Apakah yang paling merbahaya dalam sukan bola sepak? Adakah bola yang disepak-sepak itu? Atau pijakan, hentakan, geseran dan tolakan pihak lawan? Atau keadaan padang yang berlubang, licin dan tidak rata? Semua itu, walaupun ada bahayanya, namun tidak dapat menandingi dahsyatnya bahaya yang satu ini, penyokong fanatik yang emosi, atau dalam istilah yang lebih popular, hooligans.
Hooliganisme Bola Sepak
Hooliganisme bola sepak adalah perilaku merosak dan memudaratkan seperti perkelahian, permusnahan, dan intimidasi yang dilakukan oleh para peminat yang menyaksikan perlawanan tersebut. Perkelahian ini boleh berlaku sebelum, semasa, atau selepas perlawanan bola sepak baik di dalam padang, di luar stadium, atau di mana sahaja yang mereka rasakan. Hooliganisme dapat berkisar daripada teriakan dan perkelahian kecil sehingga kepada gangguan dan pergaduhan besar yang melibatkan benda-benda berbahaya seperti batu, botol kaca, pisau, dan senjata buatan sendiri. Dalam beberapa kes, hooligans menyebabkan ramai penonton di stadium melarikan diri, kerosakan harta benda yang banyak, dan yang lebih teruk lagi, kematian mangsa-mangsa yang tidak bersalah.
Kini, hooligans tidak terhad hanya terdapat di tempat perlawanan, tetapi juga telah lahir di dunia tanpa sempadan, internet. Malah, lebih lagi, keghairahan dan ketidakpuashatian hooligans di internet adalah lebih lama dan berlarutan, walaupun tidak melakukan serangan fizikal ke atas orang lain, tetapi serangan melalui kutukan, cacian, hinaan itu ada diantaranya adalah lebih pedih daripada balingan batu-batu. Bukankah lidah (pena) adalah lebih tajam daripada mata pedang?
Menang Kalah Adat Permainan

Saya tidak dapat fahami mentaliti para hooligans secara rasional. Sungguh, jika apa yang dipergaduhkan itu adalah perkara yang boleh dalam situasi menang-menang (win-win situation) itu mungkin benar, tetapi untuk sesuatu yang pasti akan wujud yang menang dan yang kalah, bagaimana?
Saya beri contoh mudah, Pasukan A menang menentang Pasukan B. Para penyokong fanatik Pasukan B kemudiannya mengamuk. Lalu, kesan daripada amukan itu, adakah menyebabkan Pasukan B tiba-tiba menang? Adakah kemenangan Pasukan A ditarik balik untuk diberikan kepada Pasukan B setelah melihat reaksi para penyokong tersebut?
Tentulah tidak!
Hooligans hanyalah penyokong yang mempunyai emosi yang tidak stabil dan mempunyai gangguan mental yang kritikal.
Tidak puas hati kerana pihak lawan main kotor? Lalu dengan pergaduhan dan huru-hara yang dilakukan itu dapat memuaskan hati akhirnya? Juga tidak rasional.
Ironinya, para pemain yang berhempas pulas berlari dan bermandi peluh selama 90 minit lebih, langsung tidak bertindak sebegitu teruk.
Majulah Sukan Untuk Negara!