Tuesday, December 08, 2009

Kitab Riyadhus Salihin (Bahasa Melayu) [download]



Pengenalan Ringkas Kitab Riyadhus Salihin

‘Riyadh’ di dalam bahasa Melayu bermakna taman. Manakala ‘Salihin’ sebagaimana yang diketahui umum ialah orang-orang soleh. Oleh yang demikian, judul kitab yang diletakkan sendiri oleh Imam Nawawi ini bermaksud ‘Taman Orang-orang Yang Soleh’ memberikan gambaran bahawa isi kandungan kitab ini tentulah berkisar mengenai panduan hidup seorang manusia muslim yang berazam untuk menjadi seorang yang soleh. Di atas tujuan inilah, Imam Nawawi sendiri menegaskan di dalam pendahuluan kitab ini bahawa beliau berusaha untuk mengumpulkan secara ringkas hadis-hadis yang mampu menjadi panduan lengkap kepada umat Islam untuk menjalani hidup di bawah naungan keredhaan Allah swt. Oleh yang demikian, kita akan mendapati bagaimana isi kandungan kitab ini terdiri daripada hadis-hadis yang mencangkupi seluruh urusan kehidupan dan agama umat Islam.

Kekuatan

Tentunya sebagai sebuah kitab yang masyhur, ia sesuai dijadikan rujukan oleh generasi terkemudian berdasarkan ketepatan fakta dan penelitian Imam Nawawi dalam pengambilan hadis. Isu-isu targhib dan tarhib diangkat dengan begitu sempurna berdasarkan hadis-hadis yang sahih memberikan satu keselesaan kepada pembaca untuk melakukan amalan berdasarkan kandungan kitab ini. Ia satu kelebihan yang cukup ketara bagi kitab ini di tengah-tengah kebanjiran hadis-hadis palsu dan rekaan di dalam isu targhib dab tarhib yang menyebabkan umat Islam menjadi keliru di dalam menentukan pendirian dan sikap.

Pembahagian bab dan kitab juga dibuat dalam keadaan tersusun dan memudahkan kepada pembaca membuat rujukan tentang tajuk-tajuk tertentu tanpa perlu melakukan usaha semula mengumpulkan hadis-hadis yang berkaitan.

Kelemahan

Walaupun pembahagian bab dan kitab sudah dibuat dalam keadaan tersusun, hadis-hadis yang disenaraikan pula agak kucar-kacir dari sudut penyusunan. Ketiadaan nombor hadis juga menyebabkan kesukaran untuk pembaca melakukan rujukan semula terhadap satu-satu isu ataupun hadis. Walau bagaimanapun, ini dianggap satu perkara biasa pada zaman Imam Nawawi menyusun kitabnya ini ditambah pula dengan ketiadaan alat-alat canggih seperti hari ini.

Kesimpulan

Kitab Riyadhus Salihin ini sesuai untuk dijadikan rujukan untuk semua golongan bermula golongan profesional, teknokrat, pelajar-pelajar IPT dan sehinggalah kepada masyarakat pendalaman yang cintakan ilmu dan sunnah Rasulullah saw. Ia sesuai dijadikan bahan kuliah berdasarkan isi kandungannya yang telah dibahagikan menurut kategori-kategori yang telah ditentukan.

Riyadhus Salihin Jilid 1
Riyadhus Salihin Jilid 2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. salam..nk tnye ada x kitab ttg perang2 yg nabi sertai..badar,uhud dan sebagainya...

    ReplyDelete
  2. wasalam.insyaallah nanti sy uploadkan

    ReplyDelete
  3. salam..thanks utk link download kitab Riyadhus Salihin ni ye.. harap anta akan upload lg kitab2 ilmiah yg lain.

    ReplyDelete
  4. Assalammu'alaikum,
    Kitab Ryadhus Solihin 2 jilid ini complet ke atau ada jilid lagi.
    Syabas atas usaha, in syaa Allah ada ganjarannya nanati

    ReplyDelete
  5. assalamu'alaikum....
    terima kasih uploadkn kitab ini...sgt menghargai usaha admin....

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum saudara,
    halal ke ilmu nya jika download seperti ini?
    sekadar bertanya.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum wbt..
    Tkasih di atas usaha memudahkan kami utk menuntut ilmu..
    Semoga usaha semuanya, lebih2 lagi almarhum Imam Nawawi dirahmati Allah swt, amin..
    Nak tanya, kitab ni ada 2 jilid atau 3 jilid ya?

    ReplyDelete
  8. Tuan,
    Kitab Tarikh Al Khulafa' ada tak?
    Imam Suyyuti klo x silap

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah,Sy sdh download 2 jilid kitab ini.Semoga usaha tn,terutamanya almahrum Imam Nawawi dirahmati Allah..amiin.
    Juga semoga Allah berikan kefahaman dan hidayahnya bagi saya utk mempelajarinya..

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum...
    terima kasih kerana menyediakan info yang sangat bermanfaat untuk rujukan semua..mohon izin untuk mendownload..terima kasih.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah saya dh download & bg salinan kpd ahli jemaah surau utk sama2 belajar. Jazakallah Khairan

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"