Monday, March 23, 2009

Kisah Cinta Dalam al-Quran


Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang “terbungkus” kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat “malu-malu”, berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi “taboo” dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya “ahli” hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana.

Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian. Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini. Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan. Ia dihidangkan “live”!
Jika mampu kami gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah swt. Ini jelas diisyaratkan oleh al-Quran sendiri seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu.” (Surah al-Imran, ayat 31).

Jalinan rindu yang berselirat dan berpintal-pintal itu pula langsung melahirkan keasyikan yang berbayang-bayang dan bermundar-mandir siang ke malam atau dalam sebutan ekstrimnya boleh diistilahkan sebagai “kegilaan”. Jika kami diizinkan meminjam kata-kata Francois Duc de La Rochefoucauld dalam konteks ini, ia berbunyi, “true love is like ghosts, which everybody talks about but few have seen.”

Penulis : Misbah Em Majidy
Penerbit : Anbakri Publika Sdn. Bhd.
Harga : sem. Msia RM23.00, sbh srwk RM26.00
*VCD percuma TG Nik Aziz berbicara tentang cinta!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Qrius da berpunya? nk bcnta ngn Qriuz leh?
    ^_^)

    ReplyDelete
  2. ala kerul....
    ada hati nak gosip aku
    kekekeke
    ~_~

    ReplyDelete
  3. krol hang ni betui la~

    xsangka la camni jadinya kwn aku sorang nih ~haiishhhh~

    ko nak aku rekemankan mane2 pompn ke krol?^^, ehehheee ~

    krol betul dh kne jangkit penyakit "gosip" dr skola dulu~

    hurmmm komen ttg bku nih~igtkan cinta ape la td~tapi cm menarik~ade soft copy bku ni x? >,<

    ReplyDelete
  4. setakat ni xde softcopy lagi
    cetakan pertama November 2008
    dah kuar cetakan kedua tahun ni
    beli la
    ~_~

    ReplyDelete
  5. ape plak gosip2 ni...
    lun bik la x da gosip2
    qriuz... pnjm bku tu

    ReplyDelete
  6. alaaa orang xde kat msia cmne nak bli >,<
    ehh krol,,dh pnjm kang ftostat la nak bace gak~heheee~
    btw,,buku ni bape sbijik?:)

    ReplyDelete
  7. bisingnyer korang berdua
    datang sini kalo nak pinjam
    RM23.00
    ~_~

    ReplyDelete
  8. xbising xmeriah kn kn^^
    ok tq gi tau hrge~tapi buku kat cni pon xkhatam2 lg~huuuu~

    ReplyDelete

© Q-riuz (2008 – 2013)

Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.

"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"