Monday, July 13, 2009
"KENAPA KAU PUKUL DIA!!"
Petang itu, sepertimana petang-petang Ahad yang lain, saya ke Kampung Lokub, mengajar. Cuaca yang cukup baik, suasana yang cukup damai, dan anak-anak yang ramai datang pada petang itu seolah-olah menjanjikan petang yang aman, sungguh.
Seperti kebiasaannya, budak-budak itu semua dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil yang diajar oleh cikgu masing-masing. Saya sengaja tidak mahu mengambil sebahagian daripada budak-budak itu untuk diajar, al-maklumlah ada dua orang cikgu baru pada hari itu, Cikgu Erney dan kawannya Cikgu Afnie. Biar mereka berdua tahu susah senang hendak mengajar budak-budak kampung ini, terutamanya budak lelaki.
Saya hanya duduk di sudut dan memerhatikan mereka semua, belajar dan diajar.
Sambil di tangan saya memegang erat rotan yang panjang.
Dengan tidak semena, sedang saya duduk memerhatikan mereka semua, muncul sesusuk tubuh berdiri di hadapan beranda surau, seorang tua yang sememangnya dikenali oleh penduduk kampung tersebut, termasuk saya sendiri yang sudah lebih dua tahun mengajar di situ, ketua kampung.
Dengan wajah yang bengis seperti selalu, ketua kampung itu memandang saya.
"Apa yang kau buat tadi?" ketua kampung itu bertanya kepada saya.
Saya terpaku seketika, mencari-cari sebab apa dan kenapa dia bertanya sedemikian.
"Kenapa kau pukul dia!?" suaranya keras.
Oh, itu rupa-rupanya maksud dia.
"Sebab dia bising, tak mahu belajar!" saya menjawab.
"KENAPA KAU PUKUL DIA!!" suaranya semakin tinggi.Jelas, dia sedang memarahi saya.
"Dia bising! Dia tak dengar kata! Dia mengganggu orang lain belajar!" kali ini saya berdiri di hadapannya, dan hampir meninggikan suara.
"SIAPA KAU MAHU PUKUL DIA!? DIA BUKAN ANAK KAU!!"
Suasana menjadi sunyi tetapi tegang. Cikgu-cikgu dan budak-budak kesemuanya senyap memerhatikan kami.
"DIA BUKAN ANAK KAU, MANA BOLEH KAU PUKUL DIA! SENANG-SENANG SAJA KAU MAHU PUKUL ANAK ORANG! AKU TAK PANGGIL KAU PUN DATANG KE SINI! HUH, DATANG SINI PUKUL-PUKUL BUDAK! SAMPAI BERBEKAS PULA, AKU SENDIRI PUN TAK PERNAH PUKUL BUDAK!"
"SUDAH, PERGI BALIK! JANGAN DATANG SINI LAGI! TAK GUNA BETUL...MACAM SYAITAN!!"
Saya hanya mampu diam mengetap gigi, sambil memandang tepat ke dalam matanya. Lalu ketua kampung tersebut berlalu meninggalkan kami semua di situ diam terpaku.
Dan rotan panjang itu masih tergenggam kemas di tangan saya.
Segalanya kerana insiden yang berlaku kurang dari seminit pada awal waktu mengajar tadi. Salah seorang budak lelaki bising dan bermain-main malah mengganggu budak-budak yang lain sedang belajar, terlalu tidak boleh dikawal malah sudah disuruh duduk dan diam. Hanya dengan satu ayunan pukulan rotan yang ringkas singgah di belakang badannya, barulah dia turut mendengar kata. Pukulan rotan yang ringkas, tidak berbunyi, dan mustahil berbekas. Dan budak itu kemudiannya lari pulang meninggalkan kami di situ.
Adakah hanya kerana itu saya diherdik dan dimarahi? Malah dihalau?
"...Jom!" saya berkata perlahan kepada Azizul (cikgu) yang datang menaiki motor bersama saya, supaya pulang. Saya mengambil topi keledar di sebelah saya.
"Cikgu! Mau balik suda?" salah seorang daripada budak-budak itu bersuara, manakala yang lain kedengaran seperti berbisik-bisik.
Saya hanya mengangguk.
"Dengar! Lain kali, jangan buat cikgu marah, dengar kata cikgu. Cikgu pun tak mahu marah kamu. Kamu semua ni yang kadang-kadang degil dan nakal sangat, cikgu terpaksa pukul. Cikgu pukul pun...sebab cikgu...bukan marah...tapi..." kata-kata terakhir itu tersekat di hujung kerongkong saya, sebelum saya melangkah keluar dari surau itu. Ya, cikgu pukul bukan sebab benci atau marahkan kamu, tapi sebab cikgu sayang kamu semua, sayang sangat sangat.
"Cikgu!!"
Budak-budak itu semuanya berlari ke arah saya, berebut-rebut hendak bersalam dan mencium tangan saya. Saya hanya mampu menahan sebak, mata berkaca-kaca.
Saya tidak berasa sedih kerana dimarah, ditengking, dihina, dan dicerca, tetapi apa yang amat menyedihkan saya adalah saya dihalau, dihalau dari datang ke situ lagi sepenuhnya, ke Kampung Lokub, setelah lebih 2 tahun mengajar di situ.
"Cikgu! Kau datang lagi minggu depan?" budak-budak itu bertanya.
Saya hanya membalas dengan senyuman sambil menahan-nahan air mata mengalir keluar. Jawapan itu bukan pada cikgu, tapi pada kamu, kamu yang tentukan, anak didik cikgu.
Mereka semua melambai-lambai dari dalam sambil diperhati oleh cikgu-cikgu yang lain, dan saya pula melangkah pulang meninggalkan tempat itu, mungkin untuk selama-lamanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
© Q-riuz (2008 – 2013)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.
"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.
"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"
post ini bukan bertujuan untuk menagih simpati atau belas kasihan daripada pembaca semua, maaf dan saya tidak perlukan simpati pembaca semua, hanya menceritakan kisah hidup saya.
ReplyDeleteisk3..!sedihnya...
ReplyDeletetapi xapa dik, dunia ni masih luas, masih banyak tempat yang perlukanmu...
ReplyDeletesedihnyer bila orang salah anggap ngan kite....xper2..apa2 pun yang terjadi.."SENYUM lah Walaupun dirimu diSAKITI"...=)
ReplyDeletesalaam..
ReplyDeletekalau boleh jgn la tak datang lagi.mungkin org tua tu tgh marah sgt jugak jadi dia terlepas cakap.datang jela mcm biasa.kalau bolehla..
salam..
ReplyDeletesabarlah,fiq.. mgkn ini sbhgn dr ujian Allah utk menguji ketabahan enta dlm mendidik adik2 di sana kan.. ana blum b'peluang lg ke sna..insyaAllah,ada peluang ana mmg nak pegi sejak sem lalu lg~insyaAllah
apa2 pn, adik2 di sana perlukan enta.. truskn mengajar dorg sbb da 2 thn..mestilah dorg da syg jg pd enta sbgmana enta syg dorg. kongsi ilmu Allah itu dgn dorg~ :)
oklah bila enta cerita kisah ni.. at least org cam ana ni taulah bgmana kiranya keadaan sahabat2 yg berjuang dlm dakwah n skaligus jd suntikan utk ana sndr utk majukn diri dlm berdakwah d jln Allah.insyaAllah.
faham je..bukan untuk tagih simpati..
ReplyDeleteowh.. inikah critanya..
THe school of life akan mematangkan awak. Kematangan bagi daie akan membantu dia melalui hari yang mendatang dengan penuh cekal dan berstrategi..
so- alhamdulillah kerana diri diuji. and Alhamdulillah kerana kasih sayang anak murid tidak pernah pudar.
hmmmm..x patut kn dia mara..drpd dia biar budk2 kg dia kurg didikn agama,beh bek brkan ja korg mengajar,mn buleh dia msok cmpur...kakak aku cikgu d sabah.dia ckp,org sabah ni mmg ckup pntg klu anak dorg dtegur skit,smpikn guru besar kakak aku pon x brani berlawan wpun degil sgt2 studentY..da sorg anak murid kakak aku yg sgt biadap, ble dia ckp"huh,klu aku kwin sama cikgu,mesti cikgu dh mengandung" astaghfirullahalazim..ble dia kt gi2,walhal mc darjah 2..ketar aku dgr kakak aku crite..hmm..
ReplyDelete