Saudaraku,
Tanamkanlah kesedaran dan keyakinan, bahawa semua pujian benar-benar hanya milik Allah swt. Dan tidak satu pun makhluk yang layak dan pantas menerima pujian. Pujian hanyalah milik Allah, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Pencipta. Maka, jika kita masih memendam kekaguman dan memberikan pujian kepada makhluk, sedarlah bahawa rasa kagum dan pujian itu haruslah pada akhirnya diarahkan kepada Allah swt. Kekaguman dan pujian itu tidak boleh berdiri sendiri pada apa pun yang berstatus makhluk. Semua kekaguman dan pujian harus tetap diarahkan yang paling utama dan paling berhak adalah, Allah swt.
Saudaraku,
Ucapkanlah alhamdulillah,
Dan ucapkanlah, selamat datang wahai bulan mulia. Selamat datang wahai bulan ampunan. Selamat datang wahai bulan al-Quran. Selamat datang wahai bulan penuh kasih sayang dan pembebasan dari neraka...Alhamdulillah. Yang telah memberikan izin dan kesempatan usia kepada kita untuk menghirup udara di bulan ini...Alhamdulillah...
Saudaraku,
Ucapkanlah kalimat syukur ini dengan merenungi kemuliaan bulan ini. Kita benar-benar harus memanjatkan kesyukuran kepada Allah swt atas kehadirannya. Kedatangannya adalah selimut kasih sayang ke seluruh makhluk. Kedatangannya membuka pintu-pintu syurga. Kedatangannya menutup pintu-pintu neraka. Kehadirannya membelenggu syaitan dan menggemakan panggilan “Wahai pelaku kebaikan perbanyakkanlah kebaikan...Wahai pelaku keburukan cukuplah melakukan keburukan...”
Ramadhan adalah tamu kita yang mulia, yang datang setelah rentang satu tahun penuh terlewat. Padahal, kita tahu, ada sahabat, teman, kerabat, saudara, keluarga, tetangga, yang telah menghembuskan usia terakhirnya dalam rentang setahun kepergian Ramadhan. Mereka tidak lagi menerima kehadiran Ramadhan tahun ini. Padahal, dalam rentang satu tahun itu, ada di antara kita yang mendapatkan petunjuk dan ada yang tersesat.
Saudaraku,
Ramadhan berkata kepada kita, “Berpuasalah kalian dari melihat yang haram. Menangislah mata kalian dari melihat yang haram. Menangislah mata kalian dalam kegelapan...” Rasulullah saw memberitakan khabar gembira pada umatnya dengan datangnya bulan ini.
“Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan yang diberkahi. Puasa di bulan ini akan membukakan pintu-pintu langit, dan menutup pintu-pintu neraka, lalu membelenggu syaitan. Demi Allah, di dalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa yang tidak mendapat kebaikan di bulan itu, bererti dia tidak mendapat kebaikan lagi.” (HR. Ahmad dan Nasai dengan sanad jayyid)
Saudaraku,
Di hari pertama ini, tak perlu terlalu terbesar hati dengan semangat dan kehangatan yang menyergap hati kita dengan kehadiran Ramadhan dan menjalankan ketaatan kepadaNya. Kerana “innama al a’maalu bi khawaatimiha”, nilai sebuah amal itu dinilai pada bagaimana akhirnya. Jika kita melakukan puasa dan berbagai ketaatan di hari pertama dengan penuh semangat, itu baik. Tapi penting diingat bahawa sesungguhnya fasa bulan penuh barakah ini baru saja dimulai. Perjalanan baru menapak langkah pertamanya. Perjuangan hanya baru memasuki awal tahapnya.
Peliharalah semangat ini untuk tetap hangat dan bahkan berkobar. Jangan biarkan semangat ketaatan ini padam. Kerana banyak di antara kita yang mengerti, selalu saja ruang kesalahan dan kekeliruan kita yang berulang di bulan ini adalah, saat tapak-tapak hari Ramadhan kian memasuki pertengahan dan menjelang akhirnya. Lalu semangat merudup, fisik semakin berat, ketaatan mulai berkurang.
Mari saling kuatkan jiwa dan semangat saudaraku. Paksa diri kita untuk melakukan ketaatan. Kerana itulah sesungguhnya makna mujahadah, bahawa kebaikan dan ketaatan itu perlu kesungguhan, perlu kekuatan untuk melawan hawa nafsu, perlu paksaan kepada diri sendiri untuk tidak tunduk pada keinginan rendah.
Saudaraku,
Kita dibelenggu oleh dua musuh yang selalu mendorong pada keburukan. Musuh itu adalah syaitan dan hawa nafsu. Berperang melawan syaitan dan hawa nafsu bererti kita perang melawan diri kita sendiri. Syaitan mengelabui keburukan menjadi kebaikan. Sedangkan apa yang disukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri sendiri.
Kita harus mempelajari ilmu yang tepat untuk bisa menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun sekadar tahu buruk atau baiknya belum cukup juga untuk kita melaksanakan atau meninggalkan sesuatu. Kerana banyak orang yang tahu tapi tidak mahu. Banyak juga orang yang mahu tapi tidak mampu. Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak mengenal erti letih. Sedikit saja kita terlena, pasti kita akan terkena tipuan dan hasutannya.
Bukankah manusia sebaik nabi Adam pun telah ditipu oleh iblis hingga keluar dari syurga? Kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah istirahat dari menyerang kita, maka kita seharusnya tidak beristirahat untuk mempertahankan diri.
Saudaraku,
Sekali lagi, katakanlah, selamat datang tamu agung Ramadhan. Ingatlah bahawa bulan ini merupakan fasa waktu yang tidak pernah bisa dinilai mahalnya oleh seluruh usia dan semua harta benda yang kita punya. Sungguh esok kita akan berada di hadapan Allah, berdiri di hadapan Allah, dan menyesali berbagai perbuatan yang merugikan atau berbahagia mendapat pahala dari kebaikan yang dilakukan di bulan ini.
Ya Allah, terimalah puasa kami. Tolonglah kami dengan keutamaan-Mu untuk bisa melakukan qiyam (solat malam) di bulan ini. Ya Allah jadikanlah amal-amal kami semuanya ikhlas hanya untuk-Mu. Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin.