Saturday, February 13, 2010
Kita Bertarung Untuk Melindungi Yang Kita Cintai
"Kamu berlawan kerana kamu menganggapnya sebagai suatu beban. Seseorang tidak akan menjadi kuat hanya dengan begitu"
Kata-kata itu terngiang-ngiang di dalam fikiran Kenzaki, tatkala dia kebuntuan dan kepenatan melawan Undead yang lebih hebat daripadanya itu. Sedang itu seorang budak kecil sedang menggigil ketakutan di sebalik satu sudut, cuba untuk bersembunyi dan menyelamatkan diri agar tidak terkena peluru sesat daripada pertarungan mereka.
"Bagaimana aku perlu menjadi kuat?"
Kenzaki berikhtiar untuk mencari sumber kekuatan bagi mengalahkan Undead, namun masih tidak berjaya. Pelbagai jurus dan taktik telah digunakan, tetapi Undead itu tetap menjangkau kekuatannya. Undead mendesak dengan melakukan pelbagai serangan, mengakibatkan Kenzaki terlantar jauh ke belakang. Pada waktu itu barulah Kenzaki sedar bahawa budak itu berada di situ.
"Lari! Cepat!" Kenzaki menggesa.
Terlambat. Undead melepaskan beberapa das tembakan ke arah budak itu. Nasib baik, Kenzaki cepat bertindak, dipeluknya budak itu agar tidak terkena tembakan. Tidak apa dirinya kesakitan, asalkan budak itu selamat. Kemudian, sesudah habis tembakan itu, Kenzaki membawa budak tersebut melarikan diri jauh sedikit, dan ketika itu barulah Kenzaki sedar, untuk apa dia lakukan semua ini sebenarnya.
"Saya tahu! Saya tahu apa sebenarnya yang memacu tenaga saya untuk menjadi lebih kuat. Ia bukan kerana tugas atau beban...tetapi ia kerana saya sayangkan manusia dan saya mahu melindungi mereka! Ya, saya bertarung kerana cintakan mereka semua!"
Swoooshh.....tiba-tiba persekitaran Kenzaki bercahaya. Undead terkaku seketika. Kenzaki telah berubah daripada Kamen Rider Blade kepada Fusion Jack Form! Dengan mudah Undead itu tumpas di tangan Kenzaki.
Kerana Cinta Kita Kuat
Tidak dinafikan, hanya mereka yang buta cinta atau tidak pernah berasa cinta yang akan menidakkan kenyataan ini. Kita menjadi kuat kerana cinta. Kita menjadi kuat untuk melakukan sesuatu demi yang kita cintai. Disebalik cerita di atas tadi, tidakkah kita nampak satu signifikan dengan apa yang saya maksudkan ini dengan Islam?
Kalau benar kita cintakan Allah, mengapa asyik mengeluh dengan tugas dan amanah yang diberi (atau lebih tepat, yang dipilih sendiri)?
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat seksa dari kejahatan yang dikerjakannya...." (al-Baqarah: 286)
Kalau benar kita cintakan sesama saudara, mengapa kita tidak melindungi mereka ketika mereka susah?
"Seorang muslim itu adalah saudara muslim lainnya, dia tidak boleh menzaliminya dan menghinakannya. Barang siapa yang membantu keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barang siapa yang melapangkan satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat nanti. Dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat" (Sahih Muslim)
Memang ramai yang jatuh tersungkur tatkala kebuntuan dan kepenatan semasa berdakwah (seperti permulaan cerita tadi), tetapi kita perlu sedar, berdakwah bukanlah kerja separuh masa, juga bukan kerja untuk mereka yang pakar dan alim sahaja, tetapi ia adalah tanggungjawab semua kita yang mengaku dan melafazkan kalimah syadah. Kita semua adalah da'ie yang menjadi panji penegak agama terindah ini. Sabar, istiqamah, dan yakinlah kepada Allah, insyaallah Dia yang Maha Berkuasa akan memberi kita kekuatan, petunjuk dan ilham untuk meneruskan tanggungjawab kita ini.
Selain itu, kita perlu menukar mentaliti kita, kita lakukan semua ini kerana cinta. Ya, cintakan Allah, cintakan Rasulullah, cintakan keluarga, cintakan saudara, cintakan semua manusia dan haiwan dan juga tumbuhan, cintakan alam sekitar. Pendek kata, kalau benar kita cinta, tidak mungkin kita kalah!
Bertarung Untuk Melindungi
Hukum alam menetapkan, yang kuatlah yang akan hidup (survival of the fittest). Ianya juga benar dalam semua keadaan. Tidak mungkin Kenzaki akan menang dan berjaya melindungi manusia jika Undead itu lebih kuat, tidak mungkin Arsenal akan menang jika Liverpool yang menjaringkan gol, dan tidak mungkin Islam akan tertegak jika para muslim kesemuanya tidak berilmu, malas dan bermasalah tatkala golongan kafir menerajui dunia ini!
Kalau benar kita cintakan Allah, ayuh kita bangkit daripada mimpi indah yang membutakan. Kalau benar kita cintakan saudara kita, ayuh kita terus bergerak dengan dakwah ini. Kalau benar kita bencikan musuh-musuh Islam, ayuh kita kalahkan mereka. Kalau benar kita mahu melindungi, ayuh kita lakukan sekarang!
"Sebaik-baik manusia diantaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (HR. Bukhari dan Muslim)
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman" (ali-Imran: 139)
Kalau benar kita cintakan Islam, berjuanglah untuk menjaganya dengan baik.
Article By: Riuz
Main author of the blog. Proud Muslim, full time writer, part time businessman, hardcore gamer, socially awkward guy.
If you like this post you can follow Afiq Farhan on Twitter, Facebook and Instagram
Posted by
Riuz
Labels:
Islam,
Motivation,
Others
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
© Q-riuz (2008 – 2013)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.
"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.
"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"
quite a nice artikel, tema kamen rider ek...ayat "kalau benar kita kita cinta, tak mungkin kita kalah" tu ada benarnya...
ReplyDeletetwo-thumbs up!
ReplyDeletepergh...kamen rider blade la pula!
ReplyDeletepandai kau cari modal buat entry baru...
salaam~
ReplyDeleteayuh!
=)
~nice artikel..analogi yg menarik~
ReplyDeletemcm kena pd diri..
cinta menjadikan manusia itu kuat..
ibarat cinta Abu Bakar pd rasulNYA saw...
sanggup bergadai nyawa...