Pada suatu hari, seorang gadis dalam lingkungan 20-an sedang menaiki sebuah bas. Pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata, nipis dan seksi, hampir terlihatkan segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Seorang pakcik tua beruban menegurnya.
"Wahai anak, alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu...itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki." nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis tersebut dengan jawapan yang sinikal.
"Siapa kau orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka??"
Setelah menghemburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu si gadis tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil mengatakan,
"Ambil telefonku ini dan hubungilah Allah serta tempahkanlah sebuah bilik di neraka jahanam untukku" lantas si gadis ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis. Sayang wajahnya yang ayu tak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam, ada yang menggelengkan kepala kebingungan.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Si gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertido di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak juga sedarkan diri. Orang tua tadi memeriksa nadi si gadis, kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis tersebut telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah...
Ingatlah, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita.