
Terdapat suatu perkara yang menarik mengenai tahun baru. Satu fenomena yang mana hampir setiap manusia tergerak untuk melakukannya. Entah sejak bila mulanya fenomena ini, saya tidak ketahui. Masuk sahaja tahun baru, perkataan ini akan keluar menjadi batu loncatan paradigma bagi sebahagian manusia, manakala bagi sebahagian yang lain pula, ia keluar hanya untuk dibuang di tepi jalan.
Inilah 'azam'.
"Tahun depan aku nak berazam untuk belajar bersungguh-sungguh kasi pointer aku naik!"
"Saya nak jadi baik tahun ni. Tak mahu ikut rakan-rakan yang tak senonoh macam dulu, nak bertaubat."
"Katakan tidak pada rokok tahun hadapan!"
Bermacam-macam azam dibuat. Ada yang meletak azam dengan sasaran jangka panjang, ada yang meletaknya untuk jangka pendek. Ada yang berazam bersungguh-sungguh, ada yang berazam ala kadar, malah ada juga yang tidak berazam langsung.
Disebalik Azam
Azam itu adalah niat yang disertai dengan semangat. Apabila seseorang memiliki azam, dia mencetuskan niat untuk melakukan sesuatu perkara dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat. Niat sahaja adalah lemah, malah boleh terpadam begitu sahaja jika tidak biasa melakukannya. Kerana itu untuk melakukan sesuatu perkara dengan berkesan dan bersungguh-sungguh, niat perlu disertai dengan semangat, yang menjadi daya pecutan bagi sasaran niat supaya boleh tercapai dengan berkesan. Jika niat adalah api, azam pula adalah minyak yang menyemarakkan lagi bara api itu untuk membakar.
Nah, kalau begitulah hebatnya azam, mengapa kebanyakkan kita mati di tengah jalan dan gagal untuk menyempurnakannya?
Hangat-hangat tahi ayam. Tahi ayam apabila awal-awal keluar, baunya menusuk hidung sesiapa saja yang berdekatan, semua orang akan perasan kewujudannya. Tetapi setelah beberapa lama, bau itu hilang, hinggakan orang yang lalu-lalang tidak perasan kewujudan tahi itu dan langsung terpijaknya!
Lalu, bagaimana hendak mengekalkan semangat azam itu?
Jadikan Ia Azam Harian
Ya, jangan jadikan azam sebagai tabiat tahunan, tetapi jadikanlah ia tabiat harian. Dengan begini, barulah azam kita tidak tersasar atau kita lupakan. Istiqamah, itulah caranya supaya kita sentiasa di landasan yang betul.
Aku berazam untuk solat tepat pada waktunya hari ini!
Aku berazam hendak mengaji sekurang-kurangnya semuka al-Quran pagi ini!
Aku nak kumpul duit sedikit demi sedikit setiap hari sampai penuh tabung!
Aku nak jadikan hari ini lebih baik daripada semalam!
Dengan niat yang betul dan cara yang betul, insyaallah niat dan azam yang kita sasarkan itu tercapai. Apa yang penting, semua perkara yang kita lakukan hendaklah di atas landasan syarak yang betul, dan semoga kita semua berada di bawah payung keredhaan Allah SWT bukan sahaja pada tahun hadapan, tetapi untuk seumur hidup kita, amin.
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam" (ali-Imran: 102)
Wednesday, December 30, 2009
Zamzam Ala Kazam!
Labels: Motivation
Tuesday, December 22, 2009
Our Public Enemies

Public Enemies adalah sebuah filem yang bertemakan jenayah yang berlatarbelakangkan pada zaman The Great Depression (1930-an). Filem ini adalah adaptasi daripada kisah benar seorang penjenayah besar zaman itu, John Dillinger (lakonan Jonny Depp) yang dikehendaki oleh pihak berkuasa. Atas jenayah yang dilakukan oleh Dillinger dan rakan-rakannya, Amerika Syarikat mengisytiharkan 'The First War On Crime' dan juga terbitnya istilah 'Public Enemy' sebagai tanda memerangi Dillinger dan penjenayah-penjenayah yang dikehendaki. Dan disebabkan peristiwa ini juga, lahirnya Federal Bureau of Investigation (FBI).
Bagi orang Amerika, Dillinger adalah public enemy mereka, dan setelah dia mati, Amerika lega, mereka akhirnya hidup aman dan damai. Ya, ironinya begitu. Tetapi bagi orang Islam, kita ada musuh yang lebih dahsyat dan nyata yang perlu kita perangi. Siapa?
"Bukankah Aku telah memerintahkan kepada kamu wahai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu" (Yassin: 60)
Syaitan Musuh Kita
Syaitanlah musuh nombor satu kita. Bukan sahaja musuh umat Islam, tetapi juga umat manusia keseluruhannya. Oleh kerana kesombongannya dan keangkuhan yang tinggi terhadap asalnya dari api yang dia anggap lebih mulia dari manusia (dari tanah) beliau sanggup untuk mengingkari suruhan Allah SWT untuk sujud (menghormati) Adam (manusia). (atas dasar ini ada sesetengah ulama yang menyatakan bahawa mengingkari suruhan Allah adalah lebih teruk dosanya daripada melakukan larangan Allah)
Atas keingkarannya terhadap suruhan Allah, Iblis laknatullah dibuang dari syurga. Dan kerana itu, dia berjanji untuk menyesatkan keturunan Adam. Itulah misi, visi dan objektif utama syaitan dan keturunannya, dari mula lahirnya Adam hinggalah hari kiamat nanti.
Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki bertanyakan kepada Hassan al-Basri, "Wahai Abu Sa'id, adakah syaitan itu tidur?". Hassan al-Basri sambil tersenyum menjawab, "Kalaulah syaitan itu tidur, nescaya kita boleh berehat".
Bagaimana pula dengan nafsu?
Nafsu pula banyak tafsirannya, ada yang berkata jika syaitan itu musuh yang nyata, maka nafsu pula musuh dalam selimut. Ada juga yang berkata, nafsu itu neutral sifatnya, jika nafsu dipimpin oleh akal yang dibaluti iman, ianya akan menuruti yang baik-baik sahaja, dan jika nafsu itu dipimpin oleh syaitan dan amarah, ianya semestinya menuruti yang buruk-buruk, dan setelah lama nafsu berubah menjadi tabiat. Hatta sebab itu ketika syaitan dirantai pada bulan Ramadhan sekali pun, mereka tidak risau kerana telah berjaya melahirkan 'syaitan' daripada nafsu yang sentiasa berada dalam diri kita.
Apa Inisiatif Kita?
Sedangkan Amerika sendiri mempunyai cara untuk mengalahkan public enemy mereka, apakan lagi kita? Dalam diri kita? Apa inisiatif yang kita perlu lakukan untuk mengalahkan musuh kita yang satu ini?
Ingatlah, syaitan tidak pernah berehat dalam usahanya memperdaya dan menyesatkan kita. Kita sentiasa bertarung 24 jam dengan mereka. Hasilnya hanya satu antara dua, kalah ditumpaskan syaitan atau menang jihad melawannya.
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam dengan menyeluruh, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (al-Baqarah: 208).
Labels: Islam, News and Views, Quest
Wednesday, December 16, 2009
Bersama Hijrah

Maal Hijrah ertinya “bersama hijrah.” Bersama hijrah bukan bermusim dan terhad sifatnya. Sambutan yang dibuat saban tahun tidak akan bermakna sekiranya ibrah dan hikmah di sebalik hijrah tidak terserlah. Ia akan terus menjadi ritual yang tidak membangunkan spiritual umat – sama seperti sambutan Maulid Nabi, Nisfu Sa’aban, Nuzul Quran, Lailatul Qadar dan lain-lain lagi. Bersama hijrah bermaksud mempelajari, memahami, menghayati dan mengamalkan dan memperjuangkan iman dan Islam berdasarkan “resipi” yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Hijrah yang menjadi tuntutan secara berterusan ialah berpindah atau berubah daripada buruk (jahat) kepada yang baik. Dan ukuran baik atau buruk itu dibuat berdasarkan perspektif iman dan Islam. Bersama hijrah dalam erti kata yang lebih luas ialah sentiasa berubah kepada Islam dan iman yang lebih baik sama ada untuk diri, keluarga, organisasi, masyarakat mahupun negara kita.
Bersama hijrah juga bermaksud sentiasa melakukan perubahan ke arah memperkukuhkan Islam secara istiqamah dan total. Hijrah diri, ialah sejauh mana diri diubah ke arah yang lebih baik dan mantap dari sudut akidah, syariat dan akhlak. Hijrah diri itu perlu diteruskan ke peringkat keluarga, organisasi dan masyarakat.
Manakala hijrah negara pula merangkumi hijrah sistem ekonomi, pendidikan, sosial dan lain-lain sistem kehidupan ialah sejauh mana semuanya mampu memperkukuhkan iman dan Islam kita untuk memberi keamanan dan kemakmuran kepada orang Islam dan bukan Islam persis yang dibuat oleh Rasulullah SAW di negara Islam Madinah dahulu.
Untuk melakukan hijrah yang menyeluruh itu, semua pihak mesti berperanan. Kenali watak dan peranan wira-wira hijrah yang mampu dan sesuai untuk diteladani. Pilihlah, sama ada untuk meneladani:
• Kesetiaan dan kemurahan hati Sayidina Abu Bakar (menyediakan keperluan logistik dan teman karib kepada Rasulullah SAW).
• Keberanian dan amanahnya Sayidina Ali (berselimut di tempat tidur Rasulullah SAW dan memulangkan kembali harta orang ;lain yang diamanahkan kepada Rasulullah SAW).
• Kecekapan Asma binti Abu Bakar (menyediakan makanan).
• Sifat murah hati Ummu Maabad (rela kambingnya diperah susu untuk memberi minum dalam perjalanan Rasulullah SAW dan Sayidina Abu Bakar).
• Kesal dan akurnya Suraqah (yang mulanya menentang tetapi akhirnya tunduk dan yakin kepada kemenangan Islam).
Armada Hijrah
Islam kini menagih hijrah justeru nasibnya yang dagang seperti mana ia bermula. Apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW telah benar-benar berlaku. Rasulullah SAW bersabda:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing”. (HR Muslim)
Jadilah “orang beruntung” yakni orang yang bersiap sedia untuk melakukan hijrah satu langkah jump start yang sangat diperlukan masa kini. Perkukuhkanlah iman dan lakukanlah hijrah setiap masa, di mana sahaja dan di posisi mana pun kita berada. Sentiasa ada set minda (mind set) hijrah di dalam diri kita yang menyebabkan apa sahaja yang kita fikir, rasa, buat dan laksanakan adalah ke arah Islam dan iman yang lebih baik.
Setiap diri berfikir untuk menghijrahkan hati, akal, nafsu, emosi dan fizikalnya ke arah iman dan Islam. Ibu bapa berfikir bagaimana menghijrahkan keluarganya. Guru-guru bertanggungjawab menghijrahkan sekolah. Imam hijrah dengan anak-anak kariahnya. Pemimpin masyarakat menghijrahkan kampung, mukim, bandar dan daerah. Wakil rakyat di kawasan parlimen masing-masing. Begitu juga dengan ADUN. Tokoh-tokoh korporat, menteri-menteri pula berperanan memimpin armada hijrah yang lebih besar dan luas lagi.
Inilah pra syarat untuk mencapai kejayaan. Bantuan Allah akan sentiasa bersama kita jika kita bersama hijrah. Maha Hebat Allah yang menjadi sesarang lelabah dan merpati yang zahirnya begitu lemah untuk melindungi dua orang kekasihnya di gua Thur. Namun di situlah kehebatan kuasa Allah yang pernah menjadikan air untuk menewaskan Firaun dan bala tenteranya, nyamuk untuk membunuh Namrud, burung dan batu kecil ketika memusnahkan tentera bergajah Abrahah.
Dan untuk kita umat Islam akhir zaman, pasti ada bantuan yang sama, dengan syarat kita berhijrah dengan tenaga, harta, masa dan jiwa. Hijrah atau kalah, yang mana satu pilihan kita?
Labels: Islam, News and Views
Sunday, December 13, 2009
Syamail Muhammad s.a.w. [DOWNLOAD]

Buku Syamail Muhammad saw karya Imam Tirmizi merupakan satu karya yang baik dan lengkap mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah saw. Karya ini singkat namun padat dan lengkap sehinggakan pembaca seakan-akan dapat melihat langsung keindahan dan keagungan peribadi agung ini.
Buku ini menghimpun hadis-hadis yang merangkumi 56 bab yang dihuraikan melalui hadis-hadis tentang semua aspek kehidupan dan sifat yang dimiliki oleh Rasulullah saw yang merangkumi lima aspek kehidupan baginda iaitu:
1. FIZIKAL : Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, cincin, kasut, sandal, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
2. PERILAKU : Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minuman dan buah-buahan.
3. IBADAH : Wudhu', doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca Al-Qur'an.
4. PERHUBUNGAN & AKHLAK : Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawadhu', rasa malu dan tangisan.
5. KEHIDUPAN : nama-nama Rasulullah saw, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah saw
Mengapa Kita Harus Mengetahui Sifat-Sifat Keperibadian Nabi Muhammad saw
1. Apabila kita mengetahui akan keperibadian baginda, maka akan timbullah rasa takzim kita kepada baginda. Itulah yang akan menjadi wasilah untuk kita cinta kepada syariat Allah. Syariat hebat tentu dibawa oleh orang yang hebat. Bagaimana kita nak kenal Allah jika kita tak mengenall Nabi kita Muhammad saw?
2. Kita secara tak langsung akan mengetahui betapa baik dan mulianya Nabi kita, betapa baik dan mulianya ciptaan Allah swt yakni baik daripada sifat anggota tubuh badan baginda, betapa cantiknya fizikalnya, daripada segi pergaulan pula betapa baik sikapnya dan mulia cara baginda bergaul dengan isteri-isteri, anak-anak dan cucu-cucu serta para sahabat baginda. Nabi hanya tersenyum dan jarang ketawa hanya ada sesekali sahaja baginda ketawa menampakkan gerahamnya.
3. Kita akan mengetahui cara memuji baginda dengan rasa takzim. Sesetengah orang mengatakan bahawa Nabi Muhammad saw adalah manusia biasa seperti kita berdasarkan ayat "Ana basyarun mislukum", tetapi sebenarnya Nabi Muhammad saw adalah manusia luar biasa. Sifat-sifat Nabi ini membantu kita bila kita bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw.
4. Dengan mengetahui sifat-sifat Nabi kita akan rasa seronok, akan timbul rasa cinta. Bila orang puji Nabi kita, kita akan rasa gembira sebaliknya bila orang menghina baginda kita akan rasa terluka, sama seperti bila orang puji kekasih kita, kita tentu gembira.
5. Dapatlah ibu bapa menceritakan keperibadian baginda kepada anak-anak, tidaklah diberi buku-buku kisah dongeng semata-mata. Buku ini mudah difahami.
Dan banyak lagi manfaat yang lain yang dapat kita perolehi insyaallah. Muat turun di sini.
*gambar di atas bukan gambar e-book yang dimuatturun
*kredit untuk http://alkisah.web.id
Labels: Download
Friday, December 11, 2009
Rela Ke Neraka

Suatu hari Nabi Musa a.s sedang berjalan-jalan melihat keadaan umatnya. Nabi Musa a.s melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa a.s kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa a.s! aku telah beribadah kepada Allah s.w.t selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah s.w.t akan meletakkanku di Syurga-Nya?. Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah"
Nabi Musa a.s mengabulkan permintaan orang itu.
Nabi Musa a.s kemudian bermunajat memohon kepada Allah s.w.t agar Allah s.w.t memberitahukan kepadanya di mana umatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah s.w.t berfirman, "Wahai Musa (a.s) sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa a.s kemudian mengkhabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah s.w.t kepadanya. Ahli ibadah itu terkejut.
Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa a.s. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagaimana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat. Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa a.s kembali.
Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa a.s, "Wahai Musa a.s, aku rela Allah s.w.t memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa a.s menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah s.w.t.
Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (a.s) sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di Syurgaku yang paling tinggi".
sumber: 1001 Kisah Teladan dan Portal Web Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)
Labels: Islam, Motivation
© Q-riuz (2008 – 2009)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.
"Curiosity Only Leads to One Thing...Knowledge"
Search
Categories
- Islam (40)
- Quest (40)
- News and Views (18)
- Preview and Review (15)
- Motivation (11)
- Computer and Technology (9)
- Poem (9)
- Others (8)
- Lyrics (5)
- Football (4)
- Download (3)
- Jokes (2)
- Psychology (1)
.:| WEB |:.
.:| UPDATES |:.
-
Semua Manusia Itu Tidak Sempurna!1 hour ago
-
-
-
SEM 2 SESI 2009/2010 BERMULA7 hours ago
-
-
Resepi Lawan Menjadi Kawan1 day ago
-
kembali1 day ago
-
"Salam Perpisahan"1 day ago
-
LAWAN VS KAWAL1 day ago
-
Setara mana kita kenal dia???2 days ago
-
blur + awesome?4 days ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
~INDAHNYA UJIAN HIDUP~3 weeks ago
-
-
Sharing is caring..4 weeks ago
-
-
OranG BerTakwa & BerImaN5 weeks ago
-
-
definisi1 month ago
-
-
-
-
-
Boss Dan Pemimpin5 months ago
Perkhidmatan membaiki komputer dengan harga yang amat murah! Mesej saya 013-8855974 (panggilan telefon tidak akan dilayan). Pengkhususan dalam virus dan anti-virus tetapi masalah perkomputeran yang lain juga dapat diselesaikan insyaallah.
.:| ARCHIVES |:.
.: | FRIENDS |:.
- -na neem-
- ...something to share...
- .: RIMBAWAN SEJATI :.
- .:: Tokei Ikan BertaQwa ::.
- A WaLk To RememBer
- ABU SYIFA'
- AmEEnMusLIm
- Annisaa's Blog
- aViCeNNe eVoLuTiOn
- berjalan dalam hujan
- BERJALAN, MELIHAT, MENTAFSIR
- BISMILLAH...
- Cinta Sang Mujahid
- crEature paTh calLed iNsan
- DhUHa
- hamba Allah swt
- Kalam Hati
- kereta sorong
- Laman Jiwa dan Nurani Islam
- Laman Komuniti Teman Karya Charma
- Lun
- MA'ALIM FIT THARIQ
- Marhalah Pertama
- My way~
- nukilan cahaya kembara
- nur_mahasiswa
- nurilhakim.blogspot.com
- Nurjihad
- NURSOLEHAH
- Qz Sixiangjia
- R e l a k s . . .
- Ratu Salju
- Rintihan Seorang Hamba
- Rintihan Seorang Hamba
- Salam pertemuan.....
- Salam Ukhuwahfillah
- Secebis rasa~
- Titipan Mifqiah
- ~w0nDerfuL liFe~

