Andai ianya takdir, pasti saya telah berputus asa. Andai ianya rencana manusia, pasti saya sudah menghukum dan menghina si perencana. Andai ianya kifarah, pastinya saya redha. Andai ianya ketentuan untuk sesuatu yang lebih baik, pastinya saya akan lebih mengharap.
Tetapi rahsia Allah itu diluar jangkaan saya, kita.
Tahun 2010 mencatatkan diari kehidupan yang kosong, atau lebih tepat lagi, sia-sia. Bagaimana? Sepatutnya saya telah bergraduasi...kemudian mendapat kerjaya yang baik... dan jika tidak pun, sepatutnya saya telah menghabiskan satu semester tambahan pada hujung November...dan kemudian bekerja sementara menunggu graduasi...
Tetapi semua ini tidak berlaku, saya persalahkan diri sendiri untuk itu.
Kini saya meneruskan pengajian yang 'terlanjut' lagi untuk satu semester. Jika tidak bernasib baik, tidak mustahil akan 'terlanjut' lagi untuk satu semester (doa agar dijauhkan). Mohon dipermudahkan urusan saya.
Ah, tidak guna jatuh tersembam kemudian rasa bersalah. Bangun! Allah beri kita kaki untuk terus bangun dan berdiri!
"Ya Allah, elokkanlah agama kami kerana ia asas utama hidup kami, dan elokkanlah dunia kami kerana padanyalah tempat penghidupan kami. Elokkanlah akhirat kami yang mana padanya tempat kami kembali. Dan jadikanlah kehidupan ini untuk menambah setiap kebaikan yang ada di dunia. Dan jadikanlah kematian itu sebagai penamat untuk kami daripada sebarang kejahatan"
Amin ya rabbal al amin.
~semoga Allah permudahkan urusan...insyaAllah ada kebaikan di penghujungnya nanti~
ReplyDeleteInsyaallah~
ReplyDelete