Salah satu perkara yang amat saya benci dan marah adalah apabila seseorang penulis menulis dengan semberono, tanpa rujukan yang diiktiraf, dan menulis dengan ayat yang mengelirukan dan boleh menimbulkan salah faham. Sungguh, menimbulkan kekeliruan dan salah faham itu amat merbahaya, lebih-lebih lagi mengenai hukum Islam.
Ayat yang mengatakan boleh menjadi tunangan orang tanpa sedar adalah amat tidak bertanggungjawab! Islam sama sekali tidak menjatuhkan hukum yang boleh menimbulkan keraguan, salah faham dan tanpa proses yang sah.
Apa Itu Khitbah
Khitbah di dalam bahasa Arab apabila diterjemah maknanya ke dalam Bahasa Melayu bermakna melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri. Melamar ini juga bermakna meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Khitbah ini memakan 'masa' berdasarkan kebiasaan atau adat yang masyhur dipegang kawasan, tempat, adat dan suasana masyarakat.
Khitbah juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita (Fatawa Muasoroh oleh Dr.Yusof Al Qardawi). Dr. Yusof Al- Qardawi juga berkata (buku yang sama) bahawa di dalam khitbah / bertunang ini tidak ada "hak" bagi khatib (tunang lelaki) kecuali hak untuk melamar (to reserve or booking) makhtubah (tunang wanita) semoga pihak lelaki selain darinya tidak datang untuk meminang.
Apabila telah dikhitbah, maka mereka menjadi tunang.
Khitbah boleh dilakukan dengan dua cara iaitu secara tasrieh (terang-terangan) atau secara ta’arudh (sindiran), secara ta’arudh (sindiran) ini dilakukan kepada wanita-wanita yang didalam ‘idah kematian suami mereka atau kerana talak ba’in.
"Dan tidak ada dosa bagimu meminang perempuan-perempuan itu dengan sindiran atau kamu sembunyikan (keinginanmu) dalam hati..." (al-Baqarah: 235) Ayat ini adalah hanya untuk wanita-wanita yang berada dalam 'idah kematian suami atau talak ba'in (rujuk mana-mana tafsir). Maka, wanita-wanita yang masih belum berkahwin, untuk mengkhitbahnya, perlulah secara tasrieh (terang-terangan).
Lalu, bagaimana proses mengkhitbah dalam Islam?
Khitbah adalah permohonan daripada si lelaki untuk si perempuan. Maka, ya, khitbah sudah sah dan sempurna hanya dengan ungkapan permohonan itu sahaja. Namun, untuk mengelakkan kekeliruan, salah faham, dan kemurkaan wali, ianya hendaklah dilakukan secara 'rasmi'.
Dr. Wahbah Az-Zuhaily menjelaskan bahawa yang dimaksudkan khitbah itu adalah menampakkan keinginan menikah terhadap seorang perempuan tertentu dengan memberitahu perempuan yang dimaksudkan atau keluarganya (wali). Selain itu Syed Sabbiq juga mengatakan bahawa yang dikatakan khitbah ialah proses lelaki meminta daripada pihak perempuan untuk berkahwin dengan cara-cara yang diketahui masyur di tempat masing-masing.
Menjadi Tunang Tanpa Sedar?
Sangat menyedihkan apabila masyarakat awam mempercayai bahawa kita boleh menjadi tunang tanpa sedar. Maaf, TANPA SEDAR? WITHOUT KNOWING OURSELF? Kitab fiqh yang mana mengatakan hukum boleh terlaksana tanpa diketahui?
Saya faham dan tahu bahawa artikel tersebut adalah kupasan daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus dalam topik tunang tanpa wali (ibubapa). Penerangan mudah saya, pertunangan boleh dilakukan tanpa wali, ya, memang benar sekali, tetapi maaf, "tunang tanpa sedar"? Jangan mengelirukan pembaca!
Ceramah Ustaz Azhar amatlah jelas, saya pertama kali dengar tidak sama sekali membuat kesimpulan bahawa kita boleh menjadi tunang tanpa sedar setelah mendengar ceramahnya bahagian itu. Penulis artikel Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar? perlu peka mendengar ceramahnya lain kali.
Kesimpulannya, berhati-hati sebelum menulis artikel, berhati-hati dalam membaca artikel, dan dengar betul-betul ceramah yang disampaikan. Wallahu'alam.



"Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini."
ReplyDeletePerenggan terakhir dalam artikel tersebut. Teruk betul!!
Maaf jika penulisan ini seperti dalam keadaan marah. Ya, memang saya tengah marah masa menulis ini.
mknenye, xbtol la statement tunang tnpa sedar.. n kte xkn jd tung tnpa sdar slpas mngucap kn dialog 2...?
ReplyDeleteYa. Kecuali memang faham dan bersungguh dengan lamarannya. Setakat bercintan-cantun tak jatuh hukum.
ReplyDeletehuhu..blurr~x pham..
ReplyDeletekonpius2!
datz mean dengan lafaz jew
x sah la ek?
if cth cmni..
seorg llaki lafazkan utk khwin dgn seorg prmpuan
then,perempuan 2 b'setuju
pas2,prmpuan 2 ckp kt wali dy
psal hal 2..
tnpa cincin p'tunangan atau mjlis rasmi
jika dikira x sah ek??
Saya jelaskan semula. Perlu difahami apa yang ditentang mengenai artikel Tunang Tanpa Sedar itu adalah penyataannya yang mengatakan bahawa "kita boleh menjadi tunang orang tanpa sedar". Yang lain, mengenai lafaz, ianya adalah sah. Apa yang Ustaz Azhar Idrus katakan adalah benar. Cumanya, Ustaz Azhar sendiri tidak mengatakan kita boleh "tertunang tanpa sedar". Get it?
ReplyDeleteJika seseorang itu tidak mengetahui tentang sesuatu hukum, maka hukum tersebut tidak jatuh kepadanya. Contoh mudah, puasa. Jika orang itu tidak tahu atau tidak sedar bahawa hari itu adalah 1 Ramadhan dan dia makan, maka dia tidak berdosa, sebab lupa (tidak tahu, tidak sedar dsb). Maka, tiada istilah "tertunang" atau "menjadi tunang tanpa sedar".
Namun, apabila seseorang lelaki bersungguh-sungguh ingin melamar dan mengahwini seorang perempuan, dan kedua-dua pihak sedar dan tau hukumnya, maka ianya sah. Contoh yang anda kemukakan itu sah hukumnya menjadi tunang. Itulah khitbah.
Masalahnya, apabila kata-kata lamaran itu lahir daripada akal yang jahil, nafsu yang disyaitani, dan iman yang goyah, ianya diragui. Lebih-lebih lagi remaja zaman sekarang. Saya ambil contoh lagi, mengenai lafaz cerai (talak). Talak terjadi dengan hanya lafaz kepada isteri. Simple. Namun masyarakat kita ada yang jahil, ada yang tidak tahu dan ada yang terlepas kata tanpa sengaja. Oleh itu, mereka kenalah pergi ke mahkamah syariah untuk mengesahkan perkara tersebut supaya tidak timbul keraguan, kesilapan, dan kesalahan. The same goes to this topic. Kalau nak tahu lelaki itu memang bersungguh-sungguh untuk mengkhitbah seorang perempuan, sekadar lafaz sahaja tidak mencukupi (waqi' semasa). Maka, ikutlah adat, pergilah merisik, meminang supaya khitbah itu berjalan dengan jelas.
Islam itu memudahkan, tetapi jangan dipermudah-mudahkan!
maaf yer...sy nk tyer...kternyer kner sggh2 bru sah jd tng un...mcm mner lax kl0 y sggh2 ue cmer sblh pihk jew..sblh lg juz nak maen2 jew...cthnyer...cmer pihk permpuan y bt0l2...y laki ny sjew jew...p permpuan ue xtw p0wn y laki ue maen2...lpz ue ader laki laen y mas0k meming...n permpuan ue yakin y dy da b'tng jd xley nk terima...lpz ue laki tu tber2 ckp y nk put0s...adakah b'mksd mereka da put0s tng...hanya dgn kata2 spt mcm mner mereka b'tng..??
ReplyDeleteKena ada persetujuan kedua-dua pihak, kedua-duanya serius, baru sah (salah seorang tidak serius maka tidaklah). Sebab itu seboleh dan sebaiknya 'dirasmikan' pertunangan itu agar tidak timbul masalah seperti Anonymous katakan.
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteSyukran ats penerangan di atas..
Tajuk yang begitu mengelirukan..
thanx ats pnrgn yg begitu detail..
ReplyDeletemaaf sy nk tnya.baru2 nie sy ada ckap kat psgan klu btul2 nk kwin gan sy pergi msuk minang.n dia dan kwn dia pergi kg bg cincin pd mak.bila mak tya utk per cincin 2 n dia ckap tnya sy...
ReplyDeleteskrg sy nk tau adakah sy nie dah kira brtnang...
Adakah urusan peminangan itu jelas bagi kedua-dua pihak? Ada anda perjelaskan kepada mak anda? Jika ya, adakah mak anda bersetuju? Jika ya juga, maka anda telah bertunang secara syarak dan jika tidak maka tidak. Kedua-dua belah pihak perlu dalam keadaan sedar dan jelas. Wallahu'alam.
ReplyDeleteTakkan mungkin bertunang tanpa sedar... sepasang kekasih, jika ketika itu baik lelaki atau si wanita menyatakan hasratnya utk menjadi suami atau isteri & persetujuan dilakukan dgn ikhlas antara mereka.. itu pertunangan mengikut syarak.
ReplyDelete