Thursday, February 04, 2010

Wajah Baru Blog Q-riuz


Alhamdulillah, setelah beberapa hari berhempas-pulas mencari, akhirnya hati saya terpaut akan template yang satu ini. Template yang dinamakan Firebug ini menjadi pilihan saya setelah ratusan template yang lain tidak memenuhi piawaian yang saya kehendaki. Pasti ada dikalangan pembaca yang berasa template Zixpk dahulu adalah lebih cantik dan menawan. Ya, saya sendiri akui bahawa template yang lepas adalah sangat cantik, dan yang lebih penting, sangat jarang dijumpai dan digunakan di mana-mana blog.

Tetapi template yang lepas terdapat banyak kelemahan yang akhirnya membuatkan saya menukarnya.


Template Zixpk yang lepas mempunyai kelemahan antaranya:
- garisan pemisah di setiap link yang dibuat di sidebar membuatkan ianya nampak terlalu padat
- tidak compatible dengan fungsi Blogger yang baru dibuat oleh Google
- fungsi 'read more' manual (perlu letak kod html sendiri)
- tidak boleh komen secara terus di akhir post (perlu buka tab baru untuk komen)
- tidak boleh buat cloud tag labels di sidebar
- terlalu banyak modifikasi menyebabkan template itu sudah bercelaru kod htmlnya
- banyak widget baru tidak dapat berfungsi
- archive tidak boleh diubahsuai (hanya dapat memaparkan bilangan post setiap bulan)

Template Firebug yang baru kini dilengkapi dengan beberapa benda baru antaranya:
- fungsi ruang komen baru oleh Disqus
- fungsi label Twitter 'Follow me'
- fungsi SocialFeed seperti Digg, Feed, Del.icio.us, Reddit dan sebagainya
- navigasi muka blog melalui nombor (tiada lagi 'older post' dan 'newer post')
- fungsi Blogger baru boleh digunakan seperti Page Break dan lain-lain
- fungsi 'Recommended Post' beserta thumbnails oleh Linkwithin

Dan beberapa lagi pembaharuan yang mungkin pembaca dapat perhati. Pada mulanya ianya amat sukar untuk saya memutuskannya (menukar template blog) kerana sudah lebih dari satu tahun saya menggunakan template blog dahulu dan saya amat sukai warna temanya hitam dan biru muda, tampak bergaya. Tetapi setelah berfikir untuk jangka masa panjang, maka saya memutuskan inilah wajah blog Q-riuz yang terbaru. Dengan berwarna kelabu kehitaman, biru tua dan hijau tua (harap pembaca suka, walaupun saya sendiri memerlukan masa untuk menerimanya), insyaallah penulisan dalam blog ini akan lebih matang.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua pembaca dan followers yang tetap mengikuti perkembangan blog ini, dan tentunya sekali terima kasih sepanjang hayat kepada Tuhan Sekalian Alam, kerana tanpa-Nya, blog ini tidak mungkin sejaya ini sekarang. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"