun berapa puluh orang budak je pun susah nak handle, ustaz ni terer giler!" kata Kak Erney kagum.

"....so...?" Kak Erney pula bertanya setelah saya hanya diam mendengarnya berkata-kata.

"So?" saya membalas.

"Kita macam mana?" Kak Erney menekan, setelah reaksi saya yang bersahaja.

"Kalau itu yang terbaik untuk diorang..." saya memberi jawapan.

"Em..." Kak Erney kehilangan kata-kata.

Kalau itu yang terbaik untuk mereka, lebih baik kita berundur. Kalau ustaz itu lebih baik untuk mereka, biarlah dia yang mengajar. Kita ini datang sebagai sukarela sahaja, dan kalau mereka sudah mempunyai tenaga pengajar yang tetap dan lebih baik dari kita, tak perlulah kita bantah. Itu yang terbaik untuk mereka.

Saya ingin melihat keadaan mereka di sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. baru nak berkawan-kawan dengan dorang... tp.. memang ada betulnya, kalau itu yang terbaik...
    setiap orang perlu memilih yg terbaik untuk hidupnya... tp still ada janji yang belum tertunai dengan dorang...

    ReplyDelete
  2. salam..alhamdulillah..kalau masih ada yg mengajar..daripada terbiar shj...xkesahlah ustaz ataupn shbt2 ums...still membawa misi yang sama..ISLAM...

    ReplyDelete
  3. err... janji la.. hari ms pegi (hr sabtu) dorang tanya kami bertiga datang lagik tak esok.. kami kata "iya bah"
    lepas tu.. pada hari kejadian, kami ada la buat game, main jawab2.. semua akan dpt hadiah, tp tk kesampaian lagik nak bagi.. hopefully, minggu ni dpt pg walau kejap.. huhu... kalau tak dapat apa boleh buat...

    ReplyDelete
  4. FiFFy, minggu ni jalan seperti biasa. nurjihad, :D

    ReplyDelete
  5. semua ada hikmahnya...percaya pada Allah...ada yang terbaik untuk mereka dan untuk sahabat seperjuangan semua...

    ReplyDelete
  6. bila baca pasal bdk2 nie saya pun jadi syg jgk kat diorg..mesti u all lagi terasakn??

    i'allah ukhwah itu takkan terputus w/pn dah xngajar mereka lagi nnt..boleh kan dtg ziarah diorg..main2 ngn diorg..mungkin dgn cara itu boleh mentarbiyah adk2 nie dgn lebih dekat lagi..xdpt dlm group yg ramai dlm 10 org pun dah kira ramai..

    mad'u cilik yg comell ^_^
    kirim salam pada adk2 comel tue ye~~

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"