Saturday, March 27, 2010

Menghormati Kedudukan Seseorang


Daripada Ubadah bin Samit RA, Nabi SAW bersabda : “Bukanlah daripada kalangan ummatku orang yang tidak menghormati golongan yang lebih tua, tidak mengasihani golongan yang lebih muda dan tidak mengetahui haknya terhadap golongan yang berilmu.” (Riwayat Ahmad dan Tabrani)

Di dalam Hadis ini Nabi SAW mengajarkan kepada kita supaya menghormati orang tua, menyayangi kanak-kanak, serta memberi hak kepada orang yang mempunyai ilmu. Nabi SAW adalah seorang yang sangat elok akhlaknya terhadap mereka yang lebih usia daripada Baginda, sekalipun Baginda adalah seorang Rasul, namun tidak menjadi halangan ataupun batasan untuk Baginda merendahkan diri terhadap orang yang lebih tua, kanak-kanak dan orang berilmu.

Nabi SAW juga dikenali sebagai seorang yang sangat mengasihi kanak-kanak, faqir miskin, malah Baginda tidak malu duduk bersama mereka. Baginda juga akan melayan kanak-kanak dengan penuh kasih sayang. Sehinggakan di dalam satu riwayat pernah diceritakan, bahawa satu ketika ada wanita gila yang mengajak Baginda bersembang di tepi jalan, Baginda tidak menolak ajakan wanita itu, malah bersikap sopan terhadap wanita itu. Dan Baginda juga pernah duduk makan sedulang dengan faqir miskin (yang diceritakan keadaan diri faqir itu sangat tidak terurus ), Baginda makan bersama dengan penuh mesra. Bagaimana pula jika kita?

Apatah lagi jika bersama dengan orang yang berilmu, hendaklah diberikan haknya sebagai seorang yang memiliki ilmu.
Oleh kerana itu, kita hendaklah meletakkan rasa hormat dan kasih kepada semua, tanpa memilih pangkat, paras rupa, keturunan dan sebagainya. Jagalah adab-adab sebagai seorang hamba, makhluk, kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Sama-samalah kita contohi akhlak Baginda SAW. Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Salam,

    kita dapat merasakan betapa hangatnya kasih sayang Baginda dan kita memang memerlukan dari kalangan umatnya yg boleh menyantuni orang tua, anak-anak kecil dan orang susah.

    Selain meletakkan seseorang pada tempatnya, Baginda juga tidak rasa rendah diri malah berasa mulia bila berdepan dgn pembesar-pembesar qiraisy walau ditekan segenap penjuru.

    Hari ini dalam situasi kita, banyak perkara yg melibatkan komunikasi dgn org besar yg punya pangkat dan gelaran.Mengambil contoh dari Baginda, apakah hari ini kita benar-benar meletakkan penghormatan itu di tempatnya?

    Akhirnya kita akan kembali kpd perkara pokok dalam kehidupan iaitu tauhid. kita tidak akan dapat menghindarkan diri daripada akur dgn desakan-desakan dan tekanan jika kita tdk secara tepat melihat gambaran keseluruhan tauhid itu.

    "kalau anda tdk dapat melihat keseluruhan sebuah gambar, anda tdk akan melihat realiti gambar tersebut"

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"