Tuesday, November 16, 2010

Penampilan Sulung Jersi 'World Champion' Sepanyol


Jersi baru? Kebiasaannya bukan pada waktu hujung tahun atau awal tahun bagi kelab bola sepak Eropah, dan juga bukan untuk negara Eropah melainkan pada pra-pertandingan. Tetapi Sepanyol akan tampil dengan wajah baru pada perlawanan persahabatan dengan Portugal Rabu ini dengan kit 'World Champion' mereka.

Kit terbaru yang cantik ini direka oleh Adidas dan menampilkan lambang emas menunjukkan bahawa mereka adalah juara dunia setelah memenangi Piala Dunia 2010 selama empat tahun ke hadapan. Rekabentuk yang lebih dinamik, sebagai penghargaan untuk gaya bola sepak Sepanyol di padang dan juga jalur biru elektrik di sisi dipadani dengan seluar pendek biru.


Perkataan 'World Champion 2010' juga ada di ruang dalam kolar. Sebagai promosi, Adidas telah memulakan kempen yang dinamakan, 'A New Jersey, Born From Within'.

"Kami amat berbangga untuk memakai jersi baru ini" terang Xavi manakala Xabi Alonso pula percaya bahawa perlawanan persahabatan La Furia Roja menentang Portugal pada Rabu ini adalah peluang terbaik untuk menunjukkan jersi terbaru mereka. "Ia adalah sebuah perlawanan yang menarik, dan ia boleh menjadi penampilan pertama yang baik untuk jersi ini".


"Perlawanan ini akan menggamit memori silam mengenai perlawanan-perlawanan terdahulu. Moga-moga kita akan bertuah dan dapat memberi penampilan pertama jersi ini dengan baik. Ia adalah sebuah tanggungjawab (untuk memakai jersi Sepanyol). Saya berbangga untuk memakainya dan saya yakin kejayaan akan menyusul dengannya" terang pemain penyerang Sepanyol, David Villa.

Sementara membuat penampilan pertama untuk jersi tersebut pada perlawanan persahabatan di Lisbon nanti, ia juga dijadikan sebagai bahan promosi untuk bidaan Sepanyol dan Portugal untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"