“What is ecology?” kelas pertama Ekologi yang diajar oleh Encik Robert dimulakan dengan satu soalan mudah, ya, mudah, dan berbisa!
“Anybody?” Encik Robert bertanya lagi.
Tiada respon.
“So how about you there? The one at the back.” Encik Robert menunding jarinya jauh ke penjuru belakang bilik tutor, tepat kepada Carlester. Saya menarik nafas lega kerana bukan saya yang dituju.
“Er...em...relation...between organisms and their environment...” agak terhenti-henti Carlester menjawab, tidak yakin.
“Yeah, correct. But not good enough. Anybody else?”
Argh, saya cuba memerah otak mengingat kembali apa definisi kepada ekologi. Interaksi, populasi, organisma, persekitaran, hubungan...apa lagi perkataan yang sesuai...? Idea sudah ditangkap tetapi tidak dapat saya keluarkan.
“Relationship between living thing and the environment!” tiba-tiba Thomas bersuara, yakin.
“Living thing or living things?” Encik Robert hendak memastikan apa yang didengarinya.
“Er...”
“The environment or its environment?”
“Er...”
“Where is the word ‘study’? Doesn’t logy from the word ecology means study?”
Tidak sempat Thomas menjawab satu demi satu soalan, Encik Robert terus bersyarah panjang.
“I see that, you guys actually understand the word ecology, it is not the first time you hear the word right? But the problem is, you cannot explain it in a proper manner. Am I correct?”
Saya mengangguk-angguk setuju.
“Okay, let’s put it aside. I’m giving you something else. My question, how to get an A in your assignment, report, thesis or what so ever?” Encik Robert bertanya lagi. Kali ini jarinya menunding ke arah Kak Lai.
“The point, the content.” Kak Lai menjawab.
“Em...if you’re saying the content, or you’re saying giving the right answer you can get A, nope. You will just get C for that.”
Kami memandang sesama sendiri. Apa pula teka-teki Encik Robert kali ini? Dan kali ini kami tetap diam. Diam kerana tidak tahu jawapan.
Beberapa saat sudah berlalu, namun kami semua masih tidak bersuara, hatta sepatah pun. Buntu memikirkan apa yang lebih bernilai daripada sebuah isi dalam assignment.
Tidak mahu membuang masa dengan lebih banyak, akhirnya Encik Robert menjawab sendiri persoalan yang dia timbulkan.
“The format! If your content in the assignment is very good, you still can’t afford to get higher than C if your format is wrong. The title must be correct, the objectives must be correct, the introduction and all of it. What is more important than the content? The way of expressing the content!”
“But...still, you only can get B for that. There is another thing to achieve before you can actually get A. Any idea? Nope?” Encik Robert menambah.
“Grade A is the highest level, and to achieve that level, you must put something that is not just good in content, correct in format, but in another way, to make it interesting!”
Hah! Perkataan ‘interesting’ itu telah membantu saya untuk menjawab persoalan Encik Robert itu. Saya tahu jawapannya, sekurang-kurangnya pada masa itu saya terfikir kebenarannya. Ya, mungkin ini jawapan yang Encik Robert kehendaki. Tetapi saya hanya tetap mendiamkan diri. Hanya yakin yang memisahkan saya untuk bersuara atau tidak.
Setelah bosan dan sedikit mengeluh dengan reaksi kami yang diam membatu, Encik Robert menjawab sendiri lagi. Rata-rata memang tidak dapat menangkap apa yang Encik Robert mahu sampaikan.
“It’s...the language!”
“Ooooohhhh.....” kali ini baru semua bersuara. Berbincang sesama sendiri. Masing-masing berfikir akan kebenaran kata-kata Encik Robert sebentar tadi.
“With a good content, correct format, precise and interesting words in your works, A is just simple to achieve. You all never realized about it, right? So now you have it. The power of language!”
Satu jam kelas Ekologi habis dengan hanya belajar tentang perkataan Ecology. Ya, bahasa itu mencantikkan. Bukan bahasa Inggeris, tetapi bahasa kesemuanya. Mengapa benda yang indah dan kuat ini kita tidak pernah endahkan?
p/s: Ecology is the study of the relationships of living things to one another and to their surroundings
Bahasa Maruah Bangsa
Setiap bangsa mempunyai identiti mereka yang tersendiri, yang membezakan antara satu bangsa dan satu bangsa yang lain. Kita dapat melihat variasi bangsa itu melalui budaya mereka, adat, amalan, cara hidup, dan bahasa mereka. Boleh dikatakan hampir keseluruhan bangsa yang ada di dunia ini mempunyai bahasa mereka yang tersendiri. Bangsa Melayu dengan bahasa Melayu, bangsa Cina dengan bahasa Cina, bangsa India dengan bahasa Tamil, dan pelbagai lagi. Sesuatu bangsa itu diklasifikasikan apabila kita dapat melihat satu susur alur keturunan yang mengamalkan kehidupan (adat, makan, bahasa) yang sama melalui pendedahan yang tidak formal. Kesannya, ia menjadi ciri bagi sesuatu bangsa, lebih lagi, ianya adalah maruah dan kebanggaan bagi bangsa tersebut.
Penulisan ini bukanlah provokasi sentimen antara bangsa, tetapi adalah untuk menyedarkan bahawa bahasa itu adalah suatu aset yang sangat bernilai yang telah diterap dalam diri setiap masyarakat dan tidak harus sama sekali kita menghilangkan warisan yang telah beribu-ribu tahun diamalkan.
Penggunaan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)
Tujuan PPSMI ialah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Betul, ianya tidak dapat dinafikan. Tetapi berkesankah? Demi bahasa asing, bahasa tempatan dikorbankan? Meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi? Cara ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat. Tidak pernah dibuktikan di mana-mana di dunia, mengajar sains dan matematik boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Pelaksanaan PPSMI di negara bekas jajahan British di Afrika dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Perancis di negara bekas jajahan Perancis di Afrika tidak pun memajukan negara tersebut, malah tinggal mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan. Hanya Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand yang wajar melaksanakan PPSMI.
Kemungkinan besar tindakan ini untuk menutup kegagalan Kementerian dalam usaha mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar bahasa Inggeris. Tegasnya Kementerian mestilah mencari kaedah mengajar bahasa Inggeris yang sesuai dan berkesan. Mengapa tidak waktu pembelajaran bahasa Inggeris menggunakan silibus yang lebih berkualiti dan praktikal dan bukan dengan hanya guru-guru mengajar sambil membaca buku?
Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi. Sejarah akan mendera kita lagi.
Kembalikanlah kewibawaan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara ini sebagai penghantar sains, matematik dan teknologi di sekolah rendah, sekolah menengah dan di IPT. Jika pertukaran dilakukan di peringkat sekolah rendah sahaja, dan/atau sehingga di sekolah menengah sahaja, akan hanya merupakan tindakan “melepas batuk di tangga”. Bahasa Melayu tetap hancur di negaranya sendiri. Kesan negatif akibat PPSMI telah melarat-larat dengan keghairahan pemimpin besar dan kecil sehingga menghina dan memperkecil bahasa rasmi/bahasa kebangsaan dalam semua aspek kehidupan di negara ini sebagai bahasa rasmi, ilmu dan perhubungan di negara ini sehingga DBP pun seolah-olah sudah “mati” dan tidak berwibawa lagi.
Malaysia bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura. Malaysia adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003.
Manusia tidak pernah berasa bersyukur dengan apa yang mereka miliki. Hanya apabila benda yang mereka miliki itu sudah tiada, barulah berasa kesal, menyesal kerana tidak menghargainya semasa ia masih ada. Adakah bahasa juga hendak dijadikan begitu? 30-40 tahun mendatang, ketika bahasa Melayu sudah tidak lagi digunakan dalam kehidupan masyarakat, baru hendak menyesal?
Takkan Melayu Hilang Di Dunia!
Qriuz...can i copy one of ur post..but i don want to put ur link..can I? plz plz plz
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletei guess it is ok with english in math and science...
ia bukan isu membelakangkan bhasa melayu di bumi sendiri...it is a matter of preparing the student for their further study...
lets take an example, kita yang belajar sains ni kan, baca buku rujukan yang semuanya dalam english rasa lebih mudah...bukan sebab lupa bahasa sendiri..tapi sebab istilah2 yang digunakan we are familiar with sebab dah selalu disebut dalam kelas....
bukan nk kata buku BM tak bagus, tapi amatlah amat susah untuk dapat buku rujukan sains yang mantap...again, bukan sebab membelakangkan BM atau lupa bangsa dan bahasa sendiri...
mmg susah nak start sesuatu yang baru, apatah lagi dengan lidah melayu ni, tapi kita terpaksa...we have to...sebenarnya adik2 ni beruntung belajar dalam bi...vocabulary bertambah, grammar pun makin mantap, sebab dah terdedah dgn english materials awal2 lagi...so dorang tak perlulah buka2 kamus sebab tak paham bila bace buku cam buku2 sains kn...time consuming tu, n orang melayu ni selalunya malas nak buku kamus...(berdasarkan pengalaman sendiri ni..sy dah jumpa sendiri org gini..)
n negara kita bukan cam cina, jepun, n korea yang terdiri dari 1 bangsa jer...dorang leh membangun dengan bahasa sendiri sebab dorang memang guna 1 bahasa tu je...
orang cina n india leh berbahasa inggeris fluently sebab dorang dah terdedah dgn english sejak kecik..tapi dorang tak lupa pun pada bahasa sendiri...
again, ia bukan isu membelakangkan bahasa sendiri, tapi kita kene mempersiapkan diri dengan keperluan bagus dalam bahasa inggeris untuk bersaing ngan bangsa asing.tapi jangan sampai lupa bahasa sendiri....
opps, membebel lak....maaf..bukan apa, saya cuma harap orang ramai esp melayu ambil kira isu selain membelakangkan bahasa sendiri tu.just think outside the box. sebab actually PPSMI bagus walaupu ia agak membebankan.bersusah2 dahuli, bersenang2 kemudian....semoga orang melayu dapat bersaing ngan bangsa asing.