Salam 1Malaysia!
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini....bla bla bla...Ikhlas daripada, Najib Razak & Keluarga.
"Najib tahu e-mel aku?" saya pelik seketika.
Saya dan juga beberapa orang rakan agak terkejut, mungkin juga berasa hairan dengan e-mel yang kami terima. Sungguh luar biasa untuk seorang PM terlalu rajin untuk menulis dan menghantar e-mel kepada rakyatnya, dengan banyaknya (saya menganggap ianya banyak sebab ramai yang mengatakan benda yang sama dalam Facebook). Bukankah kebiasaannya ucapan ini dibuat dalam surat khabar, siaran radio atau televisyen?
Technically, something is wrong.
Cari punya cari punya cari dalam internet, akhirnya jawapan ditemui. Datuk Farid Ridzuan sendiri dalam Twitternya menjelaskan bahawa ucapan itu dihantar kepada e-mel yang terdapat dalam database Media Prima dan lain-lain.
Bila masa saya benarkan 'Media Prima dan lain-lain' untuk menyuruh mereka menghantar ucapan apa-apa ke dalam e-mel saya?
SPAM.
Matlamat tak menghalalkan cara. Jangan salah guna e-mel yang ada dalam database anda, jadilah professional dan jagalah hak kami.
Selamat Tahun Baru Cina.

kan...tiba-tiba rajin sgt PM antar email...
ReplyDeletekan.hahaha
ReplyDelete