Thursday, November 20, 2008

Discourse On The Truth by Sheikh Yusuf Estes


DISCOURSE ON THE TRUTH: FAITH, SCIENCE AND COMMON SENSE ISLAMIC PERSPECTIVE BY SHEIKH YUSUF ESTES

Melihat pada tajuknya yang panjang itu cukup untuk membuatkan saya teruja. Lebih-lebih lagi apabila melihat pada poster itu akan penceramahnya, Yusuf Estes. Sejujurnya saya tidak pernah pun sebelum ini mendengar nama beliau, apatah lagi melihat wajahnya. Melalui poster yang terpampang jelas di board EKSAH itu juga, dapat diketahui bahawa Yusuf Estes ini merupakan bekas pendakwah Kristian. Gambar Yusuf Estes yang cool dan bersahaja dengan berpakaian jubah dan serban dalam poster tersebut, merasakan beliau adalah seorang penceramah yang pasti penuh dengan humor dan gaya santai. It’s gonna be fun!

Syukur Alhamdulillah sahabat saya Azizul memperoleh kereta pada malam tersebut. Jika tidak, mungkin sahaja saya hanya duduk di bilik malam itu, manakan tidak, Auditorium Yayasan Sabah pun tidak saya ketahui di mana. Kami berempat, saya, Afiq Nordin, Azizul Julirin, dan Azizul Shaharudin (Afiq x 2 + Azizul x 2 = ?) menaiki kereta menuju ke sana. Subhanallah, ramainya orang yang datang. Sejuk hati saya melihat gerombolan manusia yang hadir, lebih-lebih lagi majoritinya adalah golongan belia. Alhamdulillah masih ramai di antara kita yang cintakan majlis-majlis sebegini.

Majlis bermula agak lewat berbanding tentatif yang ditulis, memandangkan Sheikh Yusuf Estes masih belum kunjung tiba. Kami berempat terpaksa duduk di bahagian hadapan, setelah digesa oleh AJK penganjur supaya memenuhkan ruang di hadapan terlebih dahulu. Tidak apalah duduk di hadapan sekali-sekala, lagipun video kamera yang Azizul bawa boleh dirakam dari sini, dan kedudukannya amat cantik. Kemudian muncul akhirnya kelibat yang dinanti-nanti oleh semua, Yusuf Estes.


“Assalamualaikum!” sapa Yusuf Estes memula bicara, kuat pelat Amerikanya walaupun berbahasa Arab.

“Waalaikumsalam!” bergema dewan auditorium itu membalas salam beliau.

My name is Yusuf. Can you say Yu-suf?

“Yu—suf” kami membalas lagi.

Perfect! For the first time! Until now my wife always say it as Useless!

Semua tertawa. Lawak pertama untuk malam itu cukup untuk menghangatkan suasana.

Kemudian beliau meneruskan ceramahnya. Afiq Nordin mula mengadap buku notanya, tangannya bersedia bila-bila masa untuk menulis segala isi yang penting. Sementara Azizul Julirin pula mengawal kamera video bersama-sama Azizul Shaharudin. Saya pula lengang duduk. Hendak duduk bersila tapi segan kerana duduk di barisan hadapan sekali, nampak tidak sopan.

Definisi Islam

Sheikh Yusuf Estes memulakan ceramahnya dengan penerangan yang paling asas mengenai Islam, iaitu dengan maksud istilah “Islam” itu sendiri. Islam adalah satu perkataan, yang tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa sekalipun. Ia adalah satu nama yang tidak boleh dan tidak akan boleh diterjemah kepada mana-mana perkataan lain pun di dunia ini. Di mana perkataan-perkataan lain seperti Deen yang telah diterjemah kepada agama (religion) dan Allah diterjemah kepada Tuhan (God) adalah amat salah dan tidak beretika, kerana setiap istilah itu tidak mempunyai makna yang tepat dengan perkataan yang diterjemahkan itu, dan perkataan Islam juga, tidak boleh diterangkan dengan istilah perbendaharaan kata yang lain.

Sedangkan perkataan Islam itulah yang paling perlu difahami.

Menurutnya lagi, perkataan Islam itu tidak dapat diterangkan hanya dengan asal perkataan tersebut, iaitu Salam yang bermaksud aman (peace). Kerana Islam itu sudah menjadi nama khas yang lain cabangnya dengan perkataan Salam. Maka perkataan Islam hanya dapat diterangkan melalui 5 perkataan. Lima, bukan satu. Penyerahan (surrender), pengamalan (submission), kepatuhan (obedient), ketulusan (sincere) dan keamanan (peace).

Islam is not just about peace. It’s about surrender to Allah, submission and obey to Him with sincere, and only after that you feel the peace. For yourself and for everyone. If any of the words is missing, it should not be applied.” terangnya.


Tujuan Islam

Apabila orang Hindu berdoa, mereka dapat apa yang mereka hajati. Apabila orang Kristian berdoa, mereka juga dapat apa yang mereka hajati. Tetapi mengapa kadang-kala orang Islam berdoa tetapi tidak memperoleh apa yang mereka hajati? Berbaloikah orang Islam berdoa? Tak dapat apa-apa?

Beliau menerangkan dengan satu analogi mudah. Bayangkan kita minat kereta dan kita idam-idamkan sangat kereta impian kita. Dan pada suatu hari, sebuah kereta Lamborghini muncul di depan mata kita, sebaik sahaja kita bangun daripada tidur. Lebih menyeronokkan lagi, kunci kereta tersebut berada dalam genggaman tangan kita. Pasti kita berasa seronok untuk memiliki kereta tersebut. Namun, apabila ajal menjemput kita, dengan mudahnya seorang bayi pun dapat mengambil kunci kereta tersebut daripada tangan kita. Jadi apa nilainya kereta tadi terhadap kita? Terhadap kematian kita? Nothing.

Jadi mengapa bersungguh-sungguh untuk memperolehnya?

And if The Lord gave you the world and everything in it, and you’re saying “My Lord gave me this and that”, you’ll love your Lord and the Lord love you... ya? So you want to go to see Him? No, I want to stay with all my staff!” terang Yusuf Estes.

Islam tidak mengajar kita untuk cintakan nikmat Allah, tetapi hanya kepada Allah. Kerana itulah, kerana kita leka dengan nikmat Allah, kita alpa. Dan kesengsaraan dan kekurangan yang kita peroleh tidak lain hanya supaya kita kembali kepada Allah. Kadang-kala kita tidak dapat apa yang kita hajati kerana Allah tahu, jika kita perolehnya, kita akan jauh daripada-Nya. Wallahu’alam.

Sains Yang Telah Dimanipulasikan

Kemudian beliau beralih pula kepada topik sains. Di mana beliau menjelaskan betapa korupnya sains masa kini. Dan semuanya bermula dengan satu teori, Darwinism. Teori Evolusi Darwin mengatakan bahawa semua benda hidup yang wujud pada masa kini adalah bermula dari satu spesies yang sama, di mana spesies ini telah berevolusi selama berbillion tahunnya. Atom mula terbentuk, kemudian menjadi sel, kemudian daripada sel tersebut menjadi alga. Lalu daripada alga mula menjadi ikan, kemudian semakin kompleks, menjadi buaya, kemudian ke darat, dan kemudian menjadi burung. Burung berasal daripada ikan? Ketahuilah bahawa sesungguhnya tiada satu pun kesamaan antara burung dan ikan baik dari segi morfologi, anatomi mahu pun respirasi. Sains yang melucukan. Semuanya berasal dari kepala otak seseorang yang tidak percayakan Tuhan.

Terlalu banyak untuk diterangkan mengenai evolusi dari sudut kaca mata Islam itu sendiri. Harun Yahya menerangkan dengan jelas dalam kebanyakkan bukunya mengenai kesalahan Darwinisme dengan penuh saintifik dan terperinci. Saya juga tidak mahu menerangkan dengan panjang lebar mengenai ini. Namun penerangan Sheikh Yusuf Estet mengenai sains yang telah dimanipulasi ini cukup jelas. Betapa orang yang sepatutnya tulus dalam mengkaji tidak mengiyakan fakta, namun membuat fakta dan teori sendiri, berpandukan pemikiran sendiri yang amat lemah.


Kepentingan Berdakwah

Semasa sesi soal jawab, satu soalan yang dikemukakan yang amat disukai oleh Yusuf Estes adalah soalan daripada Anis, seorang gadis cilik yang berumur 10 tahun. Anis bertanyakan “How can we spread Islam to all?”. Subhanallah, jauh sungguh pemikiran si cilik ini. Kami semua tergamam kagum.

Yusuf Estes menjawab, dengan cara yang paling mudah, melalui diri kita sendiri. Itulah cara terbaik untuk menyebarkan Islam. Dan itulah cara Nabi Muhammad saw berdakwah. Kebanyakan para sahabat memeluk Islam kerana kagum melihat adab dan tatatusila Nabi Muhammad saw. Berhikmah dan bersopannya Nabi Muhammad saw dalam segala aspek menjadikannya sebagai qudwah hasanah (contoh teladan yang baik) yang perlu diikuti kita semua. Dengan itu barulah ajaran Islam yang suci murni dapat disebarkan dan dapat difahami oleh semua lapisan masyarakat. Bukan dengan berperang, bukan dengan menghina dan memfitnah, tetapi dengan akhlak, dengan berhikmah dan lemah lembut. Hanya dengan itu barulah dakwah kita menjadi berkesan. Insyaallah.

Sheikh Yusuf Estes juga membina beberapa laman web dakwah bersama rakan-rakannya antaranya:
http://www.islamtomorrow.com/
http://www.linkstoislam.com/
http://www.yusufestes.com/
http://www.bibleislam.com/
http://www.shareislam.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Salam alaik.
    Olahan yg menarik! mcm berada bersama2 pulak. Mengubati hati yg kempunan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"