Saturday, September 05, 2009

Sibuk Betul Ke?


Kita sering merungut sibuk, tak dapat hadir majlis ilmu, tak dapat hadir usrah, tak dapat hadir mesyuarat, dan sebagainya. Kadangkala kesibukan kita ini menjadikan diri kita tidak tentu arah, tertekan dan ada yang sampai sakit-sakit jadinya. Tetapi tahukah kita bahawa manusia yang paling sibuk adalah Rasulullah? Mari kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita berbanding Rasulullah s.a.w:

Rasulullah sibuk kerana:
- Memikirkan masalah umatnya
- Bermunajat kepada Allah setiap malam
- Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
- Berperang di jalan Allah
- Melayani isteri-isteri
- Menerima dan mengajar al-Quran yang disampaikan oleh Jibril selama 23 tahun serta menghafalnya
- Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi dan lain-lain
- Menziarah orang sakit (biar Muslim, Munafiq, mahu pun Yahudi)
- Memerintah dan menguruskan hal-hal rakyat
- Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)

Kita sibuk kerana:
- Belajar
- Tugasan assignment
- Projek
- Kerja sambilan
- Program
- Keluarga
- Rakan
- Main

Rasulullah sentiasa sibuk, begitu juga dengan para sahabat, ulama dan umara, namun adakah mereka mengeluh dengan kesibukan itu? Adakah mereka mengabaikan tanggungjawab mereka dengan Allah dan sesama manusia yang lain? Malah kita patut berasa malu kerana nabi sendiri tidak pernah meninggalkan solat malam dalam hidupnya, walau sesibuk mana pun baginda. Di mana kita jika hendak dibandingkan dengan baginda? Masih bermimpi untuk ke syurga Allah dengan hanya dugaan kesibukan sekecil ini?

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (al-Asr: 1-3)

Kita Sibuk Untuk Apa Sebenarnya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"