Monday, February 01, 2010
Keputusan PRK UMS 2010
UMS Kota Kinabalu 28 Jan: Jam 8.00 pagi bermula tempoh pengundian bagi calon-calon umum, sekolah dan juga Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa E (JAKMAS E) di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Perjalanan proses pilihan raya kampus secara keseluruhannya berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit masalah kecil (seperti yang dimaklumkan mahasiswa) terhadap mahasiswa Sekolah Perubatan (SPU) tetapi masih dapat dibaiki dan diatasi dengan baik. Tahniah kepada pihak Unit Multimedia dan Teknologi (UMTP).
Aplikasi E-voting buat pertama kalinya di UMS masih perlu diperbaiki dan ditingkatkan untuk akan datang disebabkan oleh masalah-masalah kecil yang berlaku dan juga persoalan dari sudut ketelusan dan juga keadilan perlu untuk dipertimbangkan untuk kepentingan semua.
Tepat jam 5.00 petang pusat pengundian ditutup dan tempoh pengauditan kiraan melalui sistem disemak petugas pilihan raya sebelum diumumkan.
Sebelum diumumkan undian calon sedikit ucapan daripada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) Prof. Madya Dr. Hj. Kasim Hj. Md. Mansur menyampaikan amanat dan nasihat kepada calon. Dua perkara utama yang disebut adalah mahasiswa semakin matang dan fikirkan berkenaan amanah dan pertanggungjawaban daripada mahasiswa.
Jam 5.50 petang keputusan pilihan raya kampus di umumkan dan berikut keputusan yang diperoleh bagi calon umum:
Khairul Anwar – 5059
Nuqman – 5698
Syatirah – 4974
Faezan – 5733
Haleem – 4920
Syafiq – 5110
Jumaliah – 5504
Rabiatul – 5510
Turut diumumkan adalah 6 sekolah yang bertanding iaitu Sekolah Pengajian Ekonomi (SPE), Sekolah Sains Sosial (SSS), Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial (SPPS), Sekolah Pengajian Seni (SPS), Sekolah Perubatan (SPU) dan Sekolah Perhutanan dan Tropika Antarabangsa (SPTA).
Sebaliknya berlaku di Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) dengan penguasaan sepenuhnya pihak Pro-Mahasiswa (Pro-M) dengan 2 kerusi umum dan 2 kerusi sekolah. 2 kerusi lagi diraih oleh calon bebas.
Hanya satu JAKMAS yang bertanding dan iaitu JAKMAS E dengan sembilan calon yang dipilih dengan undian tertinggi adalah Iylia dengan 1795 undian.
Dengan jumlah keluar mengundi sebanyak 6,643 orang daripada jumlah yang layak mengundi 10,423 dan daripada jumlah yang keluar mengundi sebanyak 570 undian adalah undi rosak. Hasil daripada maklumat tersebut saya berpandangan mahsiswa UMS masih lagi belum meletakkan satu kepentingan yang besar kepada kepimpinan mahasiswa yang dilihat perlu untuk mencorak kepimpinan negara kelak.
Buat calon yang menang selamat bertugas dan berkhidmat untuk mahasiswa. Jadikan ruang ini untuk perubahan yang lebih baik diri dan mahasiswa akan datang. Jaga iman dan jaga amanah.
*artikel diambil daripada blog nur_mahasiswa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
© Q-riuz (2008 – 2013)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.
"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.
"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam....
ReplyDeletedah leh agak ramai yang takkan mengundi...wpun sume bukan tak sedar yg itu adalah kewajipan..
rata2 org yang tak mengundi kata...dan...selaku org yang tak mengundi gak...aku mengaku tak ngundi
semua calon sama je...tak nampak distinct differences between them...
sama...
SAME...
tak nampak sgt pbezaan antara semua calon..
so tak tahu nak mengundi sapa...
tak macam plhanraya pggal lepas yg mmg sengit, jakmas n umum..masa tu baru pening nak undi sapa...kena belek manifesto,check latarbelakang baru leh pilih..sebab inilah yang paling penting,orang2 ni la yang mencorak gaya kpimpinan mpp akan datang
........
sbb 2 kami tak mngundi wpun dapat kupon mkn free...
Amboi, sampai 2 kali delete komen sendiri ye syahadatul haq, anyway saya memang dah baca dua-dua komen tersebut, em.
ReplyDeleteApa-apa pun, walaupun kamu tidak mengundi, mahasiswa yang lain telah memilih barisan kepimpinan yang ini untuk memimpin mereka, so, we hope that they do their best for us, not for them.
Sejujurnya, ya saya sendiri dapati mereka tidaklah sehebat barisan kepimpinan yang lepas, tapi insyaallah, sentiasalah bersangka baik dan menolong barisan kepimpinan yang baru ini untuk lebih maju bersama dengan mahasiswa.