Bantahan Mesir 2011 atau Revolusi Belia, ialah satu siri tunjuk perasaan, bantahan, dan keingkaran awam yang sedang berlangsung di Mesir sejak 25 Januari 2011, dengan para penganjur menggunakan pemberontakan di Tunisia sebagai pembakar semangat orang ramai. Tunjuk perasaan serta rusuhan ini dikatakan berpunca daripada kekejaman polis, undang-undang darurat, pengangguran, keinginan menaikkan gaji minimum, kurangnya perumahan, inflasi makanan, korupsi, kurangnya kebebasan bersuara, dan keaadan hidup susah. Matlamat utama bantahan ini ialah untuk menyingkirkan rejim Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah selama hampir 30 tahun.
Bantahan-bantahan memang sudah sering berlaku di Mesir, namun bantahan kali ini merupakan yang terbesar semenjak 1977, sehingga Kaherah diperihalkan sebagai "sebuah zon perang" oleh seorang wartawan dari akhbar The Guardian. Bantahan ini, buat pertama kalinya disertai oleh sekalian khayalak penduduk tidak mengira latar sosio-ekonomi mereka.
Dan apabila tahap publisiti meningkat, kerajaan Mesir telah meningkat usaha menghadkan capaian Internet. Dan mulai Jumaat 28 Januari, perhubungan Internet dan perkhidmatan telefon bimbit termasuk SMS telah terhenti.
sumber: Wikipedia; rujukan penuh di sini. Rujukan lain boleh dicari di Google.
p/s: Risau memikirkan rakan-rakan yang ada di sana. Moga mereka semua selamat insyaallah.
p/s: Risau memikirkan rakan-rakan yang ada di sana. Moga mereka semua selamat insyaallah.
antara sumber yang dapat dikongsikan bersama:
ReplyDeletehttp://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
http://www.facebook.com/pages/Selamatkan-pelajar-dan-rakyat-Malaysia-di-Mesir/185618624791964#!/
dah tau, syukran :)
ReplyDelete