Saturday, July 10, 2010

Jahil Tentang Islam


“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” (ali Imran :85)

Menurut as-Syahid Dr. Abdul Qadir Audah dalam kitabnya al-Islam wa Audhatuna as-Siyasiyah; “Semua orang Islam di dunia ini mengaku beragama Islam dan berbangga dengan nama tersebut tetapi dukacita sekali kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat Islam yang sebenarnya”.

Kejahilan umat Islam tentang Islam yang dianuti telah membawa kita jauh daripada hukum-hakam Islam, sehingga berlakunya keruntuhan Islam. Islam yang diturunkan oleh Allah telah sempurna tiada sebarang kecacatan. Tetapi musuh-musuh Islam telah menimbulkan keraguan di hati umat Islam, agar manusia tidak mahu beramal dan mengikut cara hidup Islam.

Namun dalam kesempurnaan Islam ini, masih ada lagi di kalangan kita yang mencari-cari sistem kehidupan lain untuk mengatur hidup kita. Malah suka dan minat mengikut cara hidup sistem yang lain, cara hidup bebas dan yang tidak mengongkong kehendak hati, sehingga sanggup mengabaikan tuntutan Islam seperti cara pergaulan, berpakaian dan corak kehidupan.

Oleh sebab itu, apa yang perlu kita lakukan ialah belajar dan mendalami ilmu-ilmu Islam daripada sumber yang sahih iaitu al-Quran dan as-Sunnah, merujuk kembali sirah-sirah Rasulullah SAW dan kehidupan para sahabat. Kemudian kita merujuk pula kepada ulama-ulama yang muktabar.

Kejahilan kita terhadap Islam selama ini, hanya membuatkan kita huru-hara dan tidak bahagia. Jika peraturan paling sempurna di dunia ini tidak dapat kita hayati, bagaimana mungkin kita hendak mencapai tujuan hidup iaitu beribadah kepada Allah? Selama ini kita tercari-cari kebahagiaan dan ketenangan yang belum sempurna adalah disebabkan kejahilan kita terhadap agama Islam yang kita cintai.

Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"