Daripada Anas RA, Nabi SAW bersabda: “Seandainya anak Adam mempunyai dua lembah harta tentu dia masih menginginkan yang ketiga. Padahal yang memenuhi perut anak Adam hanyalah tanah-tanah (kuburnya) dan Allah tetap menerima taubat orang yang ingin bertaubat” (HR Bukhari dan Muslim)
Hadis di atas menceritakan tentang keinginan nafsu amarah yang tidak pernah puas dan kenyang dengan apa yang ada. Nafsu merupakan pemusnah / pemisah utama antara hamba dan pencipta. Seorang mukmin akan hilang keimanan, ketaatan, kenikmatan ibadah, dan kebaikan adalah kerana menuruti kehendak nafsu. Apa yang diingini semua dipenuhi, makan sesuka hati, membeli selagi mampu, melihat semua tanpa berfikir, bercakap sekehendak hati malah melanggar perintah dan larangan Allah tanpa rasa takut dan gerun, kesemuanya diredah tanpa ditahan.
Kita merasakan kecenderungan diri kepada syahwat seringkali melampaui batas, sehingga akal, hati dan fikiran tidak lagi lurus. Saat itulah manusia tidak lagi sudi mendengarkan nasihat. Dan merasa apa yang sedang diingini adalah benar dan mesti ditunaikan. Nauzubillah.
Mampu mengendalikan hawa nafsu (kecenderungan kepada dunia, harta, perkara-perkara yang tidak baik dan maksiat) memiliki kenikmatan yang tiada terkira. Kenikmatan itu akan semakin terasa ketika nafsu semakin kuat dan keras lalu ditekan dan tidak dituruti. Orang yang dapat mengatasi kehendak nafsu maka dia akan memperolehi kemuliaan dan disebut sebagai pemenang. Sebaliknya, seseorang yang dikalahkan hawa nafsunya menjadi seorang pecundang yang hina.
Justeru itulah, apa yang telah dinyatakan oleh Nabi SAW ini, bukanlah sesuatu yang pelik, malah sememangnya inilah yang berlaku pada manusia hari ini, bagi mereka yang dibukakan mata hati, melihat kegelojohan nafsu yang tidak pernah puas adalah sesuatu yang mengerikan, namun bagi mereka yang buta mata hatinya, merasa bangga dan semakin galak mengumpul kehendak nafsu, nauzubillah.
Saudara saudari yang dikasihi Allah, marilah sama-sama kita memohon doa agar diberikan kekuatan untuk melawan kehendak nafsu dan dunia yang sangat jahat. Dan mohon agar dikurniakan nafsu yang tenang hingga kembali kepadaNYA. Wallahu'alam.