Tuesday, March 19, 2013

Mengapa Takut Kotor Sedang Ia Boleh Dibersihkan?



"Masyaallah kotornya di luar itu!"

"Mengapa? Adakah kau takut dengannya? Kotor?"


"Tidak, tetapi aku tidak mahu menghampirinya, jijik!"

"Lalu, bagaimana cadangmu?"

"Lebih baik kita duduk diam sahaja di dalam, boleh jadi kotoran itu tidak akan hilang jika kita keluar dan terkenanya!"

"Sahabatku, insyaallah, kotoran itu bukan apa-apa, ia bahkan bukan makhluk. Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah, dan kotoran itu ternyata tidak berkuasa malah sedikit pun. Ketahuilah, hanya yang pernah terkena kotoran tahu membersihkan kotoran."

*******************************************************************************************************

Kita hidup bukan hanya untuk membersihkan diri sendiri, tetapi juga sekeliling kita, persekitaran kita, alam kita. Makanya tidak perlulah kita berasa takut, jijik dan seumpamanya akibat tempias 'kotoran' yang sedikit itu.

Dari Ibnu Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Orang mukmin yang bergaul dengan manusia dan bersabar dengan gangguan mereka lebih baik daripada yang tidak bergaul dengan mereka dan tidak sabar dengan gangguan mereka." Riwayat Ibnu Majah dengan sanad hasan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"