Mengapakah anda mesti baca buku ini?
Menyumbang ke arah penyelesaian dilema Melayu-Islam yang seolah-olah terpaksa memilih sama ada memperjuangkan agama atau bangsa sedangkan Islam dan Melayu mampu dimartabatkan secara bersepadu.
Memberi pandangan “di luar kotak” untuk membangunkan ummah dengan mensejajarkan pelaksanaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah, peranan hamba dan khalifah, kesepaduan ilmu Naqli dan Aqli, berlandaskan kesucian zikir (kebersihan hati) dan kekuatan fikir (ketinggian teknologi).
Menjelaskan pelaksanaan “berpolitik sebagai satu ibadah” untuk memberi kekuatan baru kepada pemimpin Melayu ke arah pembentukan generasi yang lebih berintegriti dan kompetensi sebagai peneraju kepimpinan masa kini.
Menangkis obsesi diri dan kumpulan menerusi pendekatan perjuangan yang lebih dinamik, pragmatik, praktikal dan toleran berasaskan ketulusan memanfaatkan persamaan dan ketelusan menguruskan perbezaan.
Mengajak bangsa Melayu-Islam berfikir...jika benar sekalipun pintu untuk mewujudkan satu “perkongsian pintar” sudah tertutup, apakah pintu untuk mewujudkan satu bentuk “persaingan sihat” juga turut tertutup?
Kembalilah menyorot sejarah. Belajarlah daripada Rasulullah bagaimana baginda membina satu bangsa bermaruah sedangkan awalnya terkenal barbar dan jahiliah.
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd.
Harga: sem Msia RM30.00 sbh srwk RM32.00
Mukasurat: 350
- Analisis perkembangan politik kontemporari daripada kaca mata BEBAS
salam...sinopsis yg menarik...sesuai untuk org yg minat dlm politik ni...da bce ke?
ReplyDeletewasalam...bukan saja sesuai untuk orang yang minat politik, tetapi sesuai juga untuk mereka yang risau memikirkan masalah rakyat Malaysia yang bermasalah tidak ke sudah
ReplyDeletesinopsis menarik mohon share
ReplyDelete