EURO 2008 sudah hampir kepada penghujungnya. Bulan ini memang membuatkan mata saya merah, bersengkang mata pada awal pagi semata-mata untuk menyaksikan siaran langsung EURO 2008. Sebenarnya saya bukanlah seorang yang prihatin atau mengambil tahu sangat tentang pemain-pemain bola, kehidupan mereka dan seumpamanya, melainkan tentang berita kelab-kelab dan urusan jual beli pemain. Namun semasa saya melayari internet beberapa hari lepas,saya peroleh satu fakta yang mengejutkan tetapi menarik untuk dikongsi bersama.
Zinadine Zidane (Perancis, Real Madrid) |
Frank Ribery (Perancis, Bayern Munich) |
Samir Nasri (Perancis, Arsenal) |
Karim Benzema (Perancis, Lyon) |
Nicholas Anelka (Perancis, Chelsea) |
Robin van Persie (Belanda, Arsenal) |
Thierry Henry (Perancis, Barcelona) |
Kalo Toure (Arsenal)
Hakan Sukur (Turki, Galatasaray)
Hamit Altintop (Turki, Bayern Munich)
Halil Altintop (Turki, Schalke 04)
Emre Belozoglu (Newcastle United)
Mikael Sylvestre (Manchester United)
Mesut Ozil (Jerman, Schalke 04)
Mahamaddou Diarra (Real Madrid)
Hatem Ben Arfa (Perancis, Lyon)
Lilian Thuram (Perancis, Barcelona)
El-Hadji Diouf (Bolton Wanderers)
Mohemed Sissoko (Liverpool)
Nuri Sahin (Feyenoord)
Eric Abidal (Perancis, Barcelona)
Ada di antaranya yang merupakan saudara baru (mualaf) dan ada yang memang sudah dilahirkan Islam. Bagi Thierry Henry, fakta tentang keagamaannya masih diragui. Jika anda ada makluman tentang agama sebenarnya harap khabarkan.
Senarai nama itu diambil dari pelbagai artikel, blog dan berita di internet, baik tempatan mahu pun luar negara dan kesemua 25 pemain itu tersenarai lebih daripada 2 kali dalam setiap sumber yang saya perolehi. Mudah-mudahan info yang saya terima dan sebarkan ini adalah tepat.
Bagi peminat bola sepak seperti saya, pasti terkejut kerana nama-nama terkenal seperti Robin Van Persie, Nicholas Anelka, Frank Ribery adalah beragama Islam, yakni dengan jelas saudara seagama kita, dan mungkin juga berasa syukur dan kagum. Tetapi bagi mereka yang tidak meminati bola sepak, apalah sangat dengan pemain-pemain bola sepak Muslim? Cara hidup mereka berasaskan Islam? Nah, pakai seluar pendek masa main bola, buka aurat! Apa yang Islamnya?
Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman seseorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.
Saya tidak mahu berbicara panjang untuk menerangkan setiap kesalahan pemain-pemain bola tersebut mengikut ajaran Islam, kerana terlalu panjang untuk dihuraikan. Insyaallah jika ada kesempatan, saya akan menulis tentang perkara-perkara seumpamanya dengan panjang lebar berserta dalil-dalil dan rujukan yang mantap lagi tepat. Jika anda sendiri cuba mencari maklumat atau gambar tentang pemain-pemain tersebut, jangan terkejut kerana ada yang bertatu, memakai rantai dan seumpamanya. Malah setakat yang saya pernah jumpa, tiada seorang pun antara mereka isterinya bertudung.
Antara petikan artikel berita yang saya dapati (maaf nama sumber hilang);
Frank Ribery : The 25-year-old Ribery is known for supplicating to God before the game kickoff. "Islam is the source of power for me inside and outside the football field," Ribery has said. "My life was hard enough and I had to find something to take me to safety and I found Islam."
Eric Abidal: A second Muslim soccer star, Eric Abidal, will also appear in French colors in Euro 2008. The 29-year-old Barcelona defender reverted to Islam five years ago and named himself "Bilal". Abidal, who was considered one of the best fullbacks in the French league, says his Muslim faith encourages him to spare no efforts to serve his team. "I embraced Islam in full conviction," Abidal, who is married to an Algerian woman, has told Paris Match magazine.
Thierry Henry: Les Bleus also feature Muslim striker Thierry Henry, who moved to Barcelona from Britain's Arsenal for 16.1 million sterling pound. Henry usually encourages people to read more about Islam and the Noble Qur'an to get more acquainted with the faith. Henry, known as the magician, was twice nominated for the FIFA World Player of the Year. He led the French national team to win the 1998 World Cup and Euro 2000.
Apa yang dapat dilihat di sini, pemain-pemain bola sepak Eropah sedikit sebanyak dapat mempengaruhi suasana beragama di Eropah. Perancis mempunyai bilangan Muslim yang paling banyak di Eropah, maka tidak hairan 9 daripada 22 pemain Perancis beragama Islam, dan kebanyakan pemain-pemain itu juga adalah saudara baru (mualaf). Allahuakbar!
Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : "Agama itu adalah nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya." (Diriwayat oleh Muslim)