Friday, September 26, 2008
Khas Ramadhan: Apa Kata Anda (bahagian 2)
sQuad Q-riuz kini kembali untuk tinjauan yang terakhir, saat-saat penghujung Ramadhan, dan juga saat-saat awal Syawal. Pelbagai ragam dapat kita lihat. Mari kita dengar apa kata mereka!
Insan Biasa: Saya ni, bukan nak bangga la, tapi memang kenyataan, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya makanan-makanan melayu tak main la. Saya sahur KFC, berbuka Mc Donald’s, moreh paling cikai pun Secret Recipe. Bukan apa...11 bulan dok makan nasik dah, kasi la sebulan spesial sikit. Muahahahaha!
Tudung Labuh: Ish, puasa ba aku ni. Soalan lain ndak da? Apa? Mau no telefon?
Brader CP: Lu tegur gua? Salah ka gua hisap sigup (rokok)? Gua bukan makan wo, gua hisap ja!
Akak kafe: Ya, dik. Buat apa datang kafe tengahari buta ni? Kan puasa. Oh, nak interview? Ba, bole ja. Em...em...ya...Kami buka kafe untuk non-muslim.Em? Oh, tak...lauk kami ni bukan lauk sahur pagi tadi...ni lauk kelmarin!
Felo: Em? Nak minta sumbangan untuk moreh? Er...kejap...(belek dompet). Nah RM50, pergi main jauh-jauh! Syioh!
Mr. Vincent: Honestly, Ramadhan is one of the event of the year that I’m always waiting for. Why? Well, just look, there are bazaars everywhere! Not just it, its everyday and the foods are very seductive. Oh God, if Muslims are getting thinner during Ramadhan, I’m getting fatter!
Abang saler DVD: Mari, mari! Panas, Panas! Macam-macam ada! Baru dan terkini! Murah punya! Biru, kuning, putih semua ada! Em? Apa? Eh eh, aku bukan jual CD lanun, bulan puasa ni tak elok. Ba, aku jual mercun ni. Macam-macam ada, mau? Boleh tengok ni.
Mat Kutu: Apa? Malam Lailatulqadar? Apa tu? Tak pernah dengar...Malam 7 likur tau la aku.
Brader Blues: Sudah, sudah cukuplah bicaramu itu. Tidak mahu ku kenang peristiwa lalu. Aku sama sekali tidak akan berpatah balik. Laila...cukuplah sampai disini ku kenang namamu. Semenjak kebelakangan ini ku lihat ramai yang mencari-carimu, maklumlah nak raya, bajet boleh jadi awek raya nanti, nak tunjuk kat kawan-kawan mungkin. Tetapi dalam hatiku, tiada lagi dirimu wahai Laila. Ku pasrah segalanya. Oh Laila anak Pak Kadir...
Mak Pak Nyah: Auw, you ni...takkan tak tau, I kan ada special case, boleh la skip puasa. Eh, you ni, I tak boleh lama-lama diinterview, dah pukul 12.30 dah ni, kita kan kena pergi solat jumaat.
Mantan YDP: Ehem, pertama sekali saya tujukan ucapan ini kepada kedua ibu bapa saya yang berada di kampung halaman terindu, moga keduanya sihat sejahtera. Dan buat para sahabat seperjuangan, jangan lupa dengan saya. Mentang-mentang la dah jadi mantan, jalan tak pandang ye...takpe..takpe...Eh, ni interview ye? Bukan ucapan raya?
Imam Besar Surau Nur Eman: Ya, betul. Semua orang gembira nak raya. Tapi satu yang saya sedikit kesalkan, kedatangan ke surau. Makin lama makin sikit pula. Lebih-lebih lagi waktu 10 malam terakhir ni. Saya betul-betul tak faham. Budak-budak zaman sekarang...
Pensyarahku: Baiklah semua, assignment cuti ni, saya nak kamu semua hantar kuih raya dekat saya. Kriteria, sekurang-kurangnya 3 bekas maximum 7 bekas. Lagi mahal lagi bagus, tapi saya tak bayar la ek. Yang tak dapat hantar, 30% ditolak untuk final paper nanti. Faham?
Abang Ali: Oh, ya saya. Zakat? Ya saya dah bayar untuk tahun ni. Nilai zakat tahun ni? Er...RM5.60 kan? (RM7.70 la tahun ni bro!)
Rakan serumah: Sob...sob...ishk...sroot....! Sedih la aku, tak balik beraya aku tahun ni. Semangat dah beli tiket, tapi excited sangat, sedar-sedar tadi dah sampai airport, rupanya aku terbeli tiket tarikh bulan 11! Woo...mana aku tau...aku ingat November tu bulan 9...woo...ishk...ishk...
Kak Jual Kuih: (Pukul 9 malam) Mari, mari, mari! Satu bekas RM16! Murah! (Pukul 10 malam) Ya, RM8! Beli jangan tak beli! Penghabisan stok ni! (Pukul 11 malam) RM5! RM5 sahaja! Satu bekas RM5! Cepat cepat sebelum terlambat! (Pukul 12 malam) Mari! Mari! Satu RM3! Beli satu percuma lima! Wooh! Tak habis jugak tak tau. Takkan aku nak makan sorang-sorang kuih 1 lori nih.
Sahabat: Tahun ni, raya tak membawa apa-apa makna kepadaku. Sebab...sebab...ishk...ishk...waaaaaaa! (tak balik kampung dia ni, dok sorang-sorang kat UMS)
Pak Guard: (Dah balik kampung dua minggu sebelum)
Senior: Oh, kau lagi. Em, aku tak raya tahun ni. La, aku tak tipu, kan aku tak puasa. Tak puasa mana boleh raya!
Peminat: Eh, tu Q-riuz ya? Dia tengah buat interview? Woohoo, jom kita kejar dia! Aku nak masuk dalam blog dia!
TV: Dengan perkenan duli-duli yang mulia...setelah melihat...anak bulan...dengan kuasa yang ada pada saya...dengan ini saya mengumumkan...bahawa...tarikh jatuhnya Hari Raya...Aidilfitri...adalah pada...zzzz....krohh...
Hari raya adalah saat berbahagia dan bersuka cita. Kebahagiaan dan kegembiraan kaum mukminin di dunia adalah kerana Tuhannya, iaitu apabila mereka berhasil menyempurnakan ibadahnya dan memperoleh pahala amalnya dengan kepercayaan terhadap janji-Nya kepada mereka untuk mendapatkan anugerah dan ampunan-Nya.
Allah Ta 'ala berfirman :
"Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan. " (Yunus: 58).
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Allah telah memberi ganti bagi kalian dua hari yang jauh lebih baik, (iaitu) 'Idul fitri dan 'Idul Adha (HR. Abu Daud dan An-Nasa'i dengan sanad hasan).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
© Q-riuz (2008 – 2013)
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.
"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Q-riuz dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Q-riuz hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Q-riuz terlebih dahulu.
"Curiosity Only Leads To One Thing...Knowledge"
mmg comel....lucu....(0_0)
ReplyDeletetruskn usaha...he~~
huahuahuahuahua~!!! yg part Mr. Vincent tu. aku ingat! agagagaggagaggaa~!!!
ReplyDelete