Mungkin saya terlalu lambat untuk mengulas mengenai filem Grave of the Fireflies, terlambat... untuk 23 tahun. Tetapi, sesuatu yang bagus tidak pernah terlambat untuk diceritakan, dan nilai dan pengajaran tidak pernah terlambat untuk dipelajari.
Grave of the Fireflies adalah sebuah filem animasi yang tragis, amat-amat tragis.
Grave of the Fireflies adalah sebuah filem animasi yang tragis, amat-amat tragis.
Setsuko dan Seita adalah dua beradik yang hidup dalam era peperangan di Jepun. Setelah kematian ibu mereka dalam satu serangan udara, mereka tinggal di rumah saudara mereka. Pertelingkahan dengan emak saudaranya menyebabkan mereka memutuskan untuk meninggalkan saudara mereka dan cuba memulakan hidup baru dengan sendiri di pondok kediaman yang terbiar. Sementara keadaan ayahnya sebagai askar masih tidak diketahui, mereka cuba untuk meneruskan hidup, dengan hanya bertemankan kunang-kunang.
Perlu diketahui bahawa filem ini ditayangkan pada tahun 1988. Filem ini tidak memerlukan belanja yang besar, grafik komputer yang hebat, atau masa tayangan yang lebih daripada dua jam. Filem ini, dengan hanya menggunakan animasi biasa, mampu memberi penangan luar biasa buat penonton. Rahsianya? Tema dan persoalan yang jelas disampaikan dengan penyampaian yang jujur dan tidak berbelit-belit. Penonton tidak diajak untuk berfikir terlalu dalam, tetapi diajak untuk menghayati, menghayati dan memahami bagaimana keadaan mereka yang susah dilanda perang.

Walaupun berbentuk animasi, filem ini tidak sama sekali mengambarkan kesudahan yang menggembirakan seperti kebanyakan filem animasi yang lain. Lebih lagi, filem ini terlalu jujur dalam menceritakan suasana mereka yang hidup dalam keadaan perang, sentiasa hidup dalam kecemasan, kesusahan, kemiskinan, dan kesengsaraan. Ya, perang tidak pernah menyenangkan rakyat. Juga, filem ini tidak cuba untuk menjadikan watak utama sebagai wira, mempertahan dan memperjuangkan yang benar, tetapi, filem ini menunjukkan kesalahan terbesar manusia dalam peperangan, iaitu untuk melindungi mereka yang tidak bersalah.
Dalam Islam, perempuan, orang tua, dan kanak-kanak, adalah golongan yang diharamkan untuk dibunuh semasa berperang. Malah tumbuh-tumbuhan dan haiwan ternakan juga. Indahnya Islam walau dalam keadaan perang sekali pun.
Sebuah filem animasi wajib tonton.
Sebuah filem animasi wajib tonton.
Grave of the Fireflies (Hotaru no Haka)
Tahun: 1988
Pengarah: Isao Takahata
Penulis: Akiyuki Nosaka (novel) Isao Takahata
Masa Tayangan: 89 minit
p/s: Saya tidak ingin menceritakan dengan lebih mendalam kerana adalah lebih elok jika anda sendiri menonton dan memahami nilai yang terkandung dalam filem ini. Bagi mereka yang berjiwa keras dengan nasib saudara seagama kita di Palestin, yang tidak mahu melihat video bagaimana mereka cuba setiap masa mempertahankan negara dan agama mereka, anda mungkin akan mengubah persepsi anda setelah menonton filem ini.

cite ni mmg sedih...pnh tgk dlu, anime pling sedih la prnh aku tgk...
ReplyDelete