Tuesday, November 25, 2008

My Top 7 Antivirus

Buat sekian lamanya, soalan ini sering ditujukan daripada kawan-kawan kepada saya. Antivirus manakah yang paling bagus? Jawab saya mudah, nothing is perfect. Sepanjang pengalaman saya memiliki komputer riba sendiri dan membaiki komputer orang lain, itulah kesimpulan yang dapat saya buat tentang antivirus-antivirus yang terdapat di pasaran. Walaupun begitu, memiliki antivirus adalah satu kemestian kepada semua yang memiliki komputer. Jika tiada yang terbaik, jadi yang mana satu lebih baik? Di sini saya cuba untuk menerangkan tujuh antivirus pilihan saya yang mana bagi saya adalah antara yang terbaik. Dan saya juga akan menerangkan tentang kelebihan dan keburukan setiap daripadanya.
Avira Antivir Premium Security Suite
Payung merah adalah simbol kepada Avira. Komponen dalam Avira Premium Security Suite adalah lengkap. Bersertakan firewall, antispam, antiphishing, antispyware, antiadware dan email scanner, saya merasakan langsung tidak rugi menggunakannya. Dengan setting yang mudah, mereka yang tidak mahir dalam perisian komputer juga dapat memahami menggunakan antivirus ini. Namun, sedikit mengecewakan saya kerana user-interface Avira amat buruk, seperti perisian tahun 1990-an. Tapi dengan penggunaan memori yang sederhana dan tidak mengganggu perisian-perisian lain dalam komputer, kelemahan Avira ini dapat dilupakan dengan mudah. Rate of detection bagi antivirus ini berdasarkan pengalaman saya, adalah 92%.
Bitdefender Total Security 2009
Bitdefender adalah antivirus yang bagus tetapi ramai tidak mengetahuinya. Lebih ramai yang menggunakan Trend Micro mahupun PC-cillin berbanding Bitdefender, saya tidak tahu mengapa. Mungkin publisitinya tidak begitu tinggi berbanding antivirus yang lain, mungkin. Seperti Avira Antivir Premium Security Suite, pakej dan komponen dalam Bitdefender Total Security 2009 adalah lengkap, tidak lebih dan tidak kurang. User-interface yang agak cantik dan pengguna juga boleh menukar warna tema antara merah dan biru menjadikannya menarik. Satu penambahan kepada Bitdefender adalah ia mempunyai game setting dimana gamers yang bermain game secara online dapat mengurangkan penggunaan memori Bitdefender tanpa mengurangkan kadar kelajuan bermain game online, satu kelebihan kepada gamers yang suka bermain online tetapi mahukan keselamatan yang maksimum semasa online. Tetapi saya meletakkan ia di tangga kedua kerana penggunaan memori yang tinggi dan harganya yang mahal, dan secara teorinya berdasarkan analisis saya, mungkin boleh menyebabkan sistem komputer anda hang (walaupun tidak pernah terjadi semasa saya menggunakannya) jika clash dengan mana-mana perisian yang lain. Rate of detection adalah 93%.
ESET Smart Security
Tiada yang lebih baik daripada antivirus ini, cukup mantap. Kepada mereka yang mempunyai prosessor yang lemah, RAM yang sedikit dan HDD yang kecil, inilah antivirus yang terbaik. Komponennya lengkap, namun apa yang paling menarik adalah, sama seperti namanya, ianya smart. Scanningnya yang amat pantas namun berkesan, malah tidak mengganggu sistem komputer anda jika menggunakannya semasa scanning berlaku. User-interface yang paling cantik antara semua antivirus, malah boleh menukar sama ada normal setting kepada pengguna biasa atau advance setting kepada mereka yang pakar. Updatenya adalah automatik dan sekejap, anda tidak akan perasan bahawa ia update sendiri! Begitu juga semasa scanning, ia akan scan secara automatik dan terus menunjukkan virus, jika terjumpa, dengan interface yang cukup cantik, dan semuanya berlaku tanpa sebarang bunyi siren atau alarm. Cukup sesuai bagi mereka yang mempunyai komputer yang berkapasiti rendah, sederhana mahupun tinggi kerana antivirus ini langsung tidak mengurangkan memori komputer anda. Tetapi bagi webaholic, jika menggunakan antivirus ini, saya mencadangkan supaya menambah satu lagi firewall (walaupun ESET Smart Security sudah mempunyai firewall) kerana berdasarkan pengalaman saya juga, pengawalan traffik internet antivirus ini agak lemah. Rate of detection adalah 90%.
AVG Professional 8.0
AVG 7.5? Sangat teruk! AVG 8.0? Sangat bagus! Penambahbaikan yang mendadak dan amat berbeza berbanding edisi sebelumnya. Dahulu saya langsung tidak memandang AVG kerana memang sudah sedia maklum bahawa antivirus ini amat teruk, tetapi tanggapan saya berubah apabila saya mencuba AVG 8. Komponen lengkap, penggunaan memori yang kecil, user-interface yang cantik, saya tidak nampak apa kekurangannya antivirus ini. Cuma berdasarkan pengalaman saya menggunakannya juga, ia terlepas beberapa virus kecil (yang tidak terlalu merosakkan sistem). Tetapi apa pun, ianya masih reliable dan sesuai digunakan oleh moderate user, yang tidak menggunakan komputer dengan melampau. Rate of detection, 90%.
Kaspersky Antivirus 2009
Perlu saya menjelaskan dengan lebih tentang antivirus ini? Majoriti pengguna komputer kenal akan Kaspersky kerana ia adalah antivirus terbaik (dari segi rate of detection). Saya tidak perlu menjelaskan kelebihan antivirus ini, tetapi kenapa saya meletakkannya di tangga kelima ranking saya adalah kerana pertama, bunyi bising semasa mengesan virus cukup tidak menyenangkan. Lebih lagi jika virus itu banyak, maka makin bisinglah bunyi bising itu (ada orang mengatakan bunyi itu adalah bunyi “kerbau pendek”). Kedua, penggunaan memori yang amat tinggi, tidak sesuai untuk komputer yang mempunyai RAM 256MB ke bawah. Ketiga, boleh berlakunya clash dengan perisian-perisian lain dalam komputer, dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan false detection, jika pengguna tidak berhati-hati. Keempat, sangat cerewet dalam membenarkan sesuatu program itu berjalan, walaupun ianya sedar program tersebut tidak bahaya (pengguna walaubagaimana pun boleh mengubah setting ini). Kelima, pakej antivirus yang tidak lengkap. Kaspersky mempunyai dua pakej antivirus yang berbeza, iaitu Kaspersky Antivirus dan Kaspersky Internet Security, dan kedua-duanya tidak boleh digunakan bersama, merupakan kerugian yang besar bagi saya kerana kedua-duanya adalah berbeza dan sepatutnya saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi mereka yang sering menggunakan internet, maka saya mencadangkan (jika mahu guna Kaspersky) supaya menggunakan Kaspersky Internet Security 2009. Rate of detection Kaspersky adalah 95%.
ZoneAlarm Pro
ZoneAlarm terkenal dengan firewallnya. Malah, firewall ZoneAlarm adalah satu-satunya yang menyebabkan pelanggan tertarik dengan produk ini. Walaupun ZoneAlarm Pro dilengkapi juga dengan antivirus dan lain-lain komponen utama, namun ianya tidak begitu berkesan berbanding antivirus-antivirus lain di pasaran. Kelebihan yang nyata, cuma firewall. Dan itulah sebabnya ianya termasuk dalam ranking saya kerana, tiada firewall yang lebih baik daripada ZoneAlarm! Dilengkapi dengan Full Stealth Mode Firewall, Browser Security, anti-phishing, Identity Theft Protection, Parental Controls dan Wireless PC Protection, semua kaki internet (webaholic) pasti akan menggunakannya. Rate of detection antivirus – 80% dan firewall – 98%. Saya memecahkan rate of detection kerana sistem ZoneAlarm memang memisahkan kedua-dua komponen ini. Firewall sebenarnya tidak mempunyai kadar detection, kerana ianya menghalang (block) bukan menghapus (detect) sebarang benda berbahaya. Namun saya menjadikannya juga sebagai angka supaya mudah pembaca faham, dan kadar perangkaan itu juga berdasarkan pengalaman saya.
Norton Antivirus 2009
Antivirus yang paling popular tidak semestinya antivirus yang terbaik. Itulah Norton. Ramai yang mengenali Norton bukan kerana keberkesanannya tetapi kerana publisiti yang meluas dan merupakan antivirus yang paling banyak diberi secara percuma apabila membeli komputer baru. Sebab itu ramai yang salah sangka bahawa Norton adalah yang terbaik. Malang sekali Norton tidak pernah menduduki carta pertama dalam mana-mana ranking antivirus di internet (melainkan ianya berunsur bias). Saya hanya suka satu mengenai Norton, cantik. Itu saja, cantik. User-interface yang cantik dan sedap mata memandang tetapi gagal menitikberatkan kepentingannya sendiri sebagai antivirus. Menggunakan memori yang tinggi setaraf dengan Kaspersky tetapi gagal mempunyai rate of detection yang tinggi. Namun begitu Symantec adalah sebuah syarikat yang gah dan hebat produk-produknya, oleh itu saya menduga edisi yang akan datang tahun-tahun berikutnya adalah lebih baik daripada yang ini, membuat penambahbaikan seperti AVG dalam perisiannya supaya tidak mengecewakan lagi pelanggan yang mengharapkan keberkesanan Norton. Rate of detection 87%.
Namun sebelum anda semua membuat penilaian masing-masing berkenaan antivirus, saya ingin mengingatkan beberapa fakta yang sering disalahfahami oleh semua;
1. Antivirus percuma berbeza dengan antivirus berbayar. Ianya seperti langit dan bumi. Lebih daripada separuh komponen yang ada pada antivirus berbayar tiada pada antivirus percuma. Bila saya berkatakan tentang Avira Antivir Premium Security Suite (berbayar), maka saya tidak mengatakan Avira Antivir Personal Edition Classic (percuma) kerana, seperti yang saya katakan, banyak komponen penting yang tiada pada antivirus percuma seperti firewall, antispyware dan antispam. Maka, ingat! Antivirus percuma amat rapuh dan tidak hairan komputer anda dijangkiti virus jika anda menggunakannya walau Avira, AVG, Bitdefender sekalipun. Sesebuah syarikat tidak akan memperbodohkan diri mereka dengan hanya memberi percuma perisian mereka. Yang percuma hanyalah intro kepada produk utama mereka yang lebih baik.
2. Perisian antivirus berbeza dengan perisian antispyware. Virus adalah seperti worm, trojan, adhock dan seumpamanya manakala spyware adalah sejenis sistem perosak yang berbeza dengan virus. Contoh spyware adalah seperti spyware, adware, rootkit dan seumpamanya (terlalu panjang untuk dijelaskan di sini). Sebab itu dalam ranking saya semuanya adalah antivirus yang lengkap berkomponen tambahan seperti antispyware dan lain-lain (di mana dalam antivirus percuma tiada komponen ini). Jikalau mahukan perisian antispyware yang independent, antara yang terbaik adalah Spyware Doctor, Spyware Terminator, Spybot dan SpySweeper.
3. Ada virus yang pasif. Virus pasif bermaksud tidak mengganggu sistem komputer, ada sesetengahnya hanya menganggu jika sesuatu program diaktifkan. Maka jangan berkata, sistem komputer anda laju dan lancar, maka tiada virus. Boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Jangan terkejut jika anda cucuk pendrive ke dalam komputer orang lain dan mereka dapat mengesan virus daripada komputer anda!
4. Tidak boleh dua antivirus dalam satu sistem komputer. Penyataan ini sebenarnya adalah tidak mutlak, ianya subjektif. Kebolehan sesuatu sistem komputer itu dapat mengawal keberadaan sesuatu antivirus. Saya sendiri pernah memakai tiga antivirus serentak, tiada masalah. Tetapi ianya adalah untuk advanced user sahaja. Bagi mereka yang tidak mengetahui dengan mendalam tentang antivirus, memang tidak digalakkan berbuat demikian. Senang kata, satu antivirus adalah wajib, dua antivirus adalah untuk pakar. Tiga ke atas? Tanggung sendiri.
Untuk pengakhirannya, semua penerangan saya ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sejak sekian lamanya. Saya tidak bias kepada mana-mana antivirus, saya pernah mencuba ketujuh-tujuh antivirus ini, malah yang lain juga, tetapi saya tidak ingin ulas di sini kerana yang lain tidak berapa memuaskan hati saya berbanding yang tujuh ini. Kepada pembaca, sebarang kesilapan amat harap dimaafkan, dan sebarang cadangan, kritikan dan persoalan boleh saja ditanyakan kepada saya. Saya berbesar hati untuk menjawab mahu pun menjelaskan kerana ini semua adalah ilmu, dan ilmu itu bertambah melalui perbincangan. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. bila baca ulang kali balik, ada banyak point yang tertinggal. memang kalau topik ni banyak penerangan kena buat, untuk kasi faham, anyway, kalau ada komen sila beritahu

    ReplyDelete
  2. mula-mula pun nak taip English, sebab banyak term English, tapi untuk rujukan sahabat-sahabat dan menyenangkan diri sendiri, maka Bahasa Melayu menjadi pilihan

    ReplyDelete
  3. soalan cepuemas:
    antivirus apa saya pakai?
    hehehe

    ReplyDelete
  4. afiQ said...

    soalan cepuemas:
    antivirus apa saya pakai?
    hehehe



    Jawapan: AVG latest edition. Kerana ianya, ringan dan senang update serta free.

    ReplyDelete
  5. Kali ni pasti tak silap.

    Kaspersky!!

    Kerana bunyinya yg unik lagi mengelirukan.

    ReplyDelete
  6. tet!
    salah jugak
    kaspersky adalah antara yang saya benci

    ReplyDelete
  7. adeh2..

    cubaan ketiga

    Jawapan: antivirus tu x de dlm senarai antivirus dlm posting ni.

    ReplyDelete
  8. hehe..terjawab sudah persoalan.

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"