Allah SWT telah berfirman kepada kita dalam kitab-Nya yang muhkam:
"Dan berkatalah Rasul: Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan al-Quran ini suatu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai" (al-Furqan: 30)
Sebahagian ulama berkata, bahawa mengabaikan al-Quran itu ada lima tingkatan:
1. Mengabaikan Bacaan al-Quran
Enggan membaca al-Quran, tidak ada satu hizib pun yang dibacanya dalam sehari, tidak melihatnya, tidak memperhatikan baris-baris tulisan al-Quran, dan tidak hidup bersama ayat-ayatnya. Orang seumpama ini adalah jenis hamba yang tersesat dan menyesatkan, walaupun dia adalah seorang yang banyak membaca buku dan pandai membaca dan menulis dengan baik.
Dialah hamba yang tertutup pintu hatinya, yang tunduk kepada hawa nafsu, yang merasa tidak memerlukan al-Quran. Oleh itu, Allah SWT tidak akan mengkayakan orang itu. Bahkan, di antara mereka ada yang tidak pernah menyentuh al-Quran melainkan hanya pada bulan-bulan Ramadhan sahaja!
2. Mengabaikan Penghayatan al-Quran
Orang yang membaca al-Quran namun dia lalai, terlena dan dipermainkan oleh mindanya. Dia menyuarakan dengan lisannya namun hatinya di pasar, di pejabat atau di sekolah. Fikirannya melayang mengingati manusia. Matanya melihat al-Quran, namun dia tidak mengerti terhadap apa yang dibacanya oleh mulutnya itu. Dia termasuk golongan manusia yang mengabaikan penghayatan al-Quran (tadabbur). Padahal, semua kehidupan dan semua cahaya ada pada perenungan kitab yang membawa cahaya ini! Orang yang mengabaikan tadabbur al-Quran, maka dia hanya mendapatkan pahala tilawah (membaca) manakala pahala penghayatan al-Quran dan apa yang dapat dicapai dengan tadabbur itu yang meliputi cahaya (nur), keimanan, kefahaman dan pelajaran, semuanya itu tidak akan diperolehinya.
3. Mengabaikan Pengamalan al-Quran
Sama ada dari segi bacaan, tadabbur mahupun pengamalan al-Quran. Manusia-manusia seperti itu sesungguhnya telah ditutup rapat hatinya dan dia hanya mengikutkan hawa nafsunya sahaja. Rasulullah SAW menjadi saksi ke atas mereka. Jika seandainya mereka membaca al-Quran, maka hal itu justeru akan menjadi hujah yang memberatkan mereka, bukan hujah yang membela mereka. Sebab mereka tidak mahu mengamalkan al-Quran, tidak solat bersama orang-orang yang solat, tidak pernah berzakat seperti halnya orang-orang yang berzakat dan tidak berakhlak seperti akhlak yang diajarkan oleh al-Quran. Bahkan mereka menghina dan merendahkan orang-orang soleh. Golongan manusia seperti itu serupa dengan orang-orang munafik, bahkan mungkin mereka adalah orang munafik.
"Dan mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) Allah, bahawa sesungguhnya mereka termasuk golonganmu; padahal mereka bukanlah dari golonganmu, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang sangat takut (kepadamu)" (at-Taubah: 56)
4. Mengabaikan Berubat Dengan al-Quran
Mereka justeru mengatakan bahawa merupakan tindakan yang kelakar jika al-Quran itu dibacakan kepada orang yang sedang sakut atau orang yang pengsan. Bagaimana mereka dapat sembuh dengan al-Quran, bagaimana mungkin al-Quran dapat dijadikan ubat? Perkataan mereka itu telah berlawanan dengan dalil akal mahupun naqli.
Dari sisi naqli, banyak sekali nash yang menunjukkan bahawa al-Quran dapat dijadikan sebagai sumber penyembuhan dan pengubatan. Berdasarkan pertimbangan akal, hal itu tidak bercanggah dengan hukum sebab akibat, yang di antaranya adalah bahawa terapi kesembuhan adalah dengan cara menyegarkan jiwa dan membuatnya bahagia. Dalam hal ini al-Quran telah berbuat banyak dalam memberi kesegaran dan kebahagiaan jiwa. Oleh itu, Rasulullah SAW menjadikan al-Quran sebagai ubat dengan cara membacanya.
Ketika baginda mendapat serangan sihir dari seorang Yahudi, baginda membaca al-Mu'awwidzatain (surah an-Nas dan al-Falaq) dan Allah SWT menyembuhkannya. Dan jika hendak tidur, Rasulullah SAW mengusap badannya dan membaca al-Mu'awwidzatain.
5. Mengabaikan al-Quran Sebagai Sumber Hukum Kehidupan
Jika al-Quran harus diterapkan dalam kehidupan nyata, seperti pada persoalan ekonomi, politik, pemerintahan, atau dalam bidang seni budaya, maka mereka berpaling dan meninggalkan al-Quran. Mereka mengatakan bahawa agenda-agenda kehidupan itu merupakan persoalan tersendiri dan terpisah dari al-Quran.
Mereka tidak memahami bahawa fungsi yang utama dari al-Quran itu adalah sebagai petunjuk umat manusia, sebagai sumber hukum bagi kehidupan umat manusia; yang meliputi aspek ekonomi, ketenteraan, hubungan manusia dengan sesama dan segala yang berhubungkait dengan aktiviti kehidupan. Sebab, al-Quran merupakan pedoman hidup, pembimbing menuju akhirat, dan petunjuk bagi jiwa.

Tidak dibenarkan jika ada alasan yang merintangi kita dari kitab Allah. Hidupkanlah al-Quran dalam rumah kita, dalam keluarga kita, dalam sekolah kita, dan dalam kenderaan kita. Hidupkanlah kitab ini agar kita dapat mencapai bahagia dan agar Allah SWT menolong kita, mengekalkan kedamaian dan keselamatan kepada kita, agar Allah SWT tidak murka kepada kita, sebab apabila Allah SWT murka maka Dia akan menggoncangkan hidup kita sebagaimana Dia menggoncangkan umat lain, dan membinasakan kita seperti umat yang telah dibinasakan oleh-Nya. Sesungguhnya azab Allah SWT tidak akan dapat ditolak oleh orang-orang yang berbuat kejahatan.
*dipetik daripada buku karangan Dr. 'Aidh Abdullah al-Qarni yang bertajuk Ala Ma'idatil-Quran (Sejenak Bersama Hidangan al-Quran)

yang menyampaikan jika tidak menuruti,pasti dikeji Rabbnya~ sama2 kita mengingati..
ReplyDeletebetul3...
ReplyDelete