
Bosan melayari internet? Tidak tahu apa yang hendak dicari di internet? Sudah jemu dengan game yang ada di komputer anda? Ingin mencuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan? Saya ada jawapannya! Memperkenalkan My Brute!
My Brute adalah permainan flash berkonsepkan internet. Tidak perlu install apa-apa, hanya perlu melayari http://mybrute.com dan cipta watak anda, siap! Tidak perlu mendaftar langsung kerana semuanya adalah percuma!
Konsep permainan ini amatlah mudah, hatta budak kecil yang tidak tahu membaca juga boleh bermain. Cipta watak anda, banyak pilihan wajah, pakaian, dan warna boleh anda pilih, berikan nama kepada watak anda, dan kemudian, senarai pelawan (mengikut tahap level yang sama) disediakan. Pilih sahaja sesiapa dalam senarai watak tersebut dan sudah boleh berlawan dengannya.

Ada tiga komponen kekuatan dalam setiap watak My Brute. Strength (kekuatan), Agility (kelincahan) dan Speed (kelajuan). Strength untuk memberi serangan yang kuat kepada lawan, Agility untuk mengelak daripada serangan lawan, dan Speed untuk serangan bertubi-tubi kepada lawan. Yang menyukarkan kita adalah ketiga-tiga komponen ini diberi kepada watak kita secara rambang, kita tidak dapat menentukan kadar ketiga-tiganya secara sendiri. Susah, tetapi seronok! Setiap kali level up watak anda akan diberi special power atau ability, ataupun senjata baru, malah haiwan peliharaan untuk dibawa berlawan bersama!
Dalam perlawanan, semuanya adalah automatik (rawak). Watak anda dan watak musuh akan berlawan secara sendiri tanpa arahan atau kawalan anda. Anda hanya perlu tengok watak anda berlawan dan kemudian menang, atau malangnya, kalah. Ya, ianya sangat bergantung kepada nasib dan hanya sedikit strategi (memilih pihak lawan yang lebih lemah dari segi attributes, tetapi itu juga tidak menjamin kemenangan total kepada kita!) Tempoh perlawanan juga amat sekejap, tidak sampai lima minit berlawan keputusan sudah pun diketahui.

Khuatir diri anda akan ketagih dan bermain selama berjam-jam? Jangan risau. Satu watak hanya boleh diguna (dimain) sebanyak 3 kali sahaja sehari. Selepas selesai 3 perlawanan maka watak anda akan berehat untuk hari tersebut. Untuk 3 perlawanan dalam sehari hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit pun! Anda boleh bermainnya sambil menunggu air masak!
Banyak lagi boleh saya terangkan disini tetapi kalau lebih mudah kalau anda sendiri mencubanya. Jikalau sudi berlawanlah dengan watak-watak saya!
http://q-riuz.mybrute.com
http://qrieuz.mybrute.com
http://qriuzah.mybrute.com
p/s: Sekadar berkongsi, tidak sama sekali ingin membuatkan anda semua ketagih. Utamakan yang utama dalam kehidupan anda.

AMARAn!
ReplyDeleteGame ini akan membuatkan anda ketagih
p/s tpi cepat bosan la
Lun da boshan men huhu
sape yg kuat nk lawan ngn Lun
(http://luriahk.mybrute.com/cellule) ._. huhu
da boshan kalahkan Qriuz
*terdapat riak n takbur d ctu ish3
come'on la bro
ReplyDeletesape yg kalahkan sape ni
luriahk kalah beb!
~_~