Sudah lebih seminggu pergolakan di Mesir. Semuanya huru-hara, internet diputuskan, kenderaan terbakar, banduan penjara terlepas, darurat diistytiharkan. Alhamdulillah, untuk hari ini, beberapa tempat di Mesir berjaya mendapat liputan internet, dan ada kawasan yang sudah agak tenang dan selamat.
Sedang kita asyik dengan liputan mengenai keadaan di Mesir saban hari, sungguh saya tidak faham dengan sesetengah pihak yang 'cuba' bersifat pacifist. Daripada marah kepada Perdana Menteri Mesir Hosni Mubarak yang diktator, mereka lebih lantang melafazkan kebencian mereka kepada rakyat yang merusuh, atau mungkin lebih tepat untuk saya katakan, rakyat yang bertegas menuntut hak mereka. Mengapa?

Jangan Pandang Sebelah Mata
Benar, kita menentang keganasan. Segala bentuk keganasan adalah tidak bermoral. Tetapi bagi rakyat yang majoritinya beragama Islam, merusuh dan memberontak bukanlah pilihan pertama mereka, tentu sekali. Sudah 30 tahun rejim Mubarak memerintah. Jika benar mereka mahu mengguling kerajaan Mubarak, mungkin peristiwa ini patut berlaku 10 tahun yang lalu, atau awal lagi. Tetapi ianya nyata tidak.
Mereka bangkit untuk mengembalikan hak mereka, kebebasan mereka, kehidupan mereka, setelah bertahun-tahun lamanya ditindas dan dizalimi. Ini adalah kemuncak kepada kesabaran mereka yang telah lama dipendam.
Mereka terpaksa.

Apabila Ada Cahaya Pasti Ada Bayang
Jenayah, kematian, kecederaan, rompakan, dan lain-lain kes yang terjadi semasa rusuhan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Masakan waktu semuanya huru-hara, pastinya ada syaitan yang mengambil kesempatan. Saya pasti itu bukanlah tujuan utama untuk mereka merusuh (untuk melakukan jenayah), tetapi ianya adalah angkara-angkara para munafiqin yang sentiasa hadir tika tidak diundang.
Jika anda mengatakan tidak pada pergolakan Mesir ini atas alasan keganasan dan ketinggian aras jenayah yang terjadi, sesungguhnya membiar dan merestui rejim Mubarak adalah lebih tinggi nilai keganasan dan jenayahnya. Jika anda mengatakan ya, maka berdoalah agar semuanya kembali reda, dan Hosni Mubarak turun dengan akur pada rakyatnya. Cukuplah dia dengan kuasanya, rakyat sudah bersuara. Amat tidak munasabah untuk dia kekal memegang jawatannya itu.
Insyaallah, 'pembersihan' ini mungkin akan melahirkan generasi kerajaan Mesir baru yang lebih tulus dan murni dalam memerintah. Mari kita doakan. Allahu akhbar!
bnagkit rakyat mesir..takbir! Allahuakbar!
ReplyDelete